MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

AWAS!! PROJEK MEGA MAHATHIR PALING LUAR BIASA

Tersiarnya  kisah Sauk di RTM pagi ini membuatkan hati kami resah. Yang meresahkan adalah kerana filem tersebut diadun bersama ajaran sesat tragedi Batu Pahat, Peristiwa Memali dan juga beberapa ajaran sesat di Indonesia lalu dikaitkan dengan Al Ma'unah. Kami pasti filem ini akan menjadi 'senjata' tindakan operasi tangkapan pemimpin-pemimpin  PAS/BA.

Mahathir tentunya telah menetapkan 4 Ogos ini sebagai satu hari merealisasikan projek meganya yang paling luar biasa. Yang jelas peristiwa Sauk telah meragut nyawa seorang India dan seorang Iban. Sebagaimana yang kita tahu anggota polis hutan banyak dianggotai oleh mereka dari bangsa Iban.

Begitu juga dengan SB-SB. Sekiranya mereka ini (termasuk juga kaum India) tidak mengikuti berita 'alternatif' mengenai peristiwa Sauk maka sudah tentu mereka percaya sepenuhnya propaganda media Mahathir. Perasaan dendam pasti berada di hati kaum Iban dan India dan itulah yang dikehendaki oleh Mahathir. Mungkinkah jarum-jarum penyucuk tercetusnya 13 Mei 1969 juga berpengkalan dari orang yang sama iaitu Mahathir juga?. Kemungkinannya memang ada.

Kami menjangkakan perhimpunan 4 Ogos ini akan berlaku 'pertempuran' yang luar biasa. Tidak perlulah kami mengulas lebih lanjut kami percaya pembaca boleh membuat analisis sendiri.

Sepanjang malam kami berbincang (tink-tank) mencari langkah terbaik pada 4 Ogos ini. CD reformasi kami ulang tayangkan dan membuat analisis semula. Kami sependapat bahawa sekiranya laman reformasi dapat 'install'kan kedua siri CD Reformasi itu sudah pasti lebih ramai akan turun ke gelanggang 4 Ogos ini.
Lihatlah semula CD reformasi itu. Gambar-gambar yang terakam jelas Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk faedah dirinya. Lihatlah betapa kejam polis. Dengarlah apa kata DSAI dihari perhimpunan agung UMNO 1997. Dan bagi para-para pemuda dan mahasiswa dengarlah apa kata pemimpin-pemimpin muda di dalam CD Reformasi tersebut. Sesungguhnya kata mereka 2020 bukan untuk kami tapi adalah untuk para remaja, pemuda dan mahasiswa yang ada di Universiti ketika ini.

Para pembaca pastinya sudah boleh menjangka Isu Sauk bakal dijadikan sebab penangkapan pemimpin PAS. Manakala peristiwa 4 Ogos pula bakal menjadi sebab penangkapan pemimpin Keadilan. Seterusnya semua pemimpin BA bakal menjadi tahanan ISA. Sememangnya jika dikaji urutan peristiwa di TV dan akhbar projek mega Mahathir kali ini dalam proses perlaksanaannya.

4 Ogos hari yang dinantikan oleh Mahathir. Akan berlakukah peristiwa 'Sumpah Semerah Padi'? Akan berlakukah '13 Mei ke 2'?. Akan berlakukah Mageran?. Akan berlakukah pertumpahan darah terbesar di dalam sejarah Negara ini?.

Yang pasti kami tidak akan berdiam diri. Tink-Tank kami akan berterusan hingga ke hari yang dinantikan Mahathir itu. Kami yakin Mahathir hanyalah manusia kerdil yang bisa merancang namun ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.

Pesan kami kepada rakan seperjuangan semuanya fikirkan juga 5 Ogos, 6 Ogos dan seterusnya.

Bertemu kita pada 4 Ogos nanti. Selamat berjuang menegakkan kebenaran!!.

Dari Kami,

Tink-Tank Major(B)
1'00 T'Hari 1 Ogos 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com