MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SKRIP MAHATHIR PADA 4 OGOS

Ikut skrip asal, Anwar akan didapati bersalah atas tuduhan liwat. Apabila rakyat ramai nak berhimpun di Mahkamah 4 Ogos nanti, Mahathir jadi kecut; khuatir yang rakyat akan bangun memberontak menentang keputusan itu. Itulah sebabnya mengapa Mahathir dan kaldai-kaldai gembalaannya sibuk membuat kenyataan di sana-sini seolah-olah satu rusuhan sudah macam pasti berlaku di hari itu nanti.

Kalau pun benar-benar berlaku, itu adalah satu lagi sandiwara polis selepas Peristiwa Sauk. Kalau tak jadi, seperti biasa Mahathir akan kata rusuhan dapat dihindarkan dengan kecekapan polis mengawal keadaan.

Sebagai cubaan, dua orang pendakwah ditahan polis baru-baru ini, dan diberitakan ditahan di bawah ISA. Polis mahu tengok bagaimana anak-anak murid serta penyokong mereka bertindak. Kalau sunyi sepi, bermaksud bolehlah polis main kasar dengan rakyat menjelang, pada dan selepas 4 Ogos nanti, sebab orang Melayu masih takut-takut lagi. Tapi bila rakyat bangun memprotes penahanan mereka, barulah Mahathir buka pelan B; termasuk arahkan Arifin Jaka tangguhkan baca keputusan yang dah lama tersedia tu - atas alasan tak siap lagi.

Rakyat mesti bangun memprotes penahanan tanpa sebab ke atas dua orang pendakwah terkenal itu. Kalau mereka yang disegani itu pun dilayan sebegitu hina, apakah kita, anak isteri kita akan selamat dari kebuasan Mahathir? Rakyat juga mesti datang beramai-ramai ke Mahkamah pada 4 Ogos. Bukan saja untuk memberi sokongan moral pada Anwar tetapi sebagai satu protes terhadap dua perkara : kepimpinan Mahathir dan kezaliman polis. Ini akan jadi satu mesej lagi pada Mahathir yang beliau tidak relevan lagi di bumi Malaysia ini.

Abang Kenyalang.

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com