MAHATHIR SEDANG MENGGALI LUBANG KUBURNYA SENDIRI !
Semenjak berkuasa hampir 20 tahun lalu, Mahathir merupakan satu-satunya Perdana
Menteri Malaysia yang mampu bertahan dari segala onak dan duri yang menusuk dirinya.
Berbanding dengan 3 PM sebelumnya, Mahathir terus berjaya mengekalkan kekuasaannya di
sebalik segala penentangan dari rakyat dan musuh-musuhnya.
Jika PM sebelumnya hanya mampu bertahan dalam tempoh yang relatif singkat, Mahathir
boleh dikatakan berjaya menumpaskan segala pencabarnya dengan menggunakan segala ruang
dan peluang yang ada di bawahnya. Memperalatkan jentera kerajaan merupakan elemen paling
dominan yang membuatkan Mahathir dapat membolosi segala tentangan musuh-musuhnya, baik
dari parti pembangkang mahupun dari dalam partinya sendiri.
Maha Firaun Galak Mencari dan Mencipta Musuh !
Tentangan paling getir pertama yang dihadapi oleh Diktator Nyanyok ini ialah apabila
hampir ditewaskan oleh Ku Li hampir 13 tahun yang lalu. Dengan segala peluang dan
kemudahan yang dimilikinya selaku orang yang paling berkuasa dalam negara, beliau telah
memperkudakan para hakim untuk membolehkannya terus berkuasa. Ini berlaku apabila beliau
telah ‘merestui’ supaya UMNO Asal diharamkan dan dengan itu Ku Li disingkirkan
secara sistematik bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya.
Ekoran daripada pertelingkahan dengan Ku Li itu, Mahathir kian galak mencipta dan
mencari musuh yang dikira tidak sebulu dengannya. Episod kedua bermula dengan
‘perang terbuka’ dilancarkan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas
bersama dengan 5 orang lagi hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 dahulu. Selepas
memporakperandakan sistem kehakiman negara, kemudian beliau ‘berperang’ pula dengan
raja-raja Melayu ekoran kegilaannya untuk merampas kekebalan raja-raja untuk disuntik ke
dalam batang tubuhnya sendiri. Selepas itu Diktator Nyanyok itu melemparkan pelurunya
kepada alim ulama yang menegur kejahatan beliau. Pantang sekali ditegur oleh orang lain,
manusia sombong dan bongkak si Maha Firaun itu memecat Dato Ishak Baharom dari jawatan
mufti Selangor pada 1997.
Belum puas dan cukup dengan musuh-musuh yang ada, beliau melontarkan serangan kepada
Nabi s.a.w. pula dengan kata-kata yang amat menghiris perasaan orang-orang yang beriman.
Selepas itu, orang-orang yang sudah menjadi ahli kubur pun turut menjadi bahan serangan
ganas si Maha Firaun tersebut, apabila Ahmad Boestaman yang menjadi salah seorang
pejuang kemerdekaan tanahair turut dicerca.
Kemuncak kegilaan dan kemaruk kuasa yang mencengkam jiwa Firaun itu ialah bila mana
beliau mencetuskan perseteruan ketat dengan anak didiknya sendiri, iaitu Dato Seri
Anwar Ibrahim dengan memecatnya sebagai TPM pada 2 September 1998. Kedurjanaan si Firaun
bedebah itu semakin nyata apabila memenjarakan Anwar tanpa sebarang bukti yang kukuh dan
meyakinkan, sebaliknya suatu penganiayaan yang nyata. Beliau sanggup menghancurkan
seluruh peradaban agama dan bangsa demi memuaskan nafsunya untuk terus berkuasa mutlak,
dengan memulakan siri pendakwaan yang jijik dan memualkan ke atas Anwar. Sudahlah Anwar
dipenjarakan dengan kejam, di dalam penjara mahu dibunuhnya pula dengan racun
arsenik.
Mahathir Sebenar-benar Keparat Durjana !
Sebelum pilihanraya umum tahun lalu, Mahathir pernah mengakui bahawa kes Anwar banyak
mendatangkan kerosakan kepada UMNo dan BN. Dalam terpaksa beliau akur akan hakikat
tersebut. Keterlanjurannya memecat Anwar dan menyusuli pula dengan siri pertuduhan yang
menjijikkan ke atas Anwar yang tidak bersalah itu telah menjadi ‘jerat’ yang
menjerut batang lehernya sendiri. Hampir separuh ahli UMNo telah berpaling tadah
dengan menyokong pakatan Barisan Alternatif dalam pilihanraya tersebut.
Keputusan pilihanraya lepas menyaksikan yang UMNo kalah teruk di kawasan yang
majoritinya orang-orang Melayu. Tunjang kekuatan UMNo yang berpaksikan sokongan Melayu
telah terburai sehingga mencemaskan Diktator Nyanyok itu. Kebuasan dan kekejamannya ke
atas Anwar yang terhasil dari satu perancangan konspirasi peringkat tertinggi rupanya
telah menjadi senjata makan tuan kepada si bedebah tersebut. Untuk meyakinkan rakyat dan
masyarakat antarabangsa, dijajanya cerita dongeng pembohongan ke serata ceruk dunia,
hatta ke Jepun dan Amerika. Segala jentera kerajaan dan media-media lidah syaitan
telah diperalatkan untuk meyakinkan rakyat betapa Anwar memang seorang yang tidak
bermoral. Namun episod pendakwaan mahkamah yang berupa seperti siri cerita dongeng
purba tersebut telah menyerlahkan kepada rakyat majoriti betapa Anwar benar-benar
menjadi mangsa konspirasi jahat yang diketuai Mahathir sendiri.
Dengan menyangka yang rakyat Malaysia masih berada di zaman katak bawah tempurong dahulu
kala, Diktator Nyanyok tersebut berterusan membohongi rakyat dan memaksa supaya cerita
bohongnya itu dipercayai. Akhirnya si bangsat bedebah yang benar-benar durjana tersebut
keletihan apabila keyakinan rakyat kepadanya semakin pudar dan kredibilitinya sebagai
seorang PM semakin merosot dengan teruk, hatta ahli-ahli Umno sendiri merasa jijik dan
mual apabila mendengar beliau bercakap. Ini merupakan episod pembohongan yang gagal dari
siri pertama konspirasi agung di akhir abad ke 20 tersebut sekalipun beliau berjaya
memenjarakan Anwar dengan memperalatkan institusi kehakiman dan polis.
Konspirasi Agung Kedua – Justifikasi Untuk Mengharamkan PAS !
Semenjak tercetusnya isu rampasan senjata oleh kumpulan Al Ma'unah pada 2 – 6 Julai
lepas, saban hari media-media penjilat menyiarkan siri sandiwara drama 18SG tersebut
untuk meyakinkan rakyat betapa kejadian tersebut adalah ‘kisah benar’ dan bukannya
cerekarama. Daripada kenyataan yang tonggang langgang sesama sendiri ketika kejadian itu
berlaku hinggalah terpaksa mencari ‘bahan bukti’ terbaru untuk meyakinkan rakyat
betapa drama rampasan senjata tersebut benar ‘kisah benar’, akhbar-akhbar penjilat
yang tidak pernah memikirkan soal maruah dan etika kewartawanan itu sibuk menyiarkan
gambar-gambar yang agak sangsi selepas peristiwa tersebut.
Terlalu banyak keanihan dan benda-benda ajaib di sebalik isu yang memeranjatkan negara
itu, menyebabkan rakyat tidak mempercayainya sebagai kisah benar. Saya tidak mahu
mengulas lagi perkara ini kerana ianya telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh ramai
penulis-penulis siber yang lain, terutama oleh Panglima Sauk. Niat jahat Mahathir dan
media perdana terhadap PAS begitu terserlah apabila mereka berhempas pulas untuk
cuba mengaitkan kumpulan Ma'unah tersebut dengan PAS. Bermula dari iklan yang pernah
tersiar dalam Harakah 2 tahun lepas hinggalah kepada peringkat “pembuktian” oleh
Maharaja Pembohong Mahathir Mohamad dalam siaran tv ke seluruh negara pada 19 Julai
lepas. Ini diikuti dengan “pendedahan” oleh si nyanyok gila itu ketika merasmikan
Konvensyen UMNo Kedah pada 20 Julai dengan mendakwa bahawa kebanyakan 1800 ahli al Ma'unah
itu adalah orang-orang PAS. Daripada isu ‘rompakan’ senjata yang dilakukan oleh
kumpulan al Ma'unah, kini bertukar kepada penglibatan PAS dalam kumpulan tersebut !
Bukankah ini isu yang telah dipolitikkan demi menutup pekong yang membusuk di dada
sendiri ?
Untuk seketika atau mungkin untuk jangka masa yang lebih lama, Mahathir berjaya
mengalihkan isu rasuahnya seperti yang didedahkan oleh Dato Shafiee Yahya pada 12 Jun
lalu. Disebabkan kecut perut dengan ledakan pembongkaran tersebut dan diikuti oleh siri
laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Keadilan, si gila itu terpaksa mencari satu isu
baru yang lebih gempar, iaitu pemberontakan bersenjata kumpulan Al Ma'unah. Namun rakyat
yang sudah cerdik dan memahami putar belit si Mamak Tongkang itu tidak lagi terpengaruh
atau terpedaya dengan pembohongannya. Akibat ketidakpercayaan yang menyeluruh oleh
rakyat terhadap sandiwara Sauk itulah menyebabkan si Mamak Tongkang tersebut ‘naik
angin’ lalu mengarahkan si Belukang Daratnya, si Pembakar Jambatan supaya mengugut
rakyat untuk diISAkan jika masih mempertikaikan isu Sauk.
Semakin jelas bahawa corak pentadbiran si Mamak Tongkang ini semakin menjurus ke arah
kediktatoran zaman purba dahulu kala. Semakin jelas juga kepada kita bahawa sandiwara
Sauk merupakan satu percubaan untuk menguji sentimen rakyat kepada tindakan kerajaannya
terhadap PAS. Daripada olahan cerita awal yang berbelit-belit, sehinggalah mulut busuk
si Mamak Tongkang itu secara berterus terang menuduh PAS sebagai terlibat dalam insiden
Al Ma'unah. Ini merupakan episod merapu seorang nyanyok yang teramat kecewa dengan
perancangan jahatnya sendiri yang gagal. Ketika di awal kejadian, beliau sendiri yang
membuat kesimpulan awal mengatakan perbuatan tersebut bermotif politik. Akhirnya beliau
sendiri yang mengesahkannya di akhir cerita sandiwara tersebut. Jadi, bukankah ini sudah
jelas bahawa isu Sauk adalah permainan kotor politik mafia si Mamak Tongkang ?
Ribut Tiada Angin Pun Tiada, Tetapi Pokok Bergoyang Kuat…
Jika ada pun kerajaan yang paling hebat di dunia zaman moden hari ini, maka ianya tidak
lain dan tidak bukan ialah kerajaan Mahathir si Mamak Tongkang. Ini kerana kerajaan
beliaulah yang pertama di dunia boleh “menghidupkan” kembali benda yang telah
mati dan berkubur lebih dari 20 tahun. Benda mati yang saya maksudkan itu ialah
mengenai ‘kekecohan’ yang dicetuskan oleh menteri-menteri UMNo semenjak tiga empat
hari ini tentang “Amanat Hajj Hadi” yang telah pun berkubur lebih 20 tahun lalu.
Ribut tiada, angin pun tiada, tiba-tiba pokok bergoyang begitu kuat…apakah gerangan
yang terjadi ? Adakah monyet dan beruk-beruk kelaparan yang menggoyang-goyangkan dedahan
pokok ataupun jin tanah yang sedang menggelupur kesakitan di pangkal pokok tersebut
?
Apa yang jelas, Episod Amanat Haji Hadi yang sedang heboh diperkatakan oleh si bodoh dan
si bebal di dalam kerajaan Mahathir kebelakangan ini adalah suatu siri terbaru
isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menjustifikasikan pra tindakan kejam dan zalim
kerajaan bangsat itu untuk mengharamkan PAS. Orang PAS sendiri pun sudah tidak
ambil peduli dan mahu mengingat akan ‘Amanat Haji Hadi’ tersebut, tetapi kini UMNo
begitu prihatin dengan tiba-tiba akan amanat tersebut sehingga dituduh oleh si bangang
Hamid Othman (HaMan) sebagai ‘mengancam keselamatan negara’ . Kalau benar amanat itu
mengancam keselamatan negara, kenapa 20 tahun dahulu tidak ada apa-apa tindakan
yang bersesuaian diambil ke atas amanat tersebut ? Setahu saya, Tuan Guru Haji Abdul
Hadi sendiri tidak pernah menamakannya sebagai ‘amanat’, tetapi tiba-tiba bila UMNo
yang bercakap- penerangan mengenai batas iman dan kufur itu telah diwartakan sebagai
‘amanat’. Inilah anihnya kaldai-kaldai berkaki dua yang berkandang di dalam
UMNo.!
Saya percaya jika Mahathir dan UMNonya ingin menjadikan ‘Amanat Haji Hadi’ ini
sebagai batu loncatan dan justifikasi paling dominan untuk mengharamkan PAS dan
kemudian menangkap pemimpin-pemimpin utamanya, maka Mahathir sebenarnya bukan sahaja
mahu bermain api, malah mahu menyimbah petrol ke dalam bara yang sedang menyala ! Jika
terdetik di hati si Diktator Gila itu akan niat jahatnya mahu menangkap Haji Hadi yang
kununnya telah mengeluarkan ‘amanat’ tersebut atas alasan “keselamatan negara”,
nescaya Mahathir akan mempertaruhkan harga yang tidak mampu dibeli oleh sesiapa pun.
Harga yang akan dibayar olehnya tidak akan mampu dibayar olehnya sendiri. Jika Haji Hadi
ditangkap bersabit dengan ‘amanat’ tersebut, bukan sahaja Terengganu, bukan sahaja
Kuala Lumpur, malah seluruh Malaysia akan ‘terbakar’ hangus !
Jangan bermain dengan bara kesabaran rakyat dengan menyimbah minyak yang bukan sahaja
akan membakar tubuh anda, malah seluruh bumi Malaysia ini akan hangus terbakar ! Ini
adalah suatu AMARAN jika anda mahu mengambil peringatan wahai si Nyanyok Gila !
Dan jika Haji Hadi ditangkap juga, bererti Mahathir memang menempah kain kafannya
sendiri dengan liang lahadnya digali oleh tangan-tangan yang akan memenggal lehernya
kelak !!
….Insya-Allah bersambung….
Cucu Datuk Bahaman
1 Ogos 2000