MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

WASPADA DENGAN GOLONGAN PENGACAU

HACKERZPARADIZE Editor Notes:

Assamualaikum dan salam sejahtera..
Tapak baru kami di http://hackerzparadize.virtualave.net/ yang dijadikan sebagai tapak utama mengalami gangguan aksess untuk beberapa hari. Untuk memastikan kelangsungan capaian ke laman kami, tapak di http://www.geocities.com/hackerzparadize/ yang dijadikan sebagai backup host akan dikemaskinikan semula.

Memandangkan kami kerap mendapat email daripada pelayar internet reformis akhir-akhir ini berkaitan gangguan yang berlaku semasa mereka menggunakan internet di rumah, kami ingin menasihatkan mereka untuk lebih berwaspada dan mengambil langkah-langkah sesuai untuk mempertahankan kebebasan mereka berlayar.

Masalah gangguan berkenaan turut dialami oleh ahli-ahli kami terutamanya sejak kebelakangan ini. Terdapat request daripada beberapa IP Address yang tidak berkaitan dengan laman yang sedang dilayari untuk membuat sambungan kepada PC mereka. Setelah diselidik, IP tersebut didapati berasal dari Malaysia yang dipunyai oleh organisasi atau kementerian yang berdaftar di APNIC iaitu sebuah agensi pendaftaran Domain khusus untuk Asia.

Berdasarkan isu semasa dan kejadian gangguan ini, adalah dipercayai semuanya adalah berkaitan. Kenyataan kerajaan untuk memantau internet dan keputusan perbicaraan Saudara Anwar Ibrahim pada 4 Ogos ini dikenal pasti sebagai antara sebab kejadian ini semakin hebat berlaku. Selain itu terdapat beberapa bukti hasil risikan kami, masalah gangguan berkenaan dilakukan oleh individu tertentu yang menggunakan kemudahan sambungan internet di bawah organisasi yang dikenal pasti.

Golongan pengacau ini dipercayai bertindak demikian bertujuan untuk menakut-nakutkan pelayar reformis berlayar dan sekaligus mengurangkan capaian maklumat semasa yang mereka ikuti di internet. Tambahan pula terdapat gerakan untuk mengumpulkan pejuang reformasi pada 4 Ogos ini di Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Saudara Anwar Ibrahim. Mereka percaya dengan tindakan ini sebaran maklumat antara golongan reformis akan terganggu dan mengurangkan penglibatan rakyat semasa perhimpunan 4 Ogos ini.

Antara organisasi yang dikenal pasti membenarkan sistem mereka digunakan bagi tujuan ini adalah KHTP yang berlokasi di utara tanahair. Maklumat ini disahkan melalui traceroute yang dilakukan kepada IP Address yang ditemui pada system security log dalam sebuah Workstation kepunyaan salah seorang ahli HackerzParadize. Kenyataan ini dikuatkan dengan wujudnya salah seorang penyokong kuat BN di organisasi tersebut yang sering menyumbang artikel di Utusan Meloya dan E-group Antireformasi. Kami ingin menasihatkan golongan ini agar berhenti daripada tindakan keji mereka ini atau kami akan bertindak balas.

Untuk makluman mereka, kami sudah selesai menjalankan pengimbasan terhadap sistem yang mereka gunakan dan mengenal pasti hole atau security weakness pada sistem tersebut. Kami berada pada kedudukan selesa dengan sokongan ahli-ahli kumpulan Anti Net Cencorship yang radikal di merata dunia untuk bertindak balas dengan lebih agresif secara distributed attack.

Selain organisasi ini, terdapat beberapa lagi agensi dan kementerian yang terlibat membenarkan individu tertentu menggunakan kemudahan internet di bawah sistem mereka untuk tujuan mengganggu kebebasan internet di negara ini. Kami berasa kesal dengan tindakan dayus mereka tersebut dan memberi amaran bahawa ia akan menjejaskan konsep MSC yang sedang dibina pemerintah. Kami sedang mengumpul bukti kukuh dan sokongan untuk menyebar luaskan perkara ini kepada masyarakat dunia terutama pelabur IT yang berhajat melabur di MSC agar melupakan hasrat mereka tersebut. Malaysia bukanlah IT Portal yang sesuai dengan konsep globalisasi dalam teknologi maklumat, sebaliknya ideal untuk mereka yang berminat dengan konsep kuku besi berkarat Mahdey.

Kepada pelayar internet, kami menyarankan agar mereka menggunakan perisian firewall yang dipasang pada sistem mereka untuk memantau sambungan protokol internet ke PC semasa berlayar. Kami suka mencadangkan kepada pengguna windows yang merupakan sebahagian besar ahli reformis untuk menggunakan perisian firewall seperti ZoneAlarm dan Conseal PC Firewall yang boleh didownload di http://www.softseek.com/ atau lain-lain perisian firewall yang sesuai. Pengguna sistem lain seperti Linux, MacOS dan sebagainya adalah kurang terdedah kepada bahaya serangan ini memandangkan tools berkaitan sistem ini agak kurang dan kebanyakan pengguna sistem ini boleh dikategorikan sebagai intermediate - advanced user. Walau bagaimanapun mereka tetap perlu berhati-hati kerana sekiranya sistem mereka bersambung dengan internet, potensi serangan tetap wujud biar secanggih mana sistem mereka atau tingginya ilmu yang mereka ada.

Selain menggunakan perisian firewall, pelayar reformis dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskinikan sistem operasi yang mereka gunakan dengan security patch terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar sistem berkenaan. Mereka juga digalakkan untuk mengikuti security news yang dikeluarkan oleh agensi security khusus untuk sistem yang mereka gunakan untuk mengetahui security weakness yang baru ditemui pada sistem berkenaan dan langkah penyelesaiannya. Links kepada agensi-agensi berkenaan boleh didapati di laman ini di bahagian security.

Biar apa pun juga halangannya, ia adalah cabaran yang harus ditempuhi untuk mereka yang ingin berjuang. Perjuangan era cyber yang kita lalui sekarang ini adalah bentuk baru perjuangan yang harus kita tempuh. Maka dengan itu, lengkapi diri kita dengan ilmu IT terkini dan saling berkongsi ilmu dengan yang lain untuk kebaikan bersama. Biar berbagai cara dan haluan perjuangan kita, tetapi matlamat kita tetap satu.... menjatuhkan kerajaan zalim ini dan menegakkan keadilan dan kesucian Islam yang tercemar akibat perbuatan mereka itu. Itulah falsafah perjuangan kami.

Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
010800

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com