BEBERAPA PENJELASAN
Assalaamu'alaikum Wr. Wb & Salam Sejahtera.
Sdr. Webmaster,
Saya ada beberapa
persoalan:
Baru-baru ini satu kenyataan telah dikeluarkan bahawa pihak
berkuasa boleh mengambil tindakan kepada sesiapa yang menulis dalam internet
perkara-perkara yang berunsur negatif kepada pemerintah walaupun hakikatnya yang ditulis
itu adalah BENAR dan bukan fitnah atau auta.
- Adakah benar bahawa tindakan boleh
diambil mengikut Akta Multimedia Kerajaan BN dan tidakkah akta tersebut menyalahi
perjanjian antarabangsa?
- Bagaimana caranya untuk mengelakkan daripada diambil
tindakan di bawah Akta Multimedia Kerajaan BN?
- Adakah dengan cara menghantar
e-mail ke webmaster, dan webmaster mengeluarkan dalam laman pro-reformasi, pihak
KDN/SB boleh mengenalpasti lokasi sebenar penghantar e-mail termasuk alamat
e-mailnya?.
Telah ada Hamba Allah yang membuat penghujahan "BUKTI
LENGKAP KENAPA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERLU DIBEBASKAN PADA 4HB. OGOS INI".
Syabas diucapkan kepada yang berusaha kerana hujahnya padat, tepat dan ringkas.
Almaklumlah, zaman sekarang ini kebanyakkan orang sibuk dan kalau nak baca pun benda-benda
yang ringkas.
- Dicadangkan (kalau belum), hujah tersebut dialih ke beberapa bahasa
dengan segera, dihantar ke laman-laman/news di dunia.
- Dapatkan dan maklumkan
kepada rakyat alamat-alamat Ariffin Jaka, Mahathir, Ghani Patail, Mokhtar Abdullah dll.
Kepada rakyat, cetak hujah kenapa Anuar perlu dibebaskan dan pos kan segera sebelum
4/8/2000 ke rumah-rumah mereka sebagai "HUJAH RAKYAT & ALLAH MENGETAHUI APA YANG
KORANG BUAT TAU". Sekian, wassallam.
Widuri!
Penjelasan webmaster:
Terima kasih kepada saudara/i Widuri. Saya bukanlah terlalu arif dalam semua bidang
untuk menjelaskan kesemua persoalan saudara. Namun saya akan cuba setakat terdaya dan
insya-Allah kita percaya hasil perbincangan ini akan ada saudara-saudara kita yang
membantu memberikan maklumat yang kurang.
- Soalan adakah benar kerajaan boleh mengambil tindakan mengikut Akta Multimedia.
Akta ini baru sahaja diperkenalkan dan sudah dibincangkan dalam persidangan Parlimen
yang baru lalu tentang 'fitnah' sebagaimana dakwaan kerajaan BN. Tanpa merujuk
kepada akta tersebut saya percaya setiap pembuat dan pengamal undang-undang mesti
melindungi diri mereka sebagai salah satu tujuan undang-undang dibina. Justeru
itu sudah pastinya akta Multimedia sudah mengambilkira kepentingan kerajaan dalam
usaha mereka membendung penyebaran berita yang berbentuk pendedahan dan
penyelewengan.
- Anda sedang melayari sebuah laman yang 'haram' dari segi undang-undang. Laman
seumpama ini (lebih dikenali laman pro reformasi) dibina menggunakan server yang
berpusat di negara yang mengamalkan demokrasi dan globalisasi secara terus. Antara
yang terkenal ialah Tripod, Geocities, Xoom.Com dan sebagainya.
Kesemua
fail-fail disimpan dalam server yang dikhas oleh penaja masing-masing. Mereka tidak
terikat dengan kerajaan Malaysia, malahan kerajaan kita tiada kepentingan dalam hal
ini (maklumat sehingga hari ini). Dari sudut keselamatan kita boleh bergantung
kepada pihak yang menyediakan server ini asalkan kita tidak meletakkan identiti kita
yang sebenar.
Justeru itu melayari laman pro reformasi yang mana tapaknya
dibina oleh server yang dipancarkan dari luar negara adalah lebih selamat berbanding
jika anda membina website dengan tm.net atau jaring atau lain-lain pihak yang
menyediakan tapak web di negara ini.
- Saya sudah menerang serba sedikit bagaimana laman pro reformasi diterbitkan
dalam jawapan terdahulu. Saudara boleh menghubungi webmaster yang pastinya
menggunakan email proxy. Saudara juga dinasihatkan menggunakan email proxy bagi
mengelakkan kota email saudara dibaca oleh penyedia email (seperrti tm.net).
Hanya
pelayan (server) yang berkenaan sahaja tahu dan boleh menceroboh email kita.
Umpamanya jika saudara gunakan hotmail.com. Pihak luar tidak boleh masuk (access) ke
server ini yang pastinya telah membekalkan saudara kata laluan tertentu. Jadi amnya
ia adalah selamat.
Bagi jawapan soalan seterusnya:
- Hujah-hujah yang dikemukakan itu adalah dari pelbagai pihak. Memandangkan
internet boleh dicapai oleh semua penggunanya, maka semua maklumat yang disediakan
harus ditapis dari manakah sumbernya. Dalam hubungan ini webmaster bertanggungjawab
memastikan artikel yang dipaparkan diberikan atau bersumber yang sahih dan betul
(mustahil 100 peratus).
Kebenaran berita bergantung kepada kejujuran pihak
yang membekalkan berita itu. Sesebuah laman boleh cepat popular dengan pendedahan
yang sensasi dan terkini. Untuk mencapai tahap ini webmaster mesti mempunyai
perancangan yang baik bagi mendapatkan sumber maklumat terkini dan tepat.
Setiap
maklumat yang dipaparkan oleh sesebuah laman web yang berpusat dengan www. (world-wide-web)
akan dapat dicapai di seluruh dunia (globalisasi atau dunia tanpa sempadan).
Episod
RAW umpamanya telah dibaca oleh masyarakat antarabangsa dengan kerja menterjemah
dilakukan oleh pusat penyiaran berita di Singapura (mengikut maklumat yang
dibekalkan kepada saya). Justeru itu kita percaya bahawa setiap artikel yang lahir
dalam laman pro reformasi akan dibaca oleh mereka yang inginkan maklumat mengenainya
dari seluruh dunia.
Begitulah sebaliknya kerja menterjemah dari bahasa asing
ke Bahasa Malaysia.
- Saya tidak mempunyai maklumat alamat seperti yang saudara inginkan. Bagaimana
pun sekiranya ada para netters lain yang terbaca kehendak soalan saudara dan
mengirimkan email kepada saya, insya-Allah akan saya siarkan.
Mudah-mudahan sedikit penjelasan ini membantu keyakinan saudara melayari laman pro
reformasi dengan selamat dan penuh keyakinan. Sebarkan url adress setiap laman pro
reformasi yang saudara percayai dapat membantu menjana kemenangan BA dalam tahun 2004
nanti