MINDA MINGGUAN 5 NOVEMBER
MELEPASKAN 'DENDAM KESUMAT' TERHADAP MAHATHIR!!
Kita tidak menyangka akan bertemu lagi dengan siri pilihan raya kecil.
Setakat ini, pilihan raya kecil yang berlaku adalah kali yang ketiga selepas Sanggang
dan Teluk Kemang. Biar apa pun peristiwa yang menjurus kepada siri pilihan raya itu
diadakan, itu tidak penting. Kita harus percaya kepada takdir yang memberikan kita
peluang untuk mengubah kehidupan, walaupun dalam masa yang sama kita harus berusaha
melakukan yang terbaik.
Dari Sanggang ke Teluk Kemang, kita lihat satu perubahan total dalam
undian para tentera. Kemenangan yang berpihak kepada BA dalam undian itu mempamirkan
kepada rakyat bahawa di negara ini kita sebenarnya bebas untuk memilih apa sahaja undi,
tanpa perlu takut kepada ugutan. Ugutan pertukaran, turun pangkat, kerja berat mungkin
diterima oleh sebahagian anggota tentera. Namun keadilan dan kebenaran masih tetap
dipilih untuk membebaskan diri dan negara ini dari sebarang bentuk kezaliman; dari
sekecil-kecil mahu pun sebesarnya.
Pelajaran ini harus diukur oleh anggota perkhidmatan Kerajaan yang lain,
bahawa tekanan yang mereka terima dalam pelbagai bentuk termasuk yang terbaru untuk
tidak membayar bonus bagi tahun ini harus dikaji dengan mendalam. Jika Mahathir mampu
melaksanakan satu corak pemerintahan 'membalas dendam kesumatnya' terhadap para anggota
perkhidmatan awam, mengapakah kita sebagai anggota itu tidak mampu membalas kembali
'dendam' itu kini.
Pilihan raya kecil adalah satu kesempatan kepada kita untuk memilih wakil
kita biar cuma di Dewan Undangan Negeri. Apa lagi bagi Kedan yang kemenangan mereka
tersepit iaitu 23 ADUN Kerajaan Bangsat Nasional (BN) berbanding 22 dari BA. Jadi, satu
kemenangan kali ini amat bermakna kepada BA untuk mengubah kerajaan yang sedia ada
kepada pemerintahan Menteri Besar yang baru berkemungkinan dari tiket BA. Satu DUN yang
kita menangi kali ini cukup untuk melebarkan pemerintahan BA di negeri ketiga selepas
Kelantan dan Terengganu. Apakah kali ini kita tidak mahu melepas geram dan membalas
dendam kepada Mahathir?
Sementara itu, kita memerhati akan pergerakan belanjawan yang diatur oleh
kerajaan Bangsat Nasional (BN) jelas tidak memihak kepada rakyat jelata. Bagi kawasan
DUN Lunas di mana majoriti orang Melayu di sana hidup dalam kedhaifan dan masih
terceruk, jauh dari kesempatan dan kelebihan belanjawan yang memihak kepada kehidupan
mereka, haruslah memepertimbangkan bahawa tidak ada ruginya memperbaiki diri dengan
mengundi BA dalam pilihan raya kecil nanti. Lupakan calon bebas yang terlepas bebas
untuk merosakkan undian dan memecahkan perkiraan undi. Jika dikaji dari pilihan raya
lalu undian sebanyak 7,228 dari Bebas dan DAP mungkin dapat meyaingi 9,760 undian
Bangsat Nasional (BN) yang kita percaya diperolehi termasuk undia hantu dan
penyelewengan undian Pos.
Bersamalah kita merelasisasikan harapan untuk mengubah kehidupan kita
kepada yang lebih baik, dikesempatan Allah memberikan ruang yang jelas kepada kita untuk
berbuat demikian. Kemenangan BA amat bererti kerana kita percaya kerajaan negeri Kedah
di bawah payung BA akan lebih memahami situasi rumit yang kini dihadapi semasa kita
menjalaninya di bawah cengkaman Bangsat Nasional itu (BN). Perubahan dari diri kita
memungkinkan satu perubahan corak kehidupan taraf baru sebagaimana Terengganu, tidak
perlu membayar tol atau membayar cukai pintu. Ini lebih kepada membela rakyat dari
belanjawan baru yang melupakan hak rakyat sehingga bonus yang setiap tahun dibayar
kembali ditarik disaat-saat 'ekonomi sedang pulih' seperti mana dakwaan pemimpin Bangsat
Nasional (BN) itu!

Polong Cyber