Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Laman kerajaan Malaysia sebar virus Anti-Mahathir

KUALA LUMPUR, 4Nov (Hrkh) -- Ucapan belanjawan negara yang boleh diperolehi secara online menerusi laman kerajaan dijangkiti virus yang boleh menghapuskan dokumen dan menambahkan komen yang kasar terhadap Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, lapor Newsbyte hari ini.

Pakar virus tempatan, Looi Hoong Thoong mengesahkan bahawa dokumen di laman web rasmi Kementerian Kewangan telah dijangkiti virus Hampehs yang dipercayai berasal dari negara ini.

Dokumen yang telah dijangkiti virus itu telah diterbitkan Jumaat lepas bersamaan dengan ucapan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Daim Zainuddin di Parlimen.

Semasa berita ini ditulis, dokumen itu masih boleh didownload di http://www.treasury.gov.my/englishversion/index.html . Hanya versi bahasa Inggeris sahaja yang dijangkiti dan tidak dapat diketahui berapa ramai yang telah mendownload dokumen itu.

Kod dalam dokumen itu akan membawa pengguna ke laman hampehs.cjb.net, di mana "Mr DingDang" mendakwa membina virus itu.

Ditulis dalam bahasa Melayu, penulis virus itu berkata, beliau menulisnya kerana beliau "tidak bepuas hati dengan kerajaan sekarang" dan berhasrat melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Mahathir.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter