BERSAMA EZAM MEMBUAT LAPORAN POLIS DI ALOR SETAR 3
NOVEMBER
Seramai hampir 200 rakyat yang perihatin telah berhimpun secara aman di Balai Polis Alos
Setar jam 3.00 petang 3 November. Ezam yang dijadualkan tiba pada jam 3.00 petang itu
telah tiba lewat sedikit akibat tayar salah sebuah kereta pengiringnya pancit di lebuh
raya Plus. Mereka yang hadir terlebih dahulu agak gelisah dan gundah gulana memikirkan
berbagai-bagai perkara yang mungkin telah menimpa pemimpin kesayangan ramai itu.
Maklumlah... 5 November tidak berapa hari sahaja lagi. Tidak mustahil peristiwa 14 April
berulang kembali di mana barisan pemimpin telah ditangkap borong sebelum hari
program berlangsung lagi. Namun, syukurlah kehadiran Sdr. Ezam bersama beberapa pemimpin
pemuda tidak berapa lama selepas itu melegakan banyak para penyokong setia.
Kebanyakan yang hadir berhimpun di luar pagar Balai Polis tersebut. Mereka yang
melangkah sahaja masuk ke perkarangan balai polis untuk bersama-sama Sdr. Ezam, telah
diminta IC mereka dan butiran-butiran pun dicatatkan. Senanglah gamaknya kerja mereka
untuk mengesan dan mengenalpasti reformis-reformis berkenaan untuk tujuan-tujuan
"Mesra Rakyat"!
Sdr. Ezam dan beberapa pemimpin Pemuda keADILan seperti
Sdr. Lokman dan Sdr. Ghani kemudian naik ke ibu pejabat untuk memberikan kenyataan
berhubung dengan satu laporan polis yang menuduhnya sebagai pengkhianat negara, hasil
dari petikan ceramahnya di Tandop baru-baru ini.
Penyokong-penyokong di luar
menunggu dengan setia sambil sempat juga melaungkan beberapa slogan keramat. Suasana
begitu aman dan terkawal dengan baik. Diperhatikan ahli-ahli PAS begitu ramai sekali
hadir pada petang itu. Tiba-tiba sekoq polis yang tak mesra rakyat langsung mengusir
kami keluar dari perkarangan balai polis padahal kami telahpun berada betul-betul di
pintu pagar keluar balai tersebut. Apalagi, puas sudahlah kita bertahan sahaja selama
ini, beberapa reformis yang berani telah menempelak semula polis tersebut..... .'Ini
balai polis rakyat ke balai polis siapa.. yang nak berdiri kat sini pun tak boleh?!'.
Antara ayat yang dilemparkan kepada polis tersebut. Beberapa reformis lain sempat
menyambut ayat tersebut beramai-ramai melaung.....'Balai Polis Mahathir!'. He,
he.....dek panas telinga gamaknya, dia pun berundur. Tetapi rupa-rupanya depa tidak
berhenti setakat itu, dipanggilnya anggota polis peronda balik mungkin kerana tak cukup
kaki tangan nak menghadapi para penyokong yang ternyata lebih ramai dari depa itu.
Maka muncullah kumpulan bajingan baru (A) dengan lagak angkuh dan sombongnya sambil
memegang senapang. Cis........ seorang pun tidak gentar malah terus bertahan di situ.
Seorang SB menyamar wartawan begitu sibuk mengambil gambar-gambar kami. Sebagai rakyat
yang setia, kami bekerjasama sepenuhnya di dalam memberikan aksi-aksi menarik sambil
mengangkat tangan melaungkan reformasi buat koleksi mereka.
Tidak lama kemudian,
tidak sampai 1 jam pun, Sdr. Ezam pun keluar dan memberikan kenyataan media kepada
wakil-wakil
akhbar yang hadir. Sempat juga menjeling pada 'name tag' yang tergantung pada salah
seorang dari mereka.... wakil akhbar The STAR. Sdr. Ezam menjelaskan beliau telah hadir
ke balai polis tersebut atas inisiatif sendiri sebagai respons kepada satu laporan polis
yang menuduhnya sebagai pengkhianat negara hasil dari ceramahnya di Tandop baru-baru
ini. Beliau juga menegaskan bahawa beliau telah menggunakan seksyen 112 (2) untuk tidak
menjawab sebarang soalan atau memberi sebarang kenyataan melainkan di mahkamah jika
didakwa. Sebenarnya beliau memang ternanti-nanti si MADEY itu untuk mendakwanya di
mahkamah atas tuduhan seorang pengkhiaanat negara kerana beliau juga akan mendedahkan
bukti-bukti yang menunjukkan MADEYlah yang sebenarnya pernah memburuk-burukkan Tuntk
Abdul Rahman dari luar negeri pada tahun 1971.
Maklumat lebih lanjut hanya akan didedahkan oleh Sdr. Ezam pada 8/11/2000 di Taman
Melewar nanti. Setelah menjawab beberapa soalan dari pemberita, Sdr. Ezam dan
rombongannya pun berlepas ke Langkawi untuk program ceramah malam itu(permit tak
dikeluarkan pun). Para penyokong tidak melepaskan peluang untuk menghantar Sdr. Ezam ke
jeti Kuala Muda di mana sebanyak 14 buah kereta telah berkonvoi mengiringi beliau ke
sana.
Didoakan agar Sdr. Ezam dan rombongannya sentiasa selamat dan dilindungi
Allah s.w.t. sehingga tarikh keramat 5 november nanti untuk bersama-sama rakyat yang
dahagakan keadilan!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak
Id 2000