AWAS! Mahazalim@Mahafiraun cuba gagalkan perhimpunan 100, 000 di Shah Alam
5 Nov 2000
Melalui penulisan saya yang lalu, Mahazalim tidak akan berhenti-henti
mencuba untuk mendapatkan semula sokongan orang ramai. Mahazalim dan kerajaan mengutuk
tindakan 7 ahli kongres Amerika yang meminta perbicaraan DSAI diadakan semula atau kesemua
tuduhan beliau ditarik balik. Isu ini yang mengutuk orang luar campur tangan dalam
hal-ehwal negara bukan perkara baru dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakan dari
orang ramai dan pada kali ini Mahazalim sudah tentu amat mengharapkan perkara ini akan
berulang.
Apa yang saya ketahui Mahazalim sedang berusaha untuk
memperbesar-besarkan isu ini untuk menarik semula sokongan orang ramai. Malaysia Youth
Council sedang mendapatkan tanda tangan orang ramai sebagai tanda bantahan rakyat Malaysia
dan ini mendapat sokongan daripada Mahazalim yang mengatakan ramai rakyat tidak suka
kepada tindakan melampau ini. MYC juga dalam proses membuat laman web mengenai hal ini.
Ini menunjukkan kerajaan memang serius untuk memburuk-burukkan imej BA secara
besar-besaran. Mahazalim akan mencuba habis-habisan sehingga dia pun mengajak Ulama
bersama untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Kira-kira seminggu lebih yang lalu,
Mahazalim mengecam tindakan Ezam yang memburuk-burukkan nama baik negara. Kira-kira dua
hari lepas, heboh pula isu baru lagi iaitu tindakan member-member DSAI meminta bantuan
dari orang luar dalam usaha membebaskan DSAI. Kenapa isu terbaru ini dihebohkan sedangkan
isu Ezam masih hangat dibincangkan? Kenapa kerajaan buat dua sandiwara ini pada masa yang
terdekat ini? Saya ada terfikir sebelum ini kenapa kerajaan tidak mengambil apa-apa
tindakan untuk menghalang perhimpunan 100,000 di Shah Alam. Tak kan kerajaan senyap aja
tanpa berbuat apa-apa. Tak kan kerajaan nak biarkan saja perhimpunan 100,000 orang
diadakan. Saya tidak faham. Memang tak masuk akal. Sebelum ini macam-macam tindakan dibuat
seperti permit tidak diberikan kepada Parti Keadilan untuk berhimpun di Stadium Bukit
Jalil. Fikir punya fikir, saya baru teringat hari Ahad 5 Nov adalah hari yang amat penting
di mana dijangkakan 100,000 orang akan menghadiri ceramah pemimpin-pemimpin BA di Jalan
Kebun, Shah Alam. Saya pasti isu Ezam burukkan negara dan isu DSAI adalah usaha kerajaan
untuk menyekat orang ramai daripada menghadiri perhimpunan 100, 000 orang di Jalan Kebun,
Shah Alam. Saya pun tak perasan dan saya ingat isu Ezam adalah salah satu sandiwara
terbaru BN sehinggalah isu DSAI mula diperhebohkan oleh BN. Mulalah saya syak kenapa dua
isu ini diperhebohkan secara hampir serentak?
Barulah saya tahu apa motif kerajaan
buat dua sandiwara yang telah bermula seminggu lebih. Lebih-lebih lagi kerajaan
menghebohkan isu DSAI ini menjelang perhimpunan raksasa pada hari Ahad 5 Nov 2000. mungkin
Mahazalim mendapat khabar perhimpunan itu akan dihadiri 100,000 orang akan menjadi
kenyataan. Mahazalim bimbang jika 100,000 orang menghadiri perhimpunan ia akan
memberi tamparan hebat kepada beliau dan kerajaan BN. Imej dan kredibiliti BA akan
bertambah kuat dan pada masa yang sama imej dan kredibilit BN semakin tercalar dan
tercemar. Oleh itu Mahazalim perlu cari jalan bagaimana menghalang orang ramai menghadiri
ceramah pemimpin-pemimpin BA. Mahazalim cuba mempengaruhi dan menghalang orang ramai
daripada menghadiri perhimpunan 100,000 orang. Mahazalim berharap melalui tindakan Ezam
burukkan negara dan member-member Anwar mendapatkan bantuan dari orang luar, orang ramai
akan hilang kepercayaan terhadap BA dan seterusnya akan memulaukan perhimpunan 100,000
orang. Inilah yang Mahazalim mahu. Pepatah Inggeris mengatakan killing two birds with one
stone. Inilah apa yang dibuat oleh kerajaan Bangsat Nasional sekarang iaitu
memburuk-burukkan imej BA dan pada masa yang sama cuba menggagalkan perhimpunan raksasa
pada 5 Nov 2000.
Saya boleh katakan, perhimpunan 100,000 di Shah Alam AMAT PENTING
kerana ia akan menguji sejauh mana kesetiaan orang ramai kepada BA. Adalah diharapkan
rakyat tidak hiraukan tindakan kerajaan yang sering kali berusaha untuk memberi satu
gambaran yang buruk mengenai BA. Datanglah beramai-ramai untuk menghadiri ceramah BA yang
terbesar pada 5 Nov 2000. Perhimpunan ini akan menjadi medan terbaik pemimpin-pemimpin BA
menjelaskan isu hal-ehwal kepada orang ramai supaya para hadiran mengetahui lebih jelas
mengenai usaha khianat BN. Perhimpunan 100,000 orang di Shah Alam merupakan stepping stone
dalam usaha untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan Bangsat
Nasional.
LTL