Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PEGAWAI KERAJAAN ATAU PEGAWAI AWAM     

Semenjak episode Anwar Ibrahim, menteri-menteri UMNO yang kesemuanya banghal dan bodoh kerap kali
mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh saperti, 'pegawai-pegawai kerajaan didapati menentang kerajaan'
dan ' pegawai-pegawai kerajaan diingatkan menyokong kerajaan'.  Adalah jelas dari kenyataan-kenyataan itu,
mereka tidak faham akan 'kosep kerajaan' apatah lagi undang-undang perlembagaan.

Dibawah Perlembagaan Malaysia, 'kerajaan Malaysia' keselurohannya terdiri dari Yang diPertuan Agong,  Majlis Raja-Raja, Badan executive, Badan perundangan, Badan kehakiman dan juga Badan perkhidmatan  awam.
Kecuali badan executive dan badan perundangan yang terdiri dari ahli-ahli politik, kesemua anggota lain-lain badan kerajaan adalah terdiri dari pegawai-pegawai awam yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang tetap.  Kesemua badan-badan diatas dibawah sistem demokrasi berparlimen mempunyai fungsi-fungsi tertentu untok menggelakkan pemusatan kuasa kepada badan atau orang persaorangan yang tertentu.

Didalam sistem demokrasi berparlimen, anggota-anggota badan executive dan perundangan dipileh oleh rakyat
tiap-tiap lima tahun melalui pilehan raya.  Parti yang memenangi pilehanraya berhak menganggotai badan executive.  ( In a very narrow sense, we say they form the next government in power).  Antara tugas utama
badan executive ialah merangka polisi-polisi pemerintahan berdasarkan manifesto mereka.  Polisi ini
semestinya adalah untok faedah dan kebaikan rakyat.

Perlaksanaan polisi-polisi pemerentahan ini adalah tanggong-jawab pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang
semestinya berkecuali dalam pegangan politik mereka. Badan Perkhidmatan Awam ditubohkan dibawah artikel 132 Perlembagaan Persekutuan.  Angota-angota badan perkhidmatan awam terdiri dari pasukan keselamatan (armed forces), perkhidmatan kehakiman dan undang-undang, anggota-anggota dan pegawai polis, guru-guru, dll.  Mereka ini kesemuanya adalah pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang mana gaji mereka dibayar dari peruntokan awam dan seharusnya bekerja untok kepentingan dan faedah orang-orang awam. Tugas utama mereka adalah untok melaksanakan tugas mengikut undang-undang demi untok kepentingan orang-orang awam.  Didalam melaksanakan tugas kepentingan awam adalah mengatasi dari kepentingan mana-mana orang baik kepentingan Mahathir atau UM-NO.

Tidak terdapat pun dalam undang-undang pentadbiran dan perlembagaan British dan negara-negara komanwel
termasuk Malaysia ungkapan 'kakitangan dan pegawai kerajaan'.  Apa yang terdapat dalam perlembagaan
malaysia dan lain-lain undang bertulis ialah unggapan 'kakitangan dan pegawai-pegawai perkhidmatan awam'
atau 'penjawat awam'.  Perkataan 'pegawai kerajaan' adalah peningallan pemerentah British yang selalunya
memperbodohkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam ketika itu bahawa mereka adalah sabenarnya'pegawai
kerajaan' yang seharusnya menyokong pemerintahan British waktu itu.  Yang peliknya unggkapan ini tidak
digunakan diBritain ketika itu.  Yang terdapat hanyalah perkataan 'civil servants' atau 'public officer'.

Dengan penjelasan ini adalah diharapkan pegawai-pegawai polis, pegawai-pegawai perundangan dan
kehakiman yang diperalatkan dan 'diperanjingkan' oleh Mahathir untok tujuan politiknya membuat keputusan
yang bijak samada untok berkhidmat dengan perkhidmatan awam atau dengan Mahathir.

Tingkah laku mereka yang selama ini menurut arahan Mahathir dan kuncu-kuncunya secara membuta tuli dan
bertentangan dengan undang-undang dan kepentingan orang awam memalukan diri mereka sendiri dan lain-lain
anggota perkhidmatan awam.  Mereka seharusnya berhenti dari menjadi anggota perkhidmatan awam dan berkhidmat dengan Mahathir atau UMNO/BN.  Dan mereka boleh jadi anggota pasukan polis Mahathir atau pegawai undang-undang Mahathir.

Jabatan Perkhidmatan Awam

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter