ADAKAH MAHATHIR SYAITAN ATAU MANUSIA
Semenjak pemecatan Anwar Ibrahim, tingkah laku
Mahathir sangat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Islam melayu.
Timbul pertanyaan samada Mahathir kini adalah makhluk jenis syaitan yang berupa manusia.
Sekiranya dia syaitan, tidaklah menghairankan mengapa orang-orang UMNO dan
pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam terutamanya pegawai-pegawai polis,
pegawai-pegawai perundangan dan pegawai-pegawai kehakiman begitu takut kepada beliau.
Pegawai-pegawai ini terus terang diperanjingkan oleh Mahathir sehingga mereka tidak tahu
samada apa yang dibuat itu adalah betul atau tidak. Mereka lebih takut akan
seksaan dari Mahathir daripada seksaan Allah mahakuasa dan sanggup membuat kerja-kerja
yang bersifat kesyaitanan.
Salah satu sifat kesyaitanan Mahathir adalah tindakan
beliau terhadap Anwar Ibrahim, rakan politik beliau selama 18 tahun. Mana-mana
manusia di dalam dunia ini tidak akan tergamak memperlakukan tindakan-tindakan yang
telah dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, melainkan orang itu adalah keturunan syaitan.
Adalah jelas bahawa apa yang berlaku ke atas Anwar bukanlah perbuatan manusia tetapi
perbuatan syaitan.
Di dalam dunia ini juga tidak ada manusia yang ingin tinggal
dalam bangunan yang bernilai RM300 juta lebih melainkan orang gila atau syaitan.
Ini lagi satu sifat kesyaitanan.
Manusia yang rasional tidak akan mengumpul harta
berbilion ringgit dan mencuri harta rakyat. Ketiga-tiga anak lelaki Mahathir ada lebihkurang
200 syarikat. Hanya kaum keluarga syaitan saja yang mengumpul harta
bertimbun-bertimbun tanpa merasa malu dan segan terhadap orang-orang lain yang mungkin
memerlukan harta-harta tersebut. Dengan harta yang begitu banyak, Mahathir dan
keluarganya mampu makan sepuloh ekor lembu atau kerbau tiap-tiap hari. Apakah
tujuannya mengumpul harta berbilion ringgit ini. Tak cukup dengan itu
projek-projek penswastaan hospital dan lain-lain masih lagi diingini oleh keluarga
syaitan
ini.
Berdasarkan tiga fakta ini sahaja, kesimpulan boleh dibuat Mahathir
adalah syaitan jelmaan manusia.
Anti-syaitan