Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Sifat Dakwah Dan Pendakwah seterusnya ialah mengetahui perkara-perkara berikut:-
 
i)    Mengetahui Hal-ehawal (kemasyarakatan) orang yang dilalakan seruan
 
Dengan mengetahui perkara ini dapatlah mubaligh menyesuaikan cara-cara tablighnya dengan hal-ehwal orang yang hendak mereka seru. Ini akan memberi kejayaan kepada tugasnya.
 
ii)    Mengetahui Ilmu Sejarah Umum
 
Dengan mengetahui sejarah mubaligh dapat mengetahui punca-punca kerosakan "aqidah dan akhlak serta adat istiadat". Oleh itu tablighnya itu dapat diasaskan pada dasar-dasar yang betul; dia akan dapat mengemukakan hujah-hujah yang tepat dengan kata-kata yang akan memberi kesan pada pendengar serta dapat mengubah hal mereka yang buruk kepada yang baik. Mubaligh yang jahil ilmu sejarah tidak akan dapat mencapai kejayaan yang penuh.
 
iii)    Mengetahui Ilmu Jiwa Yang Mengkaji Kekuatan Jiwa, Lintasan Batin Dan Kecenderungannya.
 
Setiap perbuatan pada asasnya menurut pengetahuan. Walaupun begitu ada orang yang tahu sesuatu perkara itu mudarat, tetapi mereka masih membuatnya dan tahu sesuatu perkara itu berfaedah, tetapi mereka meninggalkannya. Apakah sebabnya ?. Sedangkan setiap perkara yang diharamkan syara' adalah mudarat, dan semua perkara yang halal itu berfaedah. Adakah boleh berjaya seseorang mubaligh yang menyeru orang ramai kepada kebaikan dan memberi penerangan yang luas tentang faedah meninggalkan kejahatan padahal dia tidak mengetahui. Mengapakah mereka meninggalkan perkara yang baik dan melakukan kejahatan ?.
 
Untuk mengetahui hal-hal begini mubaligh sewajarnya mempunyai kebolehan dalam ilmu jiwa. Faedah ilmu jiawa tidak kurang daripada ilmu sejarah. Sahabat-sahabat Rasulullah mempunyai pengetahuan luas dalam bidang ini. Pengetahuan mereka diambil daripada ayat-ayat al-Qur'an dan penjelasannya yang diberi oleh Rasulullah s.a.w serta perjalanan hidupnya sekalipun mereka tidak mempelajarinya sebagai satu ilmu pengetahuan yang tersendiri.
 
iv)    Mengetahui Ilmu Geografi
 
Ilmu ini membolehkan mubaligh membuat persediaan yang sesuai dengan tempat yang hendak ditujukannya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. cukup bijak dalam ilmu ini. Inilah diantara faktor yang menyebabkan mereka berjaya dalam peperangan menentang musuh di negeri-negeri di luar lingkungan tanah Arab.
 
v)    Mengetahui Ilmu Akhlak
 
Ilmu itu perlu diketajui oleh ahli-ahli agama terutama sekali para mubaligh, supaya mereka dapat membaiki diri manusia yang rosak.
 
bersambung ....
 

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Insyallah Undur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PASti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter