BELANJAWAN YANG BERBAU HANYIR
Dalam sembang-sembang dengan beberapa orang marhaen muda dan tua, rata-rata mereka
menganggap belanjawan 2001 ini adalah suatu belanjawan yang tidak MERINGANKAN BEBAN dan
BERBAU HANYIR. Mendengar hujah pros and cons, dapatlah dirumuskan bahawa mereka ini
sudah mengerti dan bijak membaca putar-belit kepala Madey dan Daim dalam memfaraitkan
wang negara yang berbillion ringgit itu atas nama pembangunan dan belanjawan. Mereka
sudah tidak yakin lagi pada pentadbiran hari ini. Ikutilah pandangan dan pendapat
mereka...
Marhaen 1: * Kiraan atas kertas.
Hai...betul ke ada wang? Kata seorang marhaen muda. Aku takut mereka buat kira-kira atas
kertas aje, nak sedapkan hati rakyat... kununnya negara masih kaya, ekonomi sudah
pulih. Mereka cekap mentadbir. Nak tutup segala bail-out syarikat anak dan kroni mereka.
Kalau buat budget yang tidak sampai berbillion ringgit tentu rakyat makin yakin bahawa
ekonomi negara kita sudah merudum. Sekarang mereka 'konar sana-konar sini' kata ekonomi
semakin pulih pada hal sebaliknya. Tahun hadapan, apabila nampak keadaan ekonomi yang
sebenarnya sudah tenat, Madey dan semua baruanya sudah sedia dengan jawapan. Mereka akan
'mengGeorge Soroskan' Ezam dan Barisan Alternatif sebagai penyebab menjunamnya ekonomi
negara. Mereka kini sedang mengasah rakyat dengan tuduhan bahawa Ezam dan ahli BA
sebagai penderhaka...
Walhal yang menjadi hantu perosak ekonomi itu
ialah Presiden tua UMNO Baru{a} dan anak-anak serta kroninya yang tamak haloba. Ekonomi
rosak akibat pentadbirannya yang tonggang terbalik, berbudaya rasuah, boros, celupar,
pembohong, penipu dan pembelit. Ekonomi teruk akibat masyarakat dunia sudah tidak yakin
dan menyisihkan diri mereka daripada diktator tua yang meletakkan semua Institusi di dalam
genggamannya. Pemimpin-pemimpin UMNO Baru{a} dan kuncu-kuncunyalah PENDERHAKA
yang nyata terhadap rakyat dan negara ini. Merekalah PETUALANG bangsa yang sebenarnya.
Merekalah yang patut di pancung...
Satu soalan, katanya .....Kalau betul
ekonomi kita baik mengapa harga barang terus melambung dan rakyat kena cukai keliling
pinggang?
Satu soalan lagi....Jika kenyataan benar Ezam dan beberapa
pemimpin tertinggi Parti Keadilan {BA} diluar negara boleh merudumkan ekonomi Malaysia
{seperti yang UMNO Baru{a} heboh-hebohkan}, huh!! itu sudah kira hebat. Maka eloklah
dihumbankan saja pemimpin UMNO Baru{a} jauh-jauh yang sudah tidak berguna itu. Lebih
baik pilih saja BA untuk mentadbir dan memulihkan ekonomi negara dengan segera, kerana
dunia luar nampaknya lebih percayakan Barisan Alternatif dari Barisan Nasional.
Marhaen
2: * BUDGET SEMPOA...tolak-tolak tarik masuk poket.
Seorang
marhaen tua berpendapat: Macam biasalah...belanjawan itu seperti dacing BN yang semakin
senget sebelah...hanya condong ke arah PIEM, Menteri Kewangan serta kroni mereka saja.
Dalam keadaan ekonomi yang parah ini, Kerajaan BN masih lagi berminat dan tidak lokek
untuk terus berbelanja besar berbillion-billion ringgit, melaksanakan projek2
mega, pembangunan yang akan menyelamat dan menguntungkan syarikat mereka. Mengapa? Kerana mereka tahu keuntungannya sudah tentu masuk ke dalam kocek mereka.
Mereka tahu inilah cara mudah dan halal {dari fahaman agama mereka} merompak dan menipu
rakyat atas nama pembangunan dan belanjawan. Mula-mula bentangkan belanjawan dan tolak
pada rakyat. Bila masa melaksanakannya, tolak pada kroni, komisyen dan keuntungannya
tarik masuk poket sendiri. Itulah namanya BUDGET SEMPOA... tolak-tolak tarik, keuntungan
masuk poket.
TETAPI apabila peruntukan untuk rakyat, apa saja
yang melibatkan wang tunai, seperti pemberian BONUS, kenaikan Gaji pada kadar
sepatutnya, yang perlu disemak setiap lima tahun atau baru-baru ini wang ROYALTI rakyat
Terengganu, kita boleh lihat mereka cukup liat. PIEM dan baruanya akan membuat pelbagai
dalih dan helah, malah sanggup menipu, asal saja wang itu kekal pada mereka dan tidak
sampai secara terus kepada rakyat.
Mengapa? Kerana cara ini Madey dan
kroninya akan mengigit jari. Wang terlepas, habuk pun tidak masuk kantung mereka.
Keduanya, mereka mempunyai agenda perbelanjaan sendiri yang boleh menguntungkan,
menyelamatkan syarikat kroni mereka yang nazak dan sekaligus terus menerus dapat
mengekalkan kuasa.
Mereka apa peduli tentang kesengsaraan dan
bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Dalam keadaan sekarang, sebuah kerajaan yang,
bertanggungjawab, bertimbang rasa dan perihatin terhadap rakyat, peruntukan yang
jumlahnya berbillion ringgit itu, sepatutnya digunakan untuk memberi pelbagai subsidi
yang boleh dinikmati oleh semua. Contohnya mengekalkan harga minyak petrol pada tahap
yang minima sesuai sebagai negara pengeksport minyak dan memansuhkan tol.
Kedua-dua perkara ini dapat menurunkan dan sekaligus mengawal harga barangan yang kian
mencanak, terutamanya bahan keperluan hidup seperti makanan, pengangkutan, kos
pendidikan dan kadar sewa/beli rumah. Begitu juga dengan tarif api dan telefon yang
sentiasa naik dan mendera rakyat. Keadaan sekarang jika diamati, seolah-olah negara ini
sedang di tadbirkan oleh seorang CATTIER, yang sentiasa mencari keuntungan dengan
memerah keringat rakyat.
Marhaen 3: * Belanjawan Upah, Upah-Rasuah dan Jerat
Budi.
Apabila peruntukan kenaikan gaji kepada Guru Besar dan Pengetua, askar
dan polis diumumkan, maka serta-merta terhidulah bau hanyir belanjawan itu...'I smell
something fishy' kata orang putihnya.
Bagi seluruh anggota polis,
sudah tentu kenaikan ini merupakan suatu UPAH dan terima kasih Madey kepada mereka
kerana membantunya mengekalkan kuasa dengan memfitnah, menumbuk hingga lebam mata dan
mengurung DSAI di Sungai Buluh. Begitu juga, jasa mereka menjadi tali barut dan pemberi
maklumat, memukul, membantai, menyembur air asid, malah ada yang sampai membunuh rakyat,
amat ketara sejak 2 September 1998 yang lalu. Tentunya 5hb November ini polis akan
bekerja lebih keras dan giat lagi kerana baru saja mendapat upahkan?
(Komen Cik
Siti)...Cuma kita hendak tanya polis, kenaikan gaji itu hasilnya dari mana?
Adakah wang itu datangnya dari poket Madey yang mungkin berkerja kuat, siang malam
mencuci Taj Mahal atau bayaran sebagai pasangan menari bersama Shah Rukh Khan di India?
Jika wang itu dari poketnya, memang wajar polis berkerja untuk Madey. Jadi polis Madey.
Tetapi menjadi polis Madey BUKAN suatu justifikasi untuk menzalimi rakyat di tanah
pusaka mereka sendiri, di Kepulauan MELAYU ini.....Atau,
Adakah kenaikan
gaji itu datangnya dari pembayar cukai iaitu rakyat bumi Malaysia yang tercinta ini?
Jika datangnya dari rakyat, mengapa PUNCA sumber kenaikan gaji itu sering dibelasah?
Sudahkah polis minta rakyat menghalalkannya? Harus diingat, kemarahan dan kebencian
rakyat terhadap perilaku zalim polis selama ini tidak pernah reda, tidak mudah padam!!
Di sini, rakyat hendak mengingatkan polis. MADEY hanya sebagai orang perantaraan {tukang
hulur wang yang juga diberi upah oleh rakyat} kepada polis dalam bentuk kenaikan gaji,
sedangkan Rakyatlah SUMBER dan PUNCA sebenar datangnya wang itu. Tetapi itulah sifat
Madey...lembu punya susu sapi dapat nama. Wang rakyat dibuat macam duitnya sendiri.
Parti Barisan Nasional dianggapnya Kerajaan Malaysia!!
Soalnya, siapakah yang
sepatutnya menjadi 'priority' polis untuk diberikan perkhidmatan dan layan yang baik,
dengan hormat serta dijaga dengan penuh setia? Madey atau rakyat?
Kita tahu semua
yang terlibat dalam konspirasi 1998 {termasuk polis} kini sedang menerima imbuhan
masing-masing. Itu habuan dari Madey tetapi habuan dari ALLAH coming soon, insya-ALLAH.
Kenaikan gaji bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah... kenaikan itu merupakan upah yang
diberi in-advance untuk suatu misi {kalau berjaya} yang mendatangkan keuntungan yang
besar kepada UMNO Baru{a}/BN yang berpanjangan. Dengan memberi sedikit imbuhan kepada
MANDUR {Guru Besar dan Pengetua} adalah diharapkan dapat menjinak dan mempengaruhi
guru-guru yang rata-rata sudah condong kepada BA terutama mereka yang telah dizalimi...
Ibarat menangkap ular adalah mudah dan selamat jika di tangkap kepalanya dulu. Jadi
MANDUR inilah yang sedang dipancing dengan upah-rasuah untuk mengubah haluan arus
guru-guru di bawah jagaan mereka. Bila arus ini sudah berjaya diubah maka secara automatis
sikap murid dan pandangan ibubapa serta masyarakat juga turut berubah.
(Komen Cik
Siti)..Kepada Guru Besar, Pengetua dan seluruh warga yang bergelar Guru.
Ingatlah, anda semua adalah acuan yang membentuk dan mencanai generasi akan datang. Anda
akan dipertanggungjawabkan jika negara ini hancur kerana diwarisi oleh manusia yang gila
kuasa seperti sekarang ini. Rata-rata pemimpin UMNO Baru{a} ini, adalah hasil didikan
penjajah yang sudah tentu tidak mendapat asuhan dan fahaman agama yang teguh dan
secukupnya.
Lagipun kenaikan gaji anda itu adalah dari wang pembayar
cukai {rakyat} bukannya dari poket bapak konspirasi Aziz Shamsuddin atau Madey atau Daim.
Janganlah merendahkan martabat anda sebagai insan yang menjadi PAKSI masyarakat. Taraf
seorang guru itu adalah lebih tinggi dari kenaikan sepuluh persen...MALAH TIDAK TERNILAI
HARGANYA.
Kenaikan gaji tentera juga dilihat sebagai proses:
- menabur budi.
Budi ditabur sebagai Jerat yang akan
ditagih dan diungkit dalam kempen pilihanraya tahun 2004 nanti.
- Memujuk, Mengambil hati dan cover-up.
Setelah tentera
dimalukan serata alam dengan peristiwa SAUK, iaitu suatu pementasan eksklusif, arahan
mega pucuk pimpinan dengan para pelakonnya dipilih khas. Begitu juga dengan episod di
Sipadan dan Pandanan di mana cara pencolekan dan penyelesaiannya amat misterious sekali
sehinggakan Pak Cik-Pak Cik di kampung berjenaka sinis...
'PATUTLAH ANGIN BERTIUP
KENCANG, LAUTAN SABAH BERGELORA SAKAN, RUPANYA YANG TIMBUL BUKANNYA
BUJANG SENANG TETAPI KAPAL SELAM'
- Upah-rasuah secara terhormat.|
Life-style dan aktiviti tentera lazimnya tertumpu dalam persekitaran Kem sahaja kecuali
ada misi atau operasi tertentu. Mereka tidak tercemar, tidak seperti polis yang
kebanyakannya dari A hingga Z hidup terdedah dan terlibat secara langsung kepada gejala
rasuah serta pelbagai maksiat. Itu sebabnya sahsiah, sikap jati diri, tingkah laku dan
semangat cintakan agama dan bangsanya masih kental dan tinggi dalam jiwa tentera, amat
jauh berbeza dengan PDRM. Perbandingannya seperti bumi dengan langit. Jadi majoriti
mereka {tentera} sukar dipergunakan oleh pemimpin politik, atas dasar 'blackmail'...
kecuali yang berpangkat tinggi...
Mungkin itulah
sebabnya kerajaan pimpinan BN memikirkan sudah tiba masanya tentera pada kali ini
dibodek dengan memberi imbuhan bermotif? dan tidak kepada kakitangan awam. MUNGKIN juga
imbuhan ini suatu umpan lunak bagi menakluki mereka untuk diletakkan terus di bawah
kekuasaan KDN supaya senang dikembirikan sebagaimana yang telah berlaku kepada PDRM.
Pilihanraya
kecil Teluk Kemang telah menempa sejarah, di mana buat pertama kalinya undi pos
{tentera} telah memihak kepada Barisan Alternatif. Keputusan ini dipercayai, adalah di antara
penyebab utama, lembutnya hati BN untuk memberi imbuhan tersebut. Trend ini
amat memeranjatkan BN dan membuat UMNO Baru{a} sakit jantung. Betapa tidak, selama ini
undi pos yang sering sampai lewat malam {dalam pemilu yang lalu}, adalah jalan mudah dan
penyelamat {dalam erti kata SURE WIN} kepada calon Barisan Nasional khasnya UMNO Baru{a}.
(Komen
Cik Siti)... Lihatlah, itu baru undi calon BA, rakyat sudah mendapat imbuhan dengan
cepat, kerana BN amat gentar dan takut. Sudah terbayang kekalahan di ruang mata,
andainya undi pos tidak lagi memihak kepada mereka. Bayangkanlah kalau semua mengundi
calon BA, tentunya seluruh rakyat akan mendapat imbuhan yang lebih hebat dari ini, Insya-ALLAH.
Marhaen 4: * Belanjawan Mempamerkan Kuasa, Dendam, Mengejek
dan Perli
- Selain belanjawan yang bersifat dacing senget,
rakyat banyak berpendapat bahawa belanjawan 2001 adalah belanjawan yang menyerlahkan
sikap sebenar kerajaan pimpinan BN khasnya UMNO Baru{a}.
Dengan
tidak memberi bonus kepada kakitangan awam, royalti..wang yang sepatutnya hak Kerajaan
Negeri T'gnu, mentadbirnya untuk rakyat negeri itu yang 90 persen adalah bangsa Melayu
yang beragama Islam, di salurkan melalui JKK? orang UMNO Barua{a} yang lazimnya noted
sebagai kaki songlap, rasuah, tidak amanah, penipu dan bebal dalam pengurusan. Ini
menunjukkan betapa busuknya hati seorang Mamak Tua berpenyakit PHD {penyakit hasad
dengki} yang pembelit dan pembelot itu.
- Belanjawan yang
tidak meringankan beban. Rakyat terus saja dibiarkan dengan pelbagai kenaikan....harga
barang keperluan, pelbagai cukai termasuklah cukai 5 persen pada setiap pembelian
makanan di Pasaraya.
Kelonggaran mengeluarkan KWSP untuk
membeli komputer dan membiayai kos pelajaran anak-anak di IPTA/S {sepatutnya diberi
percuma kerana wang minyak melimpah-ruah} bererti wang simpanan untuk hari tua sedang di
sedut keluar secara rela-paksa, masuk poket kroni yang menjadi pemilik syarikat komputer
dan Institusi2 Pengajian Tinggi.
- Belanjawan yang menjuruskan
rakyat berbelanja dan berhutang. Kenaikan kadar pinjaman perumahan dan kereta bagi
kakitangan awam (itu saja yang naik}, tentulah sinonim dengan kenaikan harga barang
yang hendak diperolehi. Kenaikan ini menggalak dan menjerumuskan mereka ke dalam kancah
hutang yang banyak dan berpanjangan.
Ini adalah salah suatu cara
pemimpin kerajaan BN menyalurkan wang rakyat terus masuk ke kantung mereka kerana, yang
jadi pemaju perumahan, pengeluar dan pengedar kereta itu terdiri dari kroni yang menjadi
proxy pemimpin tertinggi UMNO Baru{a}/BN itu sendiri.
{Komen Cik
Siti}...rakyat lama kelamaan akan menjadi seperti rakyat India, ada bom nuklear, peluru
berpandu, pemimpin kaya raya tetapi rakyat terus miskin dan papa. Rakyat disogokkan dengan
filem semi lucah bagi melupakan realiti hidup yang dhaif akibat pemimpin yang zalim.
- Dalam ucapan belanjawan, Daim seolah-olah mengejek dan memperli apabila dengan sengaja
menyebut 'wang Ehsan' dan bukannya 'Royalti', kerajaan sangat perihatin tentang agama
Islam tulin, tentang rasuah yang boleh merosakkan negara , salah guna kuasa, tentang
pendidikan anak bangsa.....{ suatu sikap yang menganjing!!}
Memang Daim bercakap mengikut lidah tidak bertulang, seolah-olah dia dan pemimpin nombor
satu kerajaan BN, bersih, benci rasuah, sangat mengambil berat tentang agama, masa depan
negara dan bangsa. Wajahnya sedikit pun tidak menampakkan riak bersalah apabila menyebut
segala itu, padahal merekalah yang memperdagangkan Institusi Pendidikan, bapak segala
rasuah, penyangak, penipu, penyalahgunaan kuasa dan ibu segala skandal yang meruntuhkan
Institusi agama.
- Seperti Madey, bila ada peluang, Daim juga menuduh
dalam sindiran terhadap parti pembangkang, khasnya BA kununnya cuba menanam sikap benci
rakyat terhadap kerajaan. Langsung sama sekali tidak mahu mengaku bahawa tebalnya rasa
benci rakyat kepada Madey, Daim dan pimpinan BN kini adalah disebabkan tebalnya dalam
diri mereka sifat rakus, rasuah, dendam, tamak haloba, fitnah, pembelit, pembohong dan
kezaliman terhadap rakyat.
Kesimpulannya, kata marhaen 4, ternyata
belanjawan 2001 merupakan belanjawan yang keuntungannya berpusat kepada mereka,
disamping mempamerkan kuasa, sifat riak dan kepura-puraan serta balas dendam Madey dan
UMNO Baru{a} kepada rakyat terutamanya orang Melayu yang majoritinya menyokong BA dalam
pemilu yang lalu.
(Komen Cik Siti) Itu Dendam Madey, Dendam Rakyat
Bagaimana?
Itu dendam Madey, Daim dan UMNO Baru{a}. Mungkin lega dan
puas hati mereka apabila dendam sudah diwartakan dan hasrat memberi RASA kepada rakyat
sudah diluahkan. Madey boleh memasang dendam kerana hati rakyat belum cukup berdendam.
Kerajaan pimpinan Madey sedang mengajar rakyat cara untuk berdendam. Bila rakyat sudah
memutuskan untuk membalas dendam, jangan pula UMNO Baru{a}/BN menuding jari menyalahkan
Parti Pembangkang!!
Bagaimana pula dendam rakyat? Lupakah akan
slogan suara rakyat, suara keramat? Kini rakyat sedang mengatur dendam. Mereka sedang
menari mengikut rentak UMNO Baru{a}/BN. Rakyat sedang menjawab seloka dan pantun mereka
di dalam dan di arena antarabangsa. Rakyat sedang mentertawakan lawak bodoh sombong
Presiden UMNO dan barua-baruanya...
Akan tiba masanya dendam Madey
dan UMNO Baru{a} itu berbalas... tunggulah. Tanduk lembu itu ke depan bukannya ke
belakang. Jika mereka menjual rakyat pastinya sanggup membeli. It's 'TIT FOR TAT'!!
Cik Siti
|