MANA LEBIH 'POWER', BADI FIRAUN ATAU GULAI RONG?....
Sesat? Hmmm...Pak
Dol kita ini meracau lagi...bukan dia seorang saja yang kelihatan dirasuk Badi-Firaun,
yang terbang mengikut global express tempoh hari, malah sesiapa sahaja yang berada di
keliling pinggang atau di bawah dagu PIEM akan turut dijangkiti.
Lihat
saja Hishamuddin aww.. sudah tidak tahu erti jihad. Seorang yang mengaku dirinya Islam
tetapi tidak kenal jihad yang menjadi tuntut agama itu..lucu! Secara tidak langsung kita
tahu siapa dia ketua pemuda UMNO ini dan tahap pengetahuan Islamnya. Kalaulah pemimpinnya,
tidak faham erti jihad..bagaimana pula Parti UMNO boleh mengaku hendak menegakkan Islam?
Ajaib, kan?
Rafidah pula kelang-kelibut seperti ikan lampam olak jamban berpesta menangkap... tuannya. Lampam UMNO ini terlalu ghairah menangkap.... sehingga dia melalut
dan mula melatah. Perlantikan sah, ke tiga-tiga Naib Presiden, yang dibuat oleh
beribu-ribu perwakilan Mei lalu, mula cuba digoyangnya. Kemungkinan juga kerana terlalu
banyak makan.... menyebabkan dia mabuk dan memasang angan-angan untuk jadi Naib Presiden melalui lantikan dan bukan melalui pemilihan. Sebab dia tahu kalau dibuat pemilihan
'mukanya' terus tidak laku.
Begitu hebatnya 'badi-firaun' nih, sampaikan Ketua
Polis Negara gagap dibuatnya, hendak bercakap pun kena baca skrip. Apatah lagi
Speaker Zahir Ismail, yang sudah ganyut itu, sering saja berperangai macam orang buang
'tabiat' nak mati. Perkara yang penting dikatakan tidak , yang remeh di anggapnya
mustahak. Kerana ketuaannya itu dia jadi penakut, kelihatan kurang waras dan tidak boleh
diharap untuk membela rakyat. Cakapnya pun berbelit-belit macam lidah tuannya juga, si
Mahathir itu. Eloklah si 'Zahir' ini di'Batin'kan saja kerana, kewujudan dia di situ
seperti buah kotai, kerang di hujung dan terus sambang... (tidak
produktif..menyusahkan!)....(olahan dari idea Pak Amin Sapiro he..he.he.)
Kumpulan
yang kini mula disuntik dengan 'badi firaun' itu ialah ATM. Lihat saja Lt Jen Datuk
Zaini... tidak semena-mena jadi hebat dan kuat. Dengan 'air liur basi' dan 'gigi dengan
lidah' saja dapat menumpaskan kumpulan yang mengamalkan ilmu batin seramai 30 orang itu. Tambah
menakjubkan lagi bila dia sempat menepis peluru yang mungkin sedang berterbangan.....Huh..
Kejayaannya
ini membuatkan dia mendapat 'title' 2 kali datuk. Jadi sekarang bolehlah kita sanjung dia
dengan menyebut Datuk-Datuk Zaini.
Tetapi yang paling hebat kisah Datuk-Datuk Zaini
ini, membuat semua Raja gempar dan terpukau yang memaksa terpaculnya persidangan diraja
secara tergempar juga.. Ada pun kes Datuk-Datuk Zaini ini dikatakan paling hebat ialah..
- Setahu penulis, mana ada sejarah Raja/Sultan membela nasib pahlawan/pejuangnya. Kita
sering saja membaca/terdengar para pejuang mati menderita atau lari terhumban ke
negara lain tanpa dapat pembelaan dari orang yang dipertahankan kedaulatannya
(Raja/Sultan). Contohnya 'Imam Perang Rasul/Tok Gajah dan Mat Kilau' atau pun kisah
masyhur, Pahlawan Hang Tuah....dll. Memang nasib mereka yang bergelar pejuang ini
diibaratkan..'habis manis sepah dibuang' atau 'kacang lupakan kulit?'
(Penulis akan
berfikir sejuta kali untuk membela dan mempertahankan manusia yang bergelar Raja/Sultan,
kerana tiada gunanya membela orang yang bangsat dan lemah, selfish yang tidak mendatangkan
faedah atau keuntungan kepada rakyat/para pejuang. Malah mereka ini menjadi beban dan
mendatangkan kesengsaraan saja. Lebih baik kita yang berjuang, maka kitalah sepatutnya
menjadi raja! Belajarlah dari SEJARAH datuk nenek moyang kita. Kan kita lebih cerdik dan
kuat dari Raja/Sultan atau dari sekumpulan makhluk perosak yang sedang bermaharajalela
kini?)
- Seluruh Raja/Sultan bersidang dan bertalu-talu mengucapkan tahniah kepada
HANYA seorang manusia Zaini ini, sedangkan segala jerit pekik rakyat yang teraniaya
berlaku di hadapan mata, difitnah, dipukul sehingga bermandikan darah malah ada yang
dibayar tunai dengan nyawa, demi menuntut keadilan, kebebasan dan kebenaran di negara
tanah tumpah darah mereka sendiri, haram dipedulikan.
Apa sudah jadi dengan memorandum
rakyat tempoh hari ha? Memorandum kepunyaan jutaan rakyat Malaysia itu masih
tidak cukupkah untuk membuat Raja/Sultan bertindak? Jangankan hendak bertindak bersidang
pun tidak! Memang dasar manusia bacul yang tidak harus dibuat baik. Jadi apa fungsi
Raja/Sultan? Nothing! So, go to hell with them!
Apa, besar sangatkah jasa Si
Zaini itu yang kununnya berjaya dalam peristiwa di Gerik itu? Sedangkan peristiwa itu
dianggap oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai rompakan yang dirancang oleh kepala perompak
yang bersongkok hitam berhidung besar yang duduk semeja dengan Raja/Sultan dalam
persidangan itu demi menyelamatkan Nya dari diheret ke mahkamah? Apakah Raja/Sultan semua
sudah buta, pekak, baghal maka tidak dapat melihat dan membela kesengsaraan rakyat?
Memang, kalau dibandingkan manusia Zaini ini pada zahirnya memang lebih berani dari
seorang lagi manusia tua bernama 'Mahathir Mohammad' yang terus kecut dan mengila bila
perkataan mahkamah itu diajukan kepadanya. Kalau dikira dari keberaniannya, Zainilah orang
yang paling layak jadi Perdana Menteri pada masa ini dan bukannya Mahathir Mohammad.
Persoalan timbul...
- Mengapa diperbesarkan jasa Si Zaini ini? Adakah dia ini juga
salah seorang sleeping.... yang sudah di wake-up untuk menerajui Ketua Turus Angkatan
Bersenjata?
- Adakah Lt Jen Datuk-Datuk Zaini ini sudah makan bersuap? dan mudah
disuap daripada lain-lain Jeneral dalam ATM itu?...
Kesimpulannya..
- Semua warga ATM dan juga seluruh rakyat harus mengikuti dan melihat bukan saja dengan
mata kasar bahkan mata hati, akan segala kegilaan ini. Dan bertindaklah sewajarnya....
sebelum terlambat.
- Tiada gunanya mengaku dan mengabdikan
diri kita kepada manusia-manusia yang buta, pekak dan baghal ini sebagai raja/sultan ,
sedangkan mereka ini sebagai tunggul mati, dan tidak memberi apa-apa manfaat pun kepada
rakyat, sebaliknya kita pula yang ditorehnya. Ketaatan dan pengabdian yang mutlak kita,
HANYALAH buat ALLAH semata-mata!
Sphinx dan Kaunselor Di Raja
Oh! ya,
what about Hj Mahathir? Adakah dia juga sudah mendapat 'badi firaun' itu? Dia ni
lagi kes teruk, memang dialah yang membawa balik badi tersebut. 'Badi firaun' sudah
seratus-peratus berada di dalam roh dan jasadnya. Buktinya..
- Balik dari
Kaherah aje, terus gila isim. Murid sekolah buat hal, tanpa usul periksa, Parti BA
dituduhnya. 'Lain bengkak lain pula bernanah'. Belum pun sempat keluar nanah..tiba pula
bengkak lain.
Kini dia gila pula nak jadi Tuan Guru dan berlagak sebagai Ulama yang mengeluarkan fatwa, terutamanya dalam bab ajaran sesat ini. Habis semua orang
yang mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah Nabi, dituduhnya tak betul. Sesiapa yang mengikut
perilaku Firaun pula dikatakan sangat betul.. almaklumlah orang dah kerasukan angin Firaun.
Malah, semua warga UMNO/BN, Polis, Hakim, dan mereka yang tunduk seumpama dengannya, hari
ini, sudah layak dipanggil 'Sphinx' Mahathir. Kepala saja manusia tetapi seluruh
anggota dan hati nurani mereka sudah jadi haiwan, yang sentiasa duduk, kaku atas perut
macam 'Sphinx' di sisi piramid kepunyaan Firaun itu..
- Bukti 'badi firaun'
sudah menjadi, lihat saja taraf Mahathir kini. Mula-mula tugasnya hanya menasihatkan Agong
dan majlis Raja-Raja sahaja. Jadi dalam senyap-senyap rakyat melihat dia sebagai
'Kaunselor di Raja'. Tetapi apabila setiap teks ucapan Agong, asyik mendendangkan lagu
yang membosankan, iaitu memuji kaunselornya itu, tambahan pula dengan gelagat
Mahathir sudah melebihi had seorang kaunselor, malah sudah 'meliwati' kuasa Agong, maka
jadilah...
'Kaunselor di Raja, akhir-akhir jadi Raja'... sinonim dengan lagu
dendangan rakyat... Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap
bohong, lama-lama jadi Perdana Menteri.
Apakah Raja/Sultan juga sudah jadi
'Sphinx'? Wajarkah mereka diberi ketaatan? Wahai Semua Paduka Raja/Sultan..mengertilah
ungkapan ini.. 'ADA UBI ADA BATAS.....'
Mukaddimah Sesat..
Mengikut DBP 'sesat' ertinya, tidak mengikut jalan betul, tersalah jalan, keliru. Itulah
istilahnya. Sesat boleh dilihat dalam dua keadaan, iaitu secara luaran dan
dalaman. Di antara kedua-dua ini sesat secara luaranlah yang mudah dikesan dan
diperbetulkan. Tetapi, walau dalam apa jua keadaan 'sesat' sekali pun, jika ingat pesan
datuk-nenek, insya-ALLAH sesat, tidak akan menyesatkan.
..'jika sesat di hujung jalan,
kembalilah ke pangkal jalan'...dan jika sesat lagi, jangan segan bertanya kerana.. 'segan
bertanya sesat jalan'......
Mukaddimah Sesat Ala UMNO/BN....
Di
akhir-akhir
ini kepala-kepala UMNO/BN terlalu amat perihatin dan takut sangat orang jadi sesat. Boleh
jadi inilah caranya menunjukkan sikap bertanggungjawab mereka kepada rakyat. Sebagai mukaddimah
'sesat' ala UMNO, mari kita amati dan halusi, salah satu cara bagaimana UMNO/BN
bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah sesat yang dilihat secara luaran itu.
Bagi
penduduk desa yang mencari rezeki dengan menoreh getah, menarik -rotan, meracik ayam dan
memikat burung, untuk dijadikan lauk, atau menjengah dusun buah-buahan tinggalan nenek
moyang, tentulah perjalanan ke hutan amat menyukarkan. Seringkali mereka sesat atau bersua
dengan pak belang atau binatang buas yang lain yang sama-sama berkongsi mencari rezeki di
rimba raya itu.
Masalah rakyat sesat di hutan ini amat merunsingkan pihak Yang
Berhormat. Oleh kerana wakil rakyat UMNO/BN ini tersangat peka akan sengsaraan rakyat dan
terlalu cekap dalam tugas mereka, maka mereka dengan pantas bertindak mencari akal untuk
menyelesaikan kes sesat ini.
Ada pun YB-YB UMNO ini melihat kesesatan itu
berpunca dari hutan dara yang tebal yang penuh dengan pokok besar yang menakutkan, seperti
pokok tualang, meranti, kempas, merbau, gaharu dll. Jadi, supaya rakyat tidak terus sesat,
YB UMNO/BN ini memikirkan adalah lebih baik disegarakan menebang segala pokok-pokok besar
itu.
Syair Bersih Cekap Dan Amanah nukilan PM tua mereka itu, memang
sentiasa dilagu-lagukan sebagai pencetus semangat jati diri dalam diri YB-YB ini.
Jadi dalam bab tebang-menebang pokok besar ini.. pepatah 'Barat sama di pikul dan
ringan sama dijinjing' itu tinggal pepatah aje. Biarlah dalam bab ini kerja 'berat dan
ringan' ini dipukul dan ditanggung oleh wakil-wakil rakyat UMNO sendiri. Lagi pun sudah
maklum, memang kerja ini telah diperuntukkan kepada YB-YB dan ahli-ahli UMNO/BN saja. Maka
berlumba-lumbalah mereka bekerja memotong, mengergaji dan menebang segala yang tebal itu.
Untuk nampak lebih bersih lagi, pokok-pokok yang ditebang itu dibuang dan diangkut keluar
dari kawasan yang ditebang, dengan lori yang menuju destinasi yang hanya diketahui oleh
mereka yang menjalankan projek itu sahaja.
Kerana terlalu cekap, maka
dengan sepantas kilat, habis matilah pokok besar yang menyesatkan itu, sehingga ada
sesetengah bukit itu kelihatan gondol, licin-licau, seperti orang bertahlul. Tambah
menakjubkan, bukan YB/UMNO saja yang berlumba-lumba, sering kali sesetengah Sultan turut
mencemar duli, untuk melakukan kerja penggondolan itu. Mungkin itulah kecanggihan
sesetengah manusia yang bergelar Sultan dan YB UMNO/BN yang sukar dipertikaikan dan
ditandingi! Mungkin juga sesat di hutan ini suatu mukaddimah kepada kesesatan-kesesatan
lain.. yang berlarutan.
Tuan Guru Terbitan Agoraphobia!
Oleh
kerana UMNO/BN melihat ajaran sesat sudah menjalar dan perkataan 'sesat' itu sendiri sudah
menjadi 'agoraphobia', UMNO/BN terpaksalah bertindak sebagai kumpulan ulamak (o..mamak?)
untuk membetulkan mana-mana yang sudah sesat. Maka wujudlah seorang ulama, yang dianggap
maksum oleh sebahagian daripada pengikutnya, yang bernama 'Tuan Guru Hj Mahathir' (TGHM)
dan Naib Tuan Guru Abdullah Badawi (Pak Doll), terbitan agoraphobia itu.
Biasanya, sifat Tuan Guru 'instant' terbitan agoraphobia ini, begitu unik...terlalu amat
takut akan keadaan sekeliling. Oleh kerana terlalu ketakutan, sikapnya akan menjadi
kesewel-sewelan yang menjurus arah kegilaan yang merosakkan.
Bagi tuan guru
'terbitan' ini, sesat secara luaran tidak mengapa. Misalnya..sesat termasuk rumah
pelacuran, gedung-gedung arak, kasino atau kelab malam. Begitu juga kalau tersesat ke
jalan rasuah, fitnah, merompak atau menipu waima membunuh sekalipun. Semuanya halal, asal
saja membenci Nabi dan janggutnya atau menolak hukum ALLAH terutama hukum hudud dan qisas
serta menutup aurat. Manakala, sesiapa saja yang menentang dan tidak sehaluan dengan
mazhabnya iaitu mazhab UMNO/BN, memperlecehkan kekuasaan dan ingkar kepada segala
kehendaknya, semua itu dianggap sesat dalaman yang serius.
Berbeza pula
dengan tuan-guru yang lazimnya ujud dalam masyarakat marhaen. Ada pun untuk layak
dipanggil 'Tuan Guru', seseorang itu perlulah..
- Menuntut dan mendalami
serta arif dalam sesuatu bidang itu. Contohnya...bidang Agama, Kebatinan, Pertahanan Diri,
dll.
- Dia hendaklah juga dilihat mempunyai kemahiran itu dan
mengamalkannya disamping amanah, benar dan disegani.
- Kelazatan nama 'Tuan
Guru'ini dapat dirasa apabila ilmunya itu menjurus ke arah kebaikan dan dapat menjadi
inspirasi dan dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat.
- Dalam masyarakat
Melayu/Islam, istilah 'Tuan Guru' ini biasanya sinonim kepada sesuatu ajaran yang
berlandaskan akidah agama Islam dan amat disegani, manakala 'Tok Guru' pula (sesetengah
orang berpendapat, Tuan/Tok guru adalah sama} panggilan itu bukan saja dirujuk kepada
seseorang yang menjurus ajarannya terhadap Agama Islam , tetapi tidak kurang juga
dikaitkan dengan ajaran-ajaran lain yang sesetengahnya boleh membawa kepada syirik. Namun
begitu, kedua-dua ini mempunyai suatu titik persamaannya iaitu, 'ada guru ,ada murid' dan
yang pastinya masing-masing ada pengikutnya.
Sesat Dalaman Agoraphobia
Peristiwa
di Memali, Sungai Pencala dan Sauk memperlihatkan ketegasan Tuan Guru Terbitan Agoraphobia
ini, dalam memerangi gejala ajaran yang ditafsirkan sebagai sesat dalaman yang serius.
Begitu
juga dengan peristiwa pelepasan ratu cantik Selangor, penyelesai kes Azlina the Ship,
membiarkan Noraishah terus dilarikan orang, dan kelonggaran diberi, kepada ribuan manusia
Islam untuk jadi murtad.
Semua insiden ini telah mempamerkan kepada kita betapa
tingginya Ilmu Agama Tuan Guru Hj Mahathir dan sida-sidanya. Sehinggakan Mufti Hj Ishak
Baharum terlucut dari jawatannya, JAIS tersungkur dan menjadi dayus, air mata manusia
bernama Bokhari dan berpuluh ribu insan Islam lain terus mengalir dan tidak pernah kering
akibat undang-undang rapuh yang menjadi kanun utama rujukan Tuan Guru UMNO ini.
Betapa
tidak, undang-undang itu membolehkan seseorang yang berumur 18 belas tahun untuk menukar
akidah dan memilih agamanya sendiri dengan mudah, sedangkan masa 21 tahun diambil untuk
mengundi, menentukan pemerintahan negara! (undang-undang ini sudah diaju/pertikaikan
kepada penulis oleh remaja Islam, yang mahu lebih cepat mengundi!)
Undang-undang ini mungkin sesuai dengan orang lain-lain agama. Bagaimana pula dengan orang
Islam? Tidakkah Islam ada menetapkan hukum-hakamnya sendiri mengenai penukaran dan
tergelinciran akidah ini? Adakah wajar remaja-remaja Islam disamakan, bab akidah ini,
dengan remaja-remaja lain? Sungguh anih! Namun itulah realitinya undang-undang Tok Guru Hj
Mahathir dan Pak Doll ini yang mengakui mengamalkan Agama Islam sebenar!
Barter-Trade
Yang Menyayat Hati....
Memang, semenjak Tuan Hj Mahathir menjadi Tuan Guru bertaraf
ketua ulamak kurang lebih 18 tahun yang lalu, sudah banyak kumpulan -kumpulan sesat
dihancur-leburkannya.
Dek terlalu bencinya Hj M dengan kumpulan ini,
sehingga ada batang tubuh penganut-penganut yang berdarang dengan peluru M16. Begitu
juga telah terdengar desus-desas cerita (walau pun sudah lama) penjinakkan seorang ketua
yang dikatakan pengamal ajaran sesat, yang suatu ketika dulu sangat ramai pengikutnya,
dibuat melalui 'barter-trade'.
Proses penangkapan menggunakan sistem
'tukar-menukar' dibuat begitu pantas kerana, ketua dari Sungai Pencala itu telah
menyatakan keazamannya untuk menduduki kerusi puaka Perdana Menteri pada suatu hari nanti.
Akibatnya, seorang pakar membuat 'bom' berbangsa Melayu beragama Islam dikatakan telah
menjadi bahan dagangan 'tukaran' tersebut dengan negara 'tarian rambong'... destinasi
popular YB-YB dan suku-sakat UMNO terutamanya yang di sebelah Utara.
Apa yang
dimusykilkan ialah, jika benar perkara ini berlaku, patutkah nyawa seorang Islam
diperdagangkan demi menawan seorang ketua itu? Pada hal ketua itu bila-bila masa saja
boleh ditangkap, cuma memerlukan sedikit masa dan kesabaran... Adakah penangkapan itu
benar-benar kerana ajaran sesat atau kerana hasratnya untuk menduduki kerusi
PM?...ALLAH saja yang tahu...
Apa tidak adakah terlintas sedetik pun di hujung
hati, rasa peri kemanusiaan kalau pun tidak tanggungjawab dan persaudaraan sesama Islam?
Ketua
itu kita sudah tahu, masih selamat, cuma daya bertuturnya saja telah dikakukan oleh ISA.
Tetapi bagaimana pula dengan nyawa pemuda Melayu Islam itu? Adakah dia masih hidup? Adakah
nyawa orang Islam begitu murah bagi Tok Guru HM?
Neraca Usang Pengukur Sesat?
Buat
masa ini terlalu sukar bagi rakyat untuk mengiya dan membenarkan istilah 'sesat' seperti
dalam kamus DBP itu, kerana iklim sekarang amat berbeza. Yang kelihatan benar Tuan Guru HM
kata salah, yang kelihatan baik Pak Doll pula kata sebaliknya. Orang yang kelihatan lurus,
berketayap, berserban dan berjanggut (ikut Sunnah Nabi) dicurigai dan di 'cop'
sesat...Nampak sangat Hj Mahathir, Pak Lah dan akhir-akhir ini cawi betina Rafidah semacam
fobia dengan orang yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Mengapa?
Memandangkan
terlalu ramai yang mencurigai kes rompakan dan motif di sebalik 'cop' ajaran sesat itu, di sini
kita hendak tanya Tuan Guru Hj Mahathir dan Pak Doll dan kuncu-kuncunya...
- Apakah takrif sebenarnya perkataan 'sesat', mengikut kaca mata dan kehendak, TGHM dan Pak
Doll/UMNO amnya?1111
- Apakah kriteria yang melayakkan seseorang untuk mendapatkan
title 'sesat' itu?
- Adakah tafsir 'sesat' ini boleh diubah-ubah, (ingat!
cadangan Hj Mahathir untuk mentafsir semula Al-Quran) mengikut kesesuaian zaman?
- Adakah 'sesat' itu mempunyai 'jisim-jisim' double-standard, pilih kasih, berat sebelah
mengikut selera dan hawa nafsu seorang Perdana Menteri?
- Apakah hukum
'sesat' ini mempunyai skala? Kalau ada, instrument yang manakah digunakan untuk menentukan
ukuran/timbangan itu? Adakah neraca usang yang kelihatan terlalu senget dan sudah
ketinggalan zaman, seperti yang terpampang pada bendera BN itu, layak digunakan?
- Adakah sifat 'sesat' itu juga melekat-lekat dan berjangkit jangkit seperti dalam cerita
'Angsa Emas' dan penyakit JE itu? maksudnya, Al Ma'unah yang ditangkap, Pas yang kena?
- Adakah hanya ajaran UMNO/penyokongnya saja yang lurus dan betul dan selain daripada itu
semuanya 'sesat'?
- Apakah amalan 'sesat' ini hanya boleh diiktiraf 'pulih' dengan
memasuki kumpulan ajaran UMNO?
Sepanjang pengetahuan hidup sebagai seorang Islam,
hanya yang berpegang teguh dan mengikut amalan yang diajar di dalam Al-Quran dan Hadith saja
yang tidak tergolong orang yang sesat. Sebab Nabi Muhammad SAW telah bersabda lebih kurang
begini...'Aku tinggalkan dua perkara, iaitu Quran dan Sunnahku, barang siapa berpegang
teguh kepada kedua-duanya nescaya tidak akan sesat selama-lamanya'....
Jadi,
kebijaksanaan pemerintahan Tuan Guru Mahathir dalam mengenal pasti dengan pantasnya
kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini amatlah dikagumi. Adakah kumpulan-kumpulan yang dikenal pasti
termasuk juga.....
- Kumpulan Kampung Sungai Raya, sembahyang hanya
dengan niat dan menghadap matahari saja, yang terletak dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang
pimpinan Sothinathan wakil MIC/BN itu?
- Kumpulan yang tidak perlu ke Mekah,
memadai hanya tawaf di Pulau Pinang saja untuk mendapatkan title 'Haji' seperti ajaran
Qadiani.
- Kumpulan yang menceraikan Al Quran daripada Hadith seperti yang pernah
di bangkitkan oleh seorang penulis namanya Kassim.....
- Kumpulan orang Islam yang
telah menukar agama (murtad).
- Kumpulan yang bergerak secara berleluasa,
untuk memesongkan orang Islam dengan mencampurkan air yang dikatakan 'holy' ke dalam
minuman penuntut-penuntut di IPT {UPM/USM dll} tanpa disedari, atau lebih hebat lagi dalam
air mineral.
Kita nak tanya Tuan Guru HM, Pak Doll dan Mak Bonda Rafidah
yang sangat peka dan arif dengan ajaran sesat ini. Adakah kumpulan-kumpulan yang
dinyatakan tadi, tidak tergolong dalam pengamalan ajaran sesat yang sangat menakutkan itu?
Jika
mereka sesat mengapa tiada tangkapan dan pemansuhan secara total dilakukan?
Mengapa
rakyat tidak diberitahu? Padahal kumpulan ini lebih lama bergerak dan telah ramai yang
telah disesatkan. Kumpulan inilah yang menjadi kebimbangan yang amat sangat kepada
ibu-bapa Islam/Melayu khasnya, dan menjadi 'duri dalam daging' dalam mencernakan ajaran
Islam yang lurus dan diredhai. Tetapi..
Jika mereka tidak termasuk dalam kamus
sesat bacaan pihak pemerintah TGHM/Pak Doll/Mak Bonda Fidah..well fine! From now onwards,
senanglah bagi rakyat untuk membuat penentuan, siapakah yang lebih sesat sebenarnya,
mengikut Kamus Rakyat Islam, Al Quran dan Hadith!
Gulai Rom Pucuk Paku
Perkataan 'Sauk' mengembalikan nostalgia menyauk ikan di tepi sungai, alur, di sawah-sawah
atau perigi buatan aki di kampung. Biasanya banyak jenis ikan, tidak kira kecil-besar,
tua-muda hatta belut pun dapat ditangkap menggunakan kaedah 'sauk' ini. Pendekata kalau
menggunakan 'sauk', sama jugalah dengan pukat harimau, habis ikan dan anak-anak ikan jadi
mangsa dan mati, terbuang dengan sia-sia saja.
Jadi adakah 'sauk' di Sauk ini
menjadi tempat perasmian pecah-tanah buat Tuan Guru Hj Mahathir dan Pak Doll untuk menyauk
semua ikan yang begitu galak berkocak dan melompat-lompat, yang membuatkan mereka berdua
terasa terliur bagai orang mengidam, geram dan sudah tiba masanya untuk di tangkap dan
dibuat kari mamak, kari favorite (Tuan Guru Hj Mahahtir dan Pak Doll?) orang Utara?
Kalau
itulah saja jenis masakan yang membuka selera Tuan Guru Agora sehingga menggunakan 'sauk',
maka itu belum boleh menjastifikasinya untuk menangkap semua ikan tadi. Tuan Guru Hj
Mahathir dan Pak Doll masih belum tau lagi penangan gulai 'RONG' makanan rakyat marhaen,
di pendalaman.
'RONG' atau nama popularnya asam rong adalah sejenis bahan masakan
yang dihasilkan dari isi dua jenis buah iaitu perah dan getah. Asal usul nama 'Rong' ini
tidaklah diketahui. Mungkin rong itu sendiri bermaksud 'isi' dan sempena 'isi' ke dua-dua
jenis buah untuk membuatkan bahan ini, maka dipanggil rong..seperti CD rong?
Tetapi
di antara kedua ini, buah perahlah yang paling original. Isi buah ini dikeluarkan dibuang
kulit arinya, di jemur lalu ditumbuk halus. Kemudian uli hingga lembut dan kelihatan
berminyak..disimpan di dalam takar. Rong ini hendaklah sentiasa diuli dari masa kesemasa
supaya tidak berkulat. Asam Rong ini boleh bertahan sehingga LIMA TAHUN..
Bagi
rakyat miskin untuk membuat gulai Rong Pucuk Paku tidak perlu banyak bahan. Memadailah
dengan hanya sepangku pucuk paku yang dipetik di tebing sungai, segenggam asam rong, awas cili
api, garam, kunyit dan air serta asam gelugur {kerana asam rong tidak cukup memberi
rasa masam}.
Untuk memaniskannya, beberapa anak ikan, hasil 'saukan', dimasukkan
atau sedikit ikan bilis yang ditumbuk. Selain dari pucuk paku, ubi kayu, keledek, terung, batang
keladi serta pucuk-pucuk ubi boleh digunakan. Tetapi masakan rong
ini menjadi lebih enak jika digulai dengan sejenis ikan sungai, ikan kenerak, yang
dagingnya berwarna jingga. Selain dibuat gulai, rong juga boleh dibuat sambal
bakar...Hmm.. macam rancangan masakan di TV yang pernah dihostkan oleh Datin Paduka 'mama'
Zaleha Ismail aje bunyinya? Eh, nak tanya... adakah mama Zaleha turut terkena 'badi
firaun' itu? Senyap aje...
Jadi sudahkah Tuan Guru Hj Mahathir dan Pak Doll
merasai gulai 'RONG' yang boleh bertahan selama lima tahun itu? Kalau belum, cuba-cubalah
masak gulai 'RONG' di Mahligai Putra Jaya dan jadikannya santapan perdana, mana tau
mungkin dengan cara ini dapat menambat semula hati rakyat jelata yang saban hari semakin
menjauhkan diri itu.
Mungkin dengan menikmati gulai rong ini juga, tuan-tuan
berdua akan mudah memahami kesusahan, keresahan dan kegelisahan rakyat jelata!
Hati-Hati
Bila Menyauk..
Selain daripada itu, ketika melaksanakan projek menyauk ini, Tuan
Guru Hj Mahathir juga patut ambil kira, dengan usia dan tenaga yang tinggal ubun-ubun,
bukanlah seorang nelayan handalan lagi. Ikan kini sudah cerdik dan ada sesetengahnya
bersengat bisa, boleh melompat keluar dan memantul balik kemuka Tuan Guru, pada bila-bila
masa saja. Silap-silap Tuan Guru Hj Mahathir dan Pak Doll boleh jadi buta disengatnya dan
akan menangis tidak berlagu sampai bila-bila....
Perdana Menteri Orang Melayu..
Walaupun rata-rata orang Melayu sangat gemar menonton cerita 'koch-koch hota he', atau
makan kari 'kepala ikan' mamak, namun tekak mereka tidak boleh lari dari masak tempoyak
ikan patin, asam pedas ikan terubuk atau lemak cili api pucuk gelugur ikan parang. Lebih
-lebih lagi bagi orang Melayu di hulu sungai, gulai rong siput sungai/ pucuk paku, tetap
menjadi keutamaan mereka. Itulah kalau hendak jadi Perdana Menteri pada orang Melayu,
bukan sahaja kena bertutur Bahasa Melayu dengan fasih, tetapi kena mendalami, memahami
citarasa dan budaya orang Melayu Islam itu sendiri. Dan yang paling penting kena hidup dan
berfikir secara Melayu Islam yang di segani. Jadi........
Cuba bawa bertenang dan
fikirkan....mana lebih 'Power' Badi Firaun atau Badi Gulai Rong!
Tun Teja
|