THE MAKING OF-TRAGEDY SAUK
ROBO GE-MEN
Hari-hari yang terdekat ini RTM di bawah Khalil Pak Angguk akan mengkeudarakan suatu
rancangan khas bertajuk " THE MAKING OFF -TRAGEDY SAUK". Pengemudi utama
rancangan itu adalah tidak lain tidak bukan " SUTRADARA OF THE YEAR" saudara
Mahathir Mohammed Al-Kutty.
Rancangan tersebut akan memberi liputan dan wawancara khas bagaimana nanti pembikinan
drama terkutuk yang tidak dipercayai oleh rakyat itu akan eksploit oleh pengarahnya
sendiri. Tunggu masa tayangannya.
Jika difikirkan kalaulah Tragedi Sauk itu
benar-benar tragedi apalah perlu sangat seorang PM sendiri nak bekerja keras
memperjelaskan lebih panjang lebar. Mereka yang dikatakan penjenayah telah pun ditahan.
Bawa sahaja mereka ini ke muka pengadilan. Biar mahkamah yang menentukan. Tetapi jika
Tragedi Sauk ini bukan kejadian sebenar, hanya sebuah drama lakonan mengikut skrip dan
plot yang terancang, maka sudah pasti si pengarah akan turun ke padang untuk
memperjelaskan akan kelemahan dramanya. Pengarah akan memberitahu dunia apa yang sebenar
dirancang dengan apa telah berlaku supaya saling berkaitan untuk menarik perhatian audien.
Situasi ini akan menyamai adegan-adegan dalam drama arahan pengarah yang sama dulu, iaitu
DRAMA-"TUMBANGNYA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI". Dimana pengarah yang sama
menjaja akan kandungan drama bikinnya ke serata pelusuk dunia dengan cara yang begitu
aibnya akan perlakuan seorang Timbalan Perdana Menteri.
Strategi yang sama
digunakan berulangkali. Buat tuduhan dahulu, bukti dan bicara kemudian. Sebarkan tuduhan
berulang kali dengan cara yang berkesan dengan harapan orang ramai akan percaya.
SUDAHLAH
-HENTIKAN LAH AMALAN BUSUK KAMU WAHAI MAHATHIR. KAMU BOLEH MENIPU SESEORANG DALAM SATU
MASA TETAPI KAMU TIDAK AKAN BERJAYA MENIPU SEMUA ORANG DALAM SEMUA MASA. APA YANG KAMU
KATA DAN APA YANG KAMU BUAT TIDAK AKAN LAGI DIPERCAYAI RAKYAT KECUALI PENGIKUT-PENGIKUT
KAMU YANG BUTA MATA HATI.
SABAN HARI ORANG YANG MEMBENCI KAMU SEMAKIN BERTAMBAH RAMAI MEREKA MENDOAKAN KEHANCURAN
KAMU.
|