MAHATHIR DAN UMNO/BN NYA TIDAK DIPERLUKAN LAGI!!
Mahathir dan beberapa sekongkolnya telah dikenal pasti menyebabkan seorang pemimpin
bertaraf Timbalan Perdana Menteri dilucutkan jawatan melalui sebuah KONSPIRASI jijik yang
sangat memualkan.
Jika Mahathir dan pemimpin UMNO mahu bukti jelas untuk
membersihkan UMNOnya, sila pemimpin UMNO sendiri DESAK dan HERET Mahathir ke Mahkamah.
Rakyat telah melakukan seberapa yang boleh, malangnya UMNO sendiri tidak nampak ada rasa
tanggungjawab. Jika itu pilihan anda, tunggulah UMNO/BN akan lupus dari lipatan sejarah.
Sekarang pun UMNO/BN sudah terlalu parah!
Jika Mahathir dan sekelian pemimpin dan
penyokong UMNO anak jantan, UMNO ada hak untuk TIDAK membiarkan Mahathir “bersembunyi di
balik undang-undang yang diputarbelitkan”.
Rakyat dan dunia sudah nampak
bagaimana Mahathir mengugut semua pihak supaya tutup mulut membisu dan memekak telinga
membingar-madal. Tidak ada satu pun katitangan awam yang berdarjat dan tinggi jawatan
menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Untuk siapakah khidmat mereka sebenar? Untuk
Mahathir yang merasuah mereka, atau untuk rakyat, antaranya adalah ibu-bapa dan
datuk-nenek mereka juga – sebahagian rakyat yang 20 juta? Sebenarnya anda adalah
pengkhianat negara!!
KERANA itu, “Mahathir, with all the devils and evils in him,
capable of ‘crossing the line of civilization..!! Mahathir has no respect of the law of
our motherland. How far do we still let this BLOODY SHIT to manipulate us all, should we
remain silence and move into serious actions?”
Mahathir tidak berganjak dari
rencana “mega”nya untuk berkuasa umpama seorang “Presiden”. Jika karenah busuk dan
buruk-laku Mahathir dan sekongkolnya tidak dicegah mulai sekarang, orang Melayu dan semua
rakyat negara ini akan terjebak dalam kancah permusuhan. Mahathir sudah mula menggunakan
‘jarum’ adu-domba menghasut dan melaga-lagakan perkauman.
Teliti baik-baik
bagaimana proses adu-domba beliau sedang diletupkan bagi mengocak ketenangan dalam
masyarakat majmuk kita yang dipelihara dengan pelbagai pengorbanan. Malangnya, Mahathir
sedang berfoya-foya dengan “UMNO Barua”nya untuk merompak harta rakyat dan mengikis
kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan. Si bedebah laknat ini sedang menduga
kesabaran rakyat.
Inikah dia seorang yang wajar diberi tempat pemimpin rakyat –
sementara rakyat diheret ke lembah kemiskinan dan penghinaan? Mahathir dan sekongkolnya
bersenang lenang duduk bertakhta di Mahligai kencana, merompak wang rakyat ratusan bilion,
meniupkan slogan “berbangga” sementara rakyat cuma tercengang-cengang melihat pemimpin
sekongkolnya menipu dan memperjudi kesabaran rakyat!!
UMNO/BN adalah ‘igauan
buruk’ rakyat. Pastikan, parti yang telah reput dan bakal hancur berkecai ini dihapuskan
terus dalam pilihanraya akan datang. Kita jangan dikelirukan dengan 1001 slogan bodoh yang
mengalih pandangan. Memang itu taktik seorang DIKTATOR berfalsafah “Machiavelli” yang
kecundang.
Kita bertanggungjawap untuk mengembalikan semula kehidupan demokratik
yang anugerahkan oleh pejuang Malayan Union. Mahathir tidak ada hak mengandaikan UMNO
“Barua”nya menampalkan “koyok” kepada pekung yang sedang membusuk disetiap dada
semua para pemimpin UMNO dan komponen-komponen BN.
Orang Melayu mesti sepakat
menumbangkan UMNO “Baru” dan Barisan Najis ini seperti datuk-nenek kita menyusun
langkah menumbangkan Malayan Union penjajah. UMNO “Barua” bukan lagi wadah orang
Melayu. Barisan baru kita ialah Barisan Alternatif. Sebarkan dan tafsirkan wadah kita demi
generasi akan datang!!
Salam perjuangan ---- Allahu Akbar wabilla ilhamd!
Amin
Sapiro Istihar: (BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)
|