|
TERCIPTANYA BERBAGAI CERITA.. BARISAN NASIONAL MENUTUP MINDA OLEH :Mohd Sufian Salleh Minggu ini akan muncul lagi berita terbaru yang pastinya akan dimuatkan dimuka hadapan akhbar yang menghairankan dan meloyakan. Meskipun jumlah pembaca fanatik bagi penyokong sebuah parti ajaran sesat ini makin berkurangan, namun akhbar ini tidak pula mendapatkan reaksi yang membimbangkan akan penutupan kilang akhbar tersebut. Jika di London akhbar yang meloyakan ini dipasarkan, pastinya pekerja kilang akhbar tersebut akan berkira-kira untuk terpaksa mencari pekerjaan lain, akan tetapi di dalam sebuah negara yang mengamalkan semuanya boleh, penutupan kilang akhbar jarang berlaku kecuali tumbangnya seorang diktaktor yang menguasai akhbar dan media negara tersebut. Begitu juga dengan jawapan yang dinyatakan dalam Parlimen tentang kenyataan akhbar yang begitu bebas di Malaysia oleh salah seorang ahli parti ajaran sesat ini, apabila ditanya tentang kebebasan akhbar dalam sebuah negara yang mengamalkan ajaran sesat kuku besi. Hidangan berita baru memang menjadi lumrah , walaupun adakalanya berita tersebut tidaklah begitu hebat jika dibandingkan dengan kes seorang yang masih dalam penjara Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa-sisa perjuangan beliau. Betapa seseorang yang ditahan di Sungai Buloh ini menjadi sesuatu ketakutan yang amat sangat kepada pemerintah yang begitu takut, tidak pula diketahui. Melainkan hanya dengan menutup kes-kes dibelakang tadbir dengan berita yang menghairankan dan meloyakan masyarakat sebuah negara serba boleh. Jika berita tersebut memalukan keseluruhan negara sekali pun , ianya tidak menjadi soal asalkan dibolehkan dengan syarat memuji dan memuja pemimpin sebuah parti ajaran sesat ini yang sentiasa menyesatkan masyarakatnya dari mengetahui berita di belakang tadbir. Amatlah malang bagi sebuah masyarakat yang mengakui maju sedangkan minda dan fikiran masyarakatnya sentiasa cuba dijajah dengan berita yang memalukan , meloyakan dan menyesatkan. Walaubagaimana pun, kesan memboikot akhbar ini tidak menjadi masaalah kepada syarikat akhbar ini kerana mengikut kemahuan sebuah regim yang sentiasa memberi konsensi kepada penerbitannya. Ini tidaklah menghairankan demi menyambung nyawa parti yang menyesatkan ini. Di belakang tadbir sana berbagai cerita yang lebih menakutkan dan memalukan seorang pemimpin. Jika berita ini disiarkan dimuka hadapan betapa takutkan seorang diktaktor untuk menghadirkan diri ke Mahkamah, maka secara tidak langsung ianya menyiarkan berita tentang kebodohan ketua pengarang akhbarnya dan pengarah akhbar tersebut. Ketakutan ini menjadi lebih nyata apabila gagalnya sapina yang telah dikeluarkan dan betapa pihak mahkamah gagal menyampaikan mesej sapina tersebut kepada seorang tua yang sentiasa mencari alasan untuk keluar negeri. Penjajaan beliau mengenai kesan globalisasi sebenarnya bukanlah bagi menerangkan kepada rakyatnya betapa globalisasi untuk faedah bagi menikmati sesuatu yang lebih berkualiti, akan tetapi globalisasi digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan rakyatnya. Takutnya rakyat ialah kalau-kalau sisuami atau siisteri akan kehilangan segalanya akibat globalisasi. Di belakang tadbir sebenarnya sebuah syarikat yang mengeluarkan lori PERKASA dan TRUK HICOM atau lebih dikenali sebagai MTB sedang dalam proses untuk diambilalih oleh syarikat HONDA. Ini bukanlah masanya untuk menjelaskan kesan globalisasi melainkan bagi menangani kesan kerugian yang amat sangat dalam pelaburan yang tidak menguntungkan dipasaran tempatan yang terhad. Bagi sebuah negara yang mengamalkan semuanya boleh, sesuatu yang tidak boleh pastinya tidak akan dikeluarkan dalam dada akhbar yang meloyakan dan menghairankan ini. Bukanlah menjadi tanggungjawab pihak akhbar ini untuk memperkayakan minda rakyatnya kecualilah bagi menjamin syarikat ini tidak ditutup dan terus mendapat konsensinya. Peranannya pula bukan hanya menyampaikan berita palsu, malahan menutup semua berita tentang kerakusan dan kelemahan sebuah regim yang disambungkan kealat pernafasannya, malahan digambarkan tentang sedikit kejayaan yang dicapai sejak akhir-akhir ini. Betapa penutupan dan penggabungan bank dipersoalkan tidak menjadi masalah walaupun pemimpin yang terdahulunya membuka sebuah bank untuk kaum Bumiputra. Betapa seorang pemimpin menghalang dari melakukan siasatan ke atas perasuah dan melantiknya pula menjaga kewangan negara. Betapa kroni-kroni dibailoutkan untuk menutup kelemahan kerakusan pengurusan, betapa sekolah sekolah memerlukan komputer bagi merelisasikan impian seorang pemimpin, dan betapa samsengnya menteri membelasah rakyat, betapa rakusnya anak pinak mengaut keuntungan, betapa tidak bebasnya badan kepolisan dalam menangkap pesalah yang belum tentu kesalahannya. Betapa pasaran saham digembar-gemburkan dengan kaunter keuntungan mencecah di bawah tahap keuntungan sebenarnya. Semuanya ini pasti menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ketidakbolehan dalam menjalankan urusan yang dibolehkan. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |