|
PELAJAR UIA BELASAH KONTRAKTOR: PRESIDEN JADI CONTOH IKUTAN Beberapa hari yang lalu sekumpulan pelajar-pelajar UIA telah membelasah beberapa orang pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kampus UIA di Gombak. Kejadian itu bermula apabila kenderaan pekerja tersebut telah melanggar kenderaan pelajar-pelajar itu. Pada mulanya mereka telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan aman. Pekerja-pekerja itu telah bersetuju untuk membayar ganti rugi. Tetapi entah macam mana sedang pekerja-pekerja tersebut menunggu untuk membayar ganti rugi dengan tiba-tiba mereka dikerumuni oleh lebih 10 orang pelajar yang terus membelasah mereka. Turut digunakan untuk membelasah adalah senjata "buku lima" yang telah menyebabkan seorang dari 4 pekerja yang terlibat cedera agak teruk di kepala. Ketua pelajar-pelajar yang membelasah itu kemudian telah mencabar sesiapa yang berani supaya bergaduh dengan beliau pada bila-bila masa sahaja. Adalah difahamkan pekerja-pekerja yang dibelasah itu adalah dari Kg. Sg. Cincin yang berdekatan. Dan selepas insiden itu sekumpulan orang-orang kampung telah turun ke UIA untuk mencari kumpulan yang membelasah kawan-kawan mereka. Walau bagaimana kumpulan pelajar tersebut telah tidak dijumpai dan seterusnya satu laporan Polis telah dibuat. Kita tidaklah hendak mengatakan semua pelajar-pelajar UIA itu samseng. Tetapi nampaknya terdapat yang berperangai tidak seperti pelajar-pelajar Universiti. Mungkin mereka ini mengikut contoh Presiden mereka, Dato' Seri Sanusi Junid, yang telah terlibat membelasah pekerja-pekerja KLIA beberapa bulan lalu. Kita berharap agar pelajar-pelajar yang terlibat itu dikenakan tindakan paling keras oleh kerana mencemarkan nama UIA dan juga nama Islam oleh kerana Universiti itu adalah Universiti Islam. Penduduk Kg. Sg. Pusu telah banyak membantu di dalam kerja-kerja pembinaan UIA dan buat ini masa ramai yang bekerja di UIA. Selain dari itu ramai pelajar dan pekerja di UIA yang menyewa di kampung itu. Dengan itu adalah tidak wajar penduduk-penduduk kampung diperlakukan sedemikian.
Budaya samseng nampaknya sudah menjalar ke peringkat lebih tinggi, setelah kita sering
diperdengarkan masalah salah laku remaja di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Apakah dengan insiden ini diperlihatkan satu kejayaan kerajaan membina tamadun bangsa
yang cemerlang setelah Islam gagal dilaksanakan sebagai asas dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan Negara? |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |