|
BETAPA DUNGUNYA JIKA …….. GURU TIDAK MEMBACA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN PENUH PANCAROBA
OLEH: Mohd Sufian Salleh Dunia pendidikan bukan sahaja mencabar wibawa semua pihak hatta guru-guru, masyarakat, malah ibu bapa sendiri. Betapa pentingnya organisasi ini sebenarnya bergantung pula kepada taraf dan tahap pendidikan dalam masyarakat itu sendiri.Oleh keranan tuntutan masyarakat dan desakan kemajuan , maka secara sedar atau tidak ianya menuntut pula kepada beberapa perubahan yang berkaitan dengan tiga faktor diatas tadi dimana ibu-bapa dan sebagai ahli masyarakat yang menganggotai masyarakat dan didalamnya ada organisasi guru dan sistem pendidikan negara atas keperluan masyarakat tadi. Dalam beberapa tahun lepas dan kajian yang dijalankan oleh sebuah pertubuhan bebas mengenai taraf bacaan dalam sesebuah negara menunjukkan betapa masyarakat Malaysia tidak sampai 20% yang sanggup menghabiskan masa dengan bahan bacaan dan membeli sebuah buku sebulan. Ini sebenarnya amat mengejutkan. Hatta ianya bukan sahaja menuntut seluruh masyarakat membaca bagi menjana minda , malah ianya juga menuntut para guru-guru , dan ahli masyarakat agar menjadikan tabiat membaca sebagai salah satu contoh teladan yang baik bagi generasi yang dididik. Adalah amat malang bagi sebuah rumah tanpa bahan bacaan yang berfaedah bagi anak-anak dan sebuah bilik bacaan walau tidak sehebat sebuah almari yang penuh dengan pinggan mangkuk. Sebenarnya taraf dan kesedaran dalam bahan bacaan ini boleh disemai dirumah. Jika dirumah banyak hiburan, maka kearah itulah perginya hala tuju yang disampaikan kepada anak-anak. Jika ibua bapa mempunyai kesedaran betapa bahan bacaan itu penting , maka secara tidak langsung juga ianya dapat menyemai minat membaca dikalangan anak-anak. Jika dirumah dimomokkkan dengan kebendaan , maka dirumah jugalah akan wujudnya budaya kebendaan dan dibawa kepada masyarakat tadi. Sebenarnya budaya kebendaaan ini adalah sesuatu yang bersifat relatif, kemahuan manusia tiada hadnya, hatta amatlah perlu juga diberi perhatian bahawa bukan hanya budaya kebendaan ini yang perlu diwujudkan, malahan keperluan membuka budaya minda juga haruslah di perbanyakkan samada dirumah, dan demi kemudahan awam seperti perpustakaan. Cuba kita bertanya betapa adalah lebih kerap kita berulang alik ke supermarket dari ke perpustakaan, sudah tentulah ianya menunjukkan betapa kita sebenarnya kerap ke kedai dari ke perpustakaan. Dengan segala macam kecanggihan yang diwujudkan walaupun tidak menyeluruh berbanding pertambahan penduduk, namun kemudahan yang disediakan juga sebenarnya mengambil kira betapa kurangnya peratusan membaca dikalangan masyarakat.Ini membuktikan betapa masyarakat kita kurang membaca. Bagi kaum guru , budaya membaca ini bukanlah asing jika bergelumang dengan buku, Tapi sedarkah betapa kaum guru perlu menjana minda anak murid betapa masa depan yang memerlukan kebolehpercayaan kaum guru kepada pengetahuan yang bukan sahaja tiada batasan malahan menuntut agar kaum pendidik mempelopori akan kemajuan terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada anak didik dan akhirnya ianya menjadi anggota dalam masyarakat kemudian hari. Disinilah betapa pentingnya pengetahuan guru dalam menggerakkan masyarakat. Adalah amat malang bagi guru umpama burung kakak tua yang tidak mengikuti perkembangan semasa dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar dan menganalisa sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan. Betapa pentingnya dan mustahaknya tuntutan pengetahuan dikalangan kaum guru dalam menggerakkan wawasan yang mencabar arus globalisasi. Betapa pentingnya kemajuan teknologi maklumat yang menuntut guru supaya mengusainya dan dalam masa yang sama mengusai juga pengetahuan dalam mengisi minda dan menyampaikannya kepada murid tadi dan akhir nya akan menjadi ahli masyarakat. Guru penggerak masyarakat, kerana itu ianya menuntut agar guru sentiasa mengemaskinikan minda bagi menghadapi minda murid yang makin berkembang sesuai dengan perkembangan semasa dunia globalisasi pendidikan. Pernah saya menayakan seorang guru berkenaan dengan pembelian rumah kos rendah tanpa mengetahui bahawa beliau sebenarnya tidak layak untuk mendapatkannya. Kecetekan minda beliau sebenarnya amat merunsingkan betapa satu perkara kecil yang belum dicapai olehnya. Bagaimana pula beliau akan menceritakan kepada anak didiknya sesuatu yang lebih bersifat globalisasi. Betapa pentingnya seseorang pendidik mendapatkan sesuatu ilmu adalah tidak penting. Apa yang dirunsingkan ialah bagaimana ianya menghabiskan masanya dengan mengetahui perkembangan semasa bagi di luahkan kepada anak muridnya dalam menghadapi masa depan 2020 ?? bagaimana pula jika sekolah bestari yang sedang dalam perkembangannya walaupun telah 10 tahun dilaksanakan , namun tidak menjadi kenyataan seluruhnya menerima guru sebegini. Bagaimana pula untuk menjadi pembimbing masyarakat jika tidak memahami apa yang hendak dilaksanakannya. Dunia pendidikan menjadi begitu kecoh kerana sifat semulajadi setiap lima tahun. Beralihnya sesuatu menteri maka beralih pula idea-idea canggih yang sentisa tertinggal dibelakang 10 tahun kemudiannya untuk direalisasikan. Masalah guru belum selesai. Masakan tidak?? Jika diluar negara maju, guru hanya menunggu dikelas manakala murid akan datang kekelasnya, maka dengan cara begini segala kelengkapan alat mengajarnya akan terkemaskini. Namun sesuatu yang berlaku kepada guru-guru di Malaysia ialah dalam masa yang sama ianya juga melakukan kerja perkeranian, walaupun laporan yang disediakan Rahman Arshad telah berlalu lima tahun dahulu. Konsep sebegini sebenarnya mengurangkan minat guru dalam masa yang sama birokrasi yang diwujudkan didalam Kementerian Pendidikan hanyalah habuk semata-mata. Peralihan sistem Universiti Swasta sebenarnya hanyalah bagi mengayakan kelompk tertentu tanpa memikirkan implikasinya, namun setelah 5 tahun berlalu segala kelemahannya terpancar jua. Walaubagaimana pun dengan konsep Malaysia Boleh, sesuatu yang tidak boleh pastinya akan tetap di bolehkan walaupun memakan masa dan mengharapkan belas ihsan dari Bapak Segala Boleh. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|