|
TAKUTKAN PADA SEORANG WANITA?- WAN AZIZAH DISERANG OLEH: Mohd Sufian Salleh Kekuatan seorang wanita bukanlah atas andaian bahawa wanita itu seorang yang sudah lama di dalam arena politik seperti Menteri Nenek Rafidah Aziz atau Si Mata Bulat Shahrizat Jalil yang menggunakan mekap tebal umpama ikan kaloi . Itulah wajah dua wanita kebanggaan UMNO yang berjaya mengabui persada akhbar tempatan mainan regim politik seorang diktaktor. Apa yang menakutkan sebenarnya ialah kekebalan kekuatan dan inspirasi yang didokongi dengan sokongan wanita besi Filipina kepada sahabat yang senasib dengannya di seberang laut ini. Inilah kekuatan Datin Sri Wan Azizah Ismail yang berjaya menakutkan musuh-musuh politiknya seperti yang pernah dialami oleh Corozon Aquino dimana suaminya dibunuh atas alasan politik. Maka kerana itu gelombang yang menakutkan seorang diktaktor dan koco-konconya yang mencari peluang bagi mendapatkan habuan dengan menyerang wanita yang dianggap besi dalam arus politk Malaysia. Ini sebenarnya bukanlah ketakutan sementara yang dicemburui oleh regim ini, akan tetapi sokongan dan simpatisme yang diterima menjadikan ianya sebuah parti yang begitu ditakuti kerana didokongi generasi muda biarpun hanya setahun jagung nama parti ini dipersada politik tanahair ini. Namun tenaga kerja dan sokongan yang diterima ini mendapat sokongan dan dokongan dari berbagai peringkat dengan kesedaran dan pengalaman politik tersendiri. Keadilan Permatang Pauh yang begitu terkenal sebenarnya atas kesedaran bahawa pimpinannya adalah nama dua insan yang cukup dikenali. Pertamanya seorang yang telah berada dalam penjara Sungai Buluh dan kini nama itu begitu sinonim dengan isteri beliau yang menjadi presiden sebuah parti yang dihormati dan dicemburui dengan sokongan yang menakutkan. Atas dasar ini apa cara sekalipun nama dan adunan yang sinonim ini akan menjadikan undi simpatisme dan keadilan dalam menghapuskan isu kekejaman ini menjadi satu isu yang menakutkan sesebuah regim. Serangan bertali arus ini bukan sahaja tertumpu kepada sebuah parti sahaja malahan pakatan Barisan Alternatif akan mengganggu gugat pembolotan kuasa yang rakus dikalangan pimpinan sebuah regim. Begitu takutnya regim ini mendorong konco-konconya agar mendokongi saranan dan tindakan dimana apa yang dibuat oleh seorang regim akan diikuti oleh juak-juaknya yang mempunyai matlamat habuan yang besar. Keadilan Permatang Pauh telah melihat semua ini hanyalah sebagai satu mainan politik murahan yang cukup berkesan dalam mengembar gemburkan suasana politik tanahair . Keadilan akan diserang dengan berbagai cara termasuk dengan cara yang lazim dilakukan dimana penggumuman akan dibuat dengan menyatakan pembubaran parti atau kehilangan keahlian. Sebenarnya cara ini bukanlah satu cara yang cukup berkesan dengan zaman teknologi maklumat ini. Cara yang tidak popular ini bukan sahaja akan memakan diri sendiri , malah ianya akan merosakkan imej diri dan parti , terutama parti regim yang kurang mendapat dokongan dari rakyat. Keadaan ini sebenarnya diambil peluang oleh orpotunis-orpotunis parti yang menggambarkan kehebatan mereka dengan jualan murah hatta lelongan awam kerana tidak mendapat tempat yang secukupnya dalam parti yang sedang mendapat dokongan ramai ini. Atas alasan inilah maka apa cara sekalipun apabila dibenci oleh sebuah parti, maka parti pilihan keduanya iaitu UMNO akan dijadikan sasaran sandarannya orpotunis ini, walaupun suatu ketika dahulu menggangotainya . Inilah pejuang kebanggaan UMNO suatu ketika dahulu di sebuah tempat bernama Permatang Pauh. Mereka –mereka ini sebenarnya tidaklah dikenali dikalangan masyarakat setempat dengan cara mempopularkan diri mereka ketahap paling bawah ini, malahan ianya dianggap sebagai satu lakonan yang cukup murah dan tidak bertamaddun dalam arena politik yang jauh ketinggalan ini. Atas alasan inilah cara murahan ini tidak bersesuaian dengan peredaran zaman ianya dianggap tidak bertamaddun. Sebenarnya jika ditinjau dari satu sudut perjuangan politik tindakan bahlol ini tidak akan memberi sebarang kesan kerana masyarakat telah terlebih dahulu mengetahuinya dari tindakan drastik yang dianggap murah ini. Cara ini sudah tidak sepopular tahun 70an dan 80an., sebaliknya ianya akan hanya membuatkan masyarakat setempat menjuihkan mulut kerana cara mempopularkan diri dengan habuan yang sedikit dan mendapat publisiti murahan , malah telah meliwatkan diri bersekongkol dengan parti ajaran sesat UMNO. Tidak tahu sejauh mana pandangan politik si 3 Abdul yang bodoh ini. Mungkin UMNO Permatang Pauh akan menolaknya berdasarkan kepopularan 3 kali menyertai UMNO semula. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|