MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

UMNO DIGESA SUPAYA JANGAN GUNAKAN PIBG UNTUK MENCACI PEMIMPIN PAS

  Masyarakat di Ampang Jaya gempar apabila seorang ADUN UMNO telah tanpa segan-silu mencaci seorang pimpinan PAS Kawasan Ampang Jaya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu-Bapa Guru ( PIBG ) sebuah sekolah di DUN Pandan baru-baru ini.

Dengan terang dan jelas ADUN itu telah menyebut nama pimpinan PAS tersebut yang juga merupakan calon bagi salah-sebuah DUN di Ampang Jaya pada pilihanraya umum yang lepas.

ADUN tersebut telah juga diberitakan mewajibkan semua sekolah-sekolah di dalam DUN beliau menjemputnya untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat agong PIBG mereka.

Seorang guru yang tidak mahu namanya disebut telah menyatakan rasa kesal oleh kerana majlis perasmian itu sepatutnya digunakan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan pendidikan dan pembangunan pelajaran dan bukannya untuk menyerang sesiapa.

Sementara seorang ibu yang ditemuramah menyatakan bahawa adalah tidak wajar bagi PIBG digunakan untuk mencapai matlamat politik. Beliau berharap agar pihak yang bertanggung-jawab tidak lagi memperalatkan ibubapa dan guru-guru sekolah untuk melepaskan kemarahan mereka.

Dengan itu tidak hairanlah telah wujud gejala-gelaja samseng di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Ampang Jaya di mana yang paling serius adalah apabila seorang pelajar sekolah rendah ditikam berkali-kali oleh pelajar-pelajar lain. Ucapan perasmian mesyuarat agong PIBG telah tidak digunakan untuk membincangkan disiplin pelajar tetapi digunakan untuk menghentam dan mencaci.

Adalah difahamkan ADUN tersebut telah disalahkan oleh penduduk di Pandan Perdana di dalam kes perobohan Surau Al-Ikhlas, Pandan Perdana pada bulan April yang baru lalu.

Teropong Terbang
14 Julai 2000

( Petikan dari Laman Web PAS Kawasan Ampang - https://members.tripod.com/pas2000 )

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com