|
KENALI JIM DI SEKELILING ANDA! Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tranung Kite kerana menyiarkan tulisan saya. Setakat yang saya lihat tidak ada siapa pun yang mempertikaikan fakta-fakta yang saya dedahkan mengenai JIM. Saya juga gembira tulisan saya telah memulakan siri tulisan kritikal mengenai JIM yang sebelum ini tidak ketara mungkin disebabkan kehalusan budi (or shall we say sifat lurus bendul!) pendukung-pengdukung jemaah Islam lain despite pengalaman mereka tentang jenayah JIM ini. Pendedahan adalah perlu kerana spesies ini bukan jenis menerima nasihat atau kritikan tertutup. Saya tidak meminta para pembaca mempercayai saya. Siasatlah dan bertanyalah kepada para pemimpin lama PAS, ABIM, MISG (US), PKPIM, Muslim Doctors Association dll. Maklumkan jika saya salah. Untuk maklumat tentang kerja kotor JIM dalam keADILan pula, bertanyalah kepada ahli dan pemimpin keADILan Hulu Langat, Selayang, Shah Alam, Subang, Wanita keADILan Pusat dan Selangor, Pemuda keADILan Selangor, dan Perhubungan keADILan Negeri Selangor. Jika saudara-saudari ada mempunyai masa pula tunggulah depan rumah Datin Seri Wan Azizah atau cuba ikuti Dato’ Seri ke Mahkamah dan Penjara Sg. Buluh dan lihatlah siapa (selain dari para petugas) yang sering bertandang tanpa diundang. Maklumkan jika saya salah. Jika para pembaca kenal mereka ini tentu saudara-saudari akan terhibur (atau mual) dengan gelagat mereka dalam mesyuarat-mesyurat umum – See how they brag, boasting (esp kalau depa engineers atau mengaji luar negara), lie and support each other in pursuing their dirty agenda. Kalau diberi jawatan - akan di peralatkan sepenuhnya. Ada JIM yang diberikan jawatan di peringkat pusat dalam pengurusan liga bola sepak piala Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan JIM networknya dan memperalatkan beberapa individu/kumpulan masyarakat tertentu menganjurkan piala atas nama peribadinya di Hulu Langat – piala Ir Rashdi Pandak Ahmad! Ada beberapa lagi features tokoh JIM dalam keADILan yang patut saudara-saudari tahu. Mereka ini suka duduk di depan walau pun tidak diundang – depa ni jenis muka tak malu dan tak reti bahasa! Ramai yang bercakap dengan bahasa agama and about high morality. I once seen one of them walked with a tasbih! ( bukan Pak Long la!!!). Wanitanya pula bertudung labuh & sweet talkers tapi bisa you! Oleh yang demikian saya sangat bersetuju dengan pandangan seorang sahabat kita yang menasihatkan kita supaya berhati-hati! Maklumkan jika saya salah. Fathi Aris dalam respon melentingnya mengaku beliau adalah orang besar dalam JIM. Keghairahan beliau mengkritik Anuar Tahir sehingga sanggup menghina keluarga Dato’ Seri Anwar dan memperlekehkan Dr Chandra adalah sama dengan kritikan tokoh-tokoh JIM dalam keADILan sekarang ini. Dalam mengkritik Mahathir pun beliau masih sempat menghina Dr Chandra dan pencapaian akademik beliau. Dari tulisannya juga jelas bahawa dendam kesumatnya pada ABIM & PAS masih belum reda sama seperti rakan-rakannya dalam keADILan. Jadi bagaimanakah saya boleh dikatakan membuat fitnah yang nyata.? Kepada Malaysia Kini, berhati-hatilah. Fathi Aris sedang dan akan memperalatkan anda untuk agenda JIM sebagaimana Utusan Malaysia diperkudakan UMNO. JIM is parasite by tradition! Publishing Marina’s old letter and writing an editorial on it are examples on how low can this man goes to pursue his JIM agenda. Pemimpin pemimpin JIM sedang ditolak oleh grassroots parti for obvious reasons. Kempen menjatuhkan Anuar Tahir dan Dr. Chandra secara kotor yang giat dijalankan oleh JIM dan sekutunya adalah satu respon mereka kepada kegagalan ini. Mereka berharap dengan mengambil alih pentadbiran parti mereka dapat menggantikan pemimpin yang dipilih oleh grassroots kepada orang mereka melalui manipulasi sistem pentadbiran. Mereka sekarang sedang giat mempengaruhi Kak Wan untuk menurunkan Anuar Tahir dan Dr. Chandra. Saya berharap Kak Wan tidak terpedaya. Keluarga dan sahabat-sahabat terdekat diharap dapat menasihati dan melindungi Kak Wan dari angkara jahat mereka ini. Keluarga Dato’ Seri akan kehilangan penyokong yang ikhlas dan kredibiliti keADILan akan lumpuh jika golongan ini berjaya. Selamatkan keADILan dan gerakan reformasi - kenali JIM di sekeling anda!
Afa |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|