|
LAWAK BODOH SEORANG AHLI PARLIMEN BN MalaysiaKini semalam melaporkan Timbalan Menteri Pertanian Mohd Sharif Osman menyarankan supaya penternak babi di NS berpindah ke Terengganu jika tanah di NS tidak cukup luas bagi mereka. Inilah jawapan lawak bodoh yang diberikan oleh seorang Yang Berhormat (?) di Dewan Parlimen yang mulia (?) apabila memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oleh wakil DAP Kerk Kim Hock. Kerk bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah harga tanah yang terlalu mahal di tapak baru pemeliharaan babi yang disediakan oleh kerajaan di negeri syurga babi itu. Jawapan Shariff ialah pindah jika tidak cukup tanah. Kerk bukan bertanya sama ada tanah cukup atau tak cukup. Yang di tanya mengapa tanah di situ mahal sangat, sampai mencecah RM160,000 se ekar.
Jawapan ini bolehlah disifatkan sebagai jawapan kurang
ajar, bodoh sombong dan hanya menyerlahkan IQ budak terencat akal yang apa padanya dan
ADUN-ADUN BN lain yang mengacum si badut ni. Parlimen sepatutnya menjadi gelanggang
untuk perbincangan berfaedah mengenai masalah negara bukanlah tempat berlatih stand-up
comic. Ada ke patut dasar toleransi PAS terhadap kaum bukan Islam dijadikan bahan
lawak untuk mengelak daripada menjawab soalan itu? Sebenarnya Shariff tak ada modal nak
jawab kerana sememangnya kerajaan tak dapat membendung masalah yang berbangkit dari
bala yang diturunkan Allah melalui makhluk-makhluk berkaki pendek tu. Kerana itulah
dia cuba mengelak dengan membawa joke yang tak lucu tu. Bukan saja
jawapan itu kurang ajar tapi juga menunjukkan sifat kebudak-budakannya kerana tidak
menjawab soalan yang diberikan. Kalau tak boleh jawab, beri alasan yang lebih munasabah
atau berterus-terang saja kerajaan gagal mengatasi masalah ini. Sekurang-kurangnya orang
akan lebih menghormati.
Watak dan cara pemikiran seseorang selalunya boleh diteka
melalui percakapannya. Kalau soalan yang serius dijawab dengan lawak bodoh dan kalau
lain ditanya lain pula dijawab, maka kita boleh membuat andaian sendiri mengenai
peribadi dan tahap pemikiran timbalan menteri itu. Sememangnya peribadinya
itu tidak melayakkannya menjadi ADUN, apatah lagi timbalan menteri yang diamanahkan
untuk memerintah negara. Hanya PM Malaysia yang ada sekarang yang mahu badut
seperti Shariff duduk dalam kabinetnya. Tidak hairanlah kalau negara ini sekarang
menjadi bahan ketawa dan sindiran negara-negara lain.
|
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|