MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

JANGAN MELAKNAT SESAMA MANUSIA

Assalamualaikum..

Berhubung dengan nota saudara, pada pendapat saya adalah lebih baik kita tidak melaknati seseorang manusia dengan perkataan Laknatullah. Kalau hendak di bandingkan dengan Firaun, ia sememangnya berhak dicop dengan Laknatullah kerana telah sah matinya dalam kekufuran dan kekejaman. Bagi saudara merasakan berhak melaknat seseorang insan pada pemerhatian
saudara dia menyesatkan ugama dan saudara pasti, yakin dan si insan ini akan mati dalam kesesatan. Pada pendapat saya mengecop sesorang Islam itu dengan Laknatullah adalah seperti megkafirkan seorang Islam.

Melaknat dengan perkataan lain pada seseorang manusia tidaklah seberat dengan perkataan Laknatullah. Lebih Islam kah kita dengan mengecop sesorang itu Laknatullah atau berjihad kah kita dengan melaung-laung Laknatullah pada seseorang itu.

Wassalamu
SILVER-BAT

alakbar5@tm.net.my

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com