MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DRAMA SAUK

Assalamualaikum,
Sama-sama kita tunggu ketentuan dari Allah s.w.t tentang pelbagai kejadian yang berlaku di tanahair kita. saya percaya semuanya ada hikmah. Marilah kita terus berdoa di setiap kali selepas solat agar Allah s.w.t tunjukkan kebenaran. mudah2an masyarakat Islam terutamanya bangsa Melayu akan mendapat pimpinan/kerajaan yang baik.

Cuma saya berharap, dalam kita mengikuti/menganalisa perkembangan pelbagai isu dan menulis serta menyiarkannya di dalam internet, eloklah kita teliti dan pastikan bahawa tulisan/analisis kita itu merupakan suatu analisis yang berasaskan fakta dan bukan semata-mata berlandaskan andaian-andaian.

Janganlah kita asyik menyebarkan berbagai andaian dan melupakan pembinaan strategi kekuatan sebagai suatu ummah yang mampu menerajui pemerintahan negara. Kita umat Islam/Melayu perlu bijak memantau keadaan. janganlah hendaknya kaum Cina dan India yang akhirnya mendapat kuasa memerintah akibat kelemahan parti-parti politik Islam/Melayu. 

Janganlah kita akhirnya diperintah oleh bukan Islam di negara kita sendiri. Namun ini bukan suatu yang mustahil. semua pihak tidak mengira pendirian politik harus prihatin terhadap hal ini. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada semua, baik pemerintah atau parti pembangkang, agar kita kembali kuat kuasa politik dan seterusnya dapat secara lebih berkesan menegakkan agama Allah s.w.t.

Wallahua'lam.
Wassalam.

Pembaca Minda Rakyat

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com