MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

JANGAN BIARKAN MAHATHIR MELENGKAPKAN AGENDA MERUNTUHKAN PERLEMBAGAAN NEGARA…!! 

Untuk kesekian kali, rakyat negara ini dihadapkan dengan agenda Konspirasi tajaan Mahathir Mohamad (semoga Allah swt. melaknat roh dan jasadnya, Amin ya rabbulalamin): ……….

Belum tamat fitnah aib dan konspirasinya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum hilang cerita pencurian senjata di Gerik, belum dapat  Dr. Mahathir meyakinkan rakyat bahawa peristiwa itu adalah benar-benar jenayah bikinan kumpulan Al-Ma'unah; namun Dr. Mahathir dan regimnya telah memulakan satu episod baru untuk menghubungkaitkan Al-Ma'unah dengan Pembangkang khususnya parti PAS. Bagaimana rakyat mahu percaya kepada beliau? 

Sementara rakyat masih lagi membuat pelbagai andaian – menganggap kejadian itu hanya semacam sebuah “drama Tamil”; samada peristiwa itu benar atau tidak sebuah drama “bikin-bikinan”, yang pasti, media massa arus perdana makin bertubi-tubi membesar-besarkan urutan perkara itu. Ini adalah ganjil. Sekali lagi – masakan rakyat sebodoh itu mempercayai beliau! 

Ya! Makin nampaklah bahawa Mahathir keluh kesah “tergesa-gesa” melaksanakan agendanya, dengan sengaja mengajak rakyat membentuk minda bersama-sama menuding jari kepada Pembangkang. Masakan rakyat negara ini bangang!! 

Tetapi, rakyat yang matang menolak sebarang kenyataan Kerajaan. Rakyat masih mahu mereka diyakinkan terlebih dahulu melalui siasatan sebuah Suruhanjaya Di Raja. Penyelidikan dan kajian yang saksama dan mendalam wajib dilakukan sebelum sesiapa dalam regim Mahathir (termasuk beliau) membuat sebarang keputusan atau kenyataan. 

Setakat Dr. Mahathir harus tahu bahawa kepercayaan rakyat kepada beliau sudah terhakis hilang. Apatah lagi, beliau adalah dilihat sebagai pihak yang berkepentingan dalam pelbagai hal maksiat yang berat-berat. Jika Mahathir masih berdegil, kenyataan beliau akan berkesudahan jadi bahan ketawa orang ramai. Seperti sekarang! 

Rakyat merasakan bahawa maksud Dr. Mahathir dan UMNO/BN memperhebat propaganda peristiwa “Grik” adalah suatu lagi siri ‘helah mega”nya yang bertujuan mengalih pandangan rakyat  terhadap puluhan laporan Polis oleh Pembangkang mengenai kenyataan Datuk Shafie Yahya di mahkamah. Rentetan perkara ini menyebabkan majoriti rakyat telah putus bicara bahawa Mahathir Mohamad memang sah seorang “pelindung” pelbagai rasuah, pengugut kakitangan awam, cenderung memanipulasi undang-undang, menggunakan pengaruh wang – semata-mata bagi melindungi seribu satu jenayah yang melibatkan beliau dan kuncu-kuncunya. Dari percakapan rakyat dimana-mana, (termasuk penyokong dan pemimpin UMNO/BN di peringkat bawahan) makin dipercayai bahawa Dr. Mahathir memang sah dan terbukti melakukan rasuah dan penyelewengan untuk diri sendiri, anak-anak, suku-sakat dan krion-proksinya. Perbuatan busuk lagi beliau sudah tersemu oleh rakyat. Mahathir makin tersepit-sendat!! 

Jadi, dengan mewujudkan “drama” Gerik itu, membesar-besar dan melibatkan pembangkang PAS; sekaligus menimbulkan keraguan amat dahsyat. Tiga tanggapan telah dikesan, itu: 

a) Drama itu adalah sengaja dirancang, dengan tujuan 
b) Memfitnah Pembangkang PAS, dengan itu 
c) Dapat mengalih pandangan rakyat dari menuntut beliau diheret ke mahkamah. 

Ketiga-tiga tanggapan rakyat itu makin jelas apabila usul Ketua Pembangkang Datuk Fadzil Noor di Dewan Rakyat bagi membincangkan isu dakwaan rasuah Dr Mahathir Mohamad (kerana menghalang tugas seorang pegawai awam, ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah) di tolak oleh Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail. Dengan itu, rakyat sudah mampu  mentafsir bahawa peristiwa Gerik itu ada sah sebuah “drama bikin-bikinan” dengan skrip digubah dan berusul-asal  dari ruang rahsia di Putera Jaya. 

Alasan Speaker Zahir Ismail ketika menolak usul Pembangkang (kununnya kerana karenah buruk Mahathir berbau rasuah itu telah dilaporkan kepada polis), sangat tidak munasabah. Apatah lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dituduh, dibicara dan dihukum  atas Akta yang sama (walaupun dengan bukti yang sangat meragukan), mengapa pula tuduhan kepada Dr. Mahathir yang jelas terlibat mesti dilindungi oleh Speaker Dewan? Bermakna, seluruh sistem perundangan di negara ini sudah lingkup dan kucar-kacir tidak ada kedaulatan lagi. 

Dengan itu, sekaligus, sangkaan rakyat makin bertambah, makin tegar-tenat mensahihkan bahawa:

  1. Speaker Dewan Parlimen yang seharus ‘impartial’ telah hilang kewibawaan dan jelas tertakluk kepada arahan dan pengaruh (kebiasaannya UGUTAN) Mahathir; 
  2. ‘Impartiality’ Zahir Ismail dengan sendirinya jelas tergugat dan tercabar, 
  3. Sikap beliau adalah petanda bahawa kewibawaan beliau sebagai Speaker adalah disangsi-ragukan – petanda besar memihak kepada Mahathir (secara peribadi) bukan kepada kepentingan rakyat. 

Jika Zahir Ismail menganggap rasuah seorang Perdana Menteri tidak perlu dibincangkan di Parlimen atas tuntutan pembangkang yang mewakili rakyat, bagaimana jika ditimbulkan usul undi tidak percaya terhadap Mahathir nanti? Rakyat sudah mulai mengagak: Kemungkinan besar, Speaker inilah yang mendorong seluruh rakyat mengambil tindakan menuntut supaya beliau sendiri dilucutkan jawatan! 

Zahir Ismail wajar faham bahawa kedudukan beliau Speaker tidak lebih dari  “melukut di tepi gantang” berbanding dengan status Pembangkang yang mewakili rakyat. Persekongkolan beliau dengan Mahathir adalah agenda terakhir dalam siri Mahathir, UMNO dan BN meruntuhkan Perlembagaan Negara. Dengan itu, maka jelaslah bahawa tidak ada lagi institusi rakyat yang tidak tercemar oleh tangan kotor Mahathir Mohamad. Jika Zahir Ismail terlalu takut melaksanakan tanggungjawab, sebagai insan Islam, eloklah beliau letak jawatan dan jangan tunggu rakyat berdemo di jalanan mengcop beliau sebagai seorang lagi “Pengkhianat Negara” sekongkol sebagai pelengkap agenda Mahathir berkuasa Diktator. 

Adalah sangat memalukan beliau, sebagai orang tua yang dulunya berwibawa; kini telah dianggap rakyat sebagai seorang bertaraf  “Kucing Kurap” penjilat punggung Mahathir Mohamed! Adalah amat memalukan Zahir Ismail yang sudah tua-bangka mati membawa cemuhan rakyat dicelah-celah kafannya identiti “Anjing Bulldog Tua” busuk  berbau “hyna” yang  hina!! Beliau membantu Mahathir melengkapkan agenda Mahathir mencetuskan adu-domba antara kaum dan mencaci agama Islam merosakkan kekuatan ummah. 

Dengan Zahir Ismail menutup pintu demokrasi rakyat di peringkat tertinggi, maka rakyat “is left with no choice, but fight these national traitors down to their knees!”. Untuk menegakkannya kedaulatan negara semula, rakyat perlu perkuatkan iltizam dan daya bersama tanpa mudah dikelirukan oleh sesiapa. 

‘This is some thing worth fighting for together for the survival of our Kemerdekaan dan Kedaulatan Tanahair, Bangsa dan Agama’..!! Move on! 

Amin Sapiro 
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri) 

(That is  that “some thing” I’m fighting with all my worth..!!)

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com