MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Kenyataan akhbar Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli parlimen bagi Kota Melaka, Kerk Kim Hock di Petaling Jaya pada 12 Julai 2000

Perompak Senjata Api Dan Al Maunah - Membentangkan Kertas Putih Dan Bukan Melepaskan Rasa Gerun

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa pembunuhan tebusan bukan Islam oleh kumpulan Al Maunah adalah disengajakan.

Beliau juga memberi jaminan kepada orang bukan Islam bahawa kepentingan mereka dapat dikekalkan jika mereka terus memastikan kerajaan Barisan Nasional berkuasa.

Rompakan senjata dan pembunuhan orang tebusan telah mengejutkan negara. Mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu harus dihukum menurut undang-undang di negara ini.

Amat mengecewakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak terlepas peluang untuk menunjukkan kesediaan kerajaan untuk mengatasi isu-isu dengan cara yang telus dan bertanggungjawab, dengan mengeluarkan satu pernyataan kementerian di Parlimen sementara menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

Ini juga mengecewakan kerana Perdana Menteri tidak sedia untuk mengatasi isu-isu ini dengan menjangkaui politik parti. Tiada seorang pun, terutamanya Perdana Menteri, yang harus mempolitikkan isu-isu ini untuk mendapatkan faedah politik.

DAP mengulangi seruan bahawa semua pemimpin politik harus memberi respon kepada isu-isu ini sebagai wakil rakyat dan bukan sebagai pemimpin parti politik.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi isu-isu ini dengan cara yang dapat memastikan kepentingan rakyat. Perdana Menteri harus memastikan satu kertas putih mengenai isu-isu ini dibentangkan di Parlimen dan bukan melepaskan rasa gerun di kalangan rakyat Malaysia

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com