MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KENYATAAN RASMI PAS
BERHUBUNG TRAGEDI SAUK

  1. PAS amat menyesali dengan rentetan peristiwa yang berlaku di Grik dan Sauk. PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

  2. PAS juga ingin memaklumkan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan Al-Maunah yang dikatakan terlibat dengan peristiwa rampasan senjata ini. Sebarang usaha untuk menuduh PAS atau mengaitkan PAS adalah suatu rekaan politik dan dusta.

  3. PAS adalah merupakan sebuah parti politik manakala mereka (Al Maunah) adalah sebuah badan bukan politik yang berdaftar dan terbuka untuk disertai oleh mana-mana individu kerana ia adalah dianggap sah di sisi undang-undang. Oleh kerana itu maka terdapat berbagai latar belakang dan lapisan masyarakat yang telah menyertai mereka seperti anggota tentera, polis, pegawai-pegawai kerajaan dan orang awam.

  4. PAS sebagai sebuah parti politik yang berwibawa akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahlinya yang didapati sah terlibat dengan mana-mana kumpulan yang didapati sah terlibat dengan mana-mana kumpulan yang yang didapati bercanggah dengan prinsip-perinsip aqidah Islam dan syariahnya. Ini berbeza dengan sebuah badan politik yang lain yang juga mendakwa mendokong Islam tetapi tidak menghiraukan malah membiarkan ahli-ahlinya terlibat dalam berbagai kumpulan ajaran sesat seperi Al-Qadiani, taslim, anti hadis, nasrul haq dan lain-lain lagi.

  5. PAS juga mengingatkan pihak kerajaan agar tidak mengambil kesempatan ini untuk menuding jari kepada orang lain sebagai muslihat menyembunyikan masalah dalaman yang kerajaan hadapi seperti menutup dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang telah menjadi isu nasional melibatkan pelanggaran undang-undang yang serius sebagaimana yang telah dilaporkan kepada polis oleh ratusan rakyat Malaysia.

  6. PAS mendesak supaya kerajaan tidak mengenakan tindakan ISA ke atas mereka yang ditahan tetapi mereka hendaklah didakwa ke mahkamah dengan menggunakan undang-undang yanga ada dan dibicarakan secara terbuka di mahkamah.

  7. PAS juga mendesak supaya satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini secara terperinci dan anggotanya hendaklah terdiri daripada pemimpin parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan tokoh-tokoh yang berwibawa.

Dato' Fadzil Mohd Nor
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com