MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Sebarkan Segera!
Isu Al Ma'unah & Khidmat Laman Reformasi

TRAGEDI SAUK : AL-MAUNAH DIPERANGKAP SB (Tajuk dilaman: Pengakuan Ahli Al Ma'unah - Kami DiFitnah) sebagaimana tertulis di Laman Mahazalimtwo adalah yang paling hampir menyamai peristiwa sebenar. Dalam tulisan tersebut pelbagai persoalan yang timbul telah terjawab.

Kepada penulis dan penganalisis peristiwa Isu Al Ma'unah ini segeralah menilai tulisan tersebut dan sekiranya sependapat dengan saya bahawa ianya menyamai kisah sebenar maka tindakan 'penyebaran' perlulah dilakukan segera.

Salam Perjuangan.

Gerila 'BA'

Nota Webmaster:

Laman ini sudah lama berpendirian sedemikian, iaitu semenjak berita 'perampas' turun ke selatan ke Bukit Jenalik. Lokasi tersebut bukan begitu selamat untuk 'perompak' atau pengganas kerana ianya hanya terletak di hujung kebun. Lokasi itu juga seringkali jadi laluan webmaster dalam perjalanan ke pantai timur. Ianya bukan satu yang mustahil, jika semuanya ini adalah drama arahan Mahathir yang sudah terkena 'Sumpahan Mesir!!'

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com