MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KEGILAAN MAHATHIR

Dari Long Kolang

Saya dah tak dapat tahan sabar bila saban hari media masa mengeluarkan cerita tentang ajaran sesat. Sehinggakan sekolah agama pun dikatakan sesat. Sebak dada saya melihat pelajar-pelajar yang cuba menghidupkan sunnah Rasul s.a.w dengan berserban dikatakan sesat. Apakah motif sebenar perkara ini digembar gemburkan?. 

Apa yang dapat saya baca memang ada agenda besar di sebalik semua ini. Memang UMNO sekarang cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa hanya UMNO sahaja yang berjuang untuk Islam sebenar. Sebab itu si mamak Mahathir ni sanggup beritahu wartawan di Australia yang PAS sebenarnya anti Islam dan hanya bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik. Astarghfirullah! Dah gila agaknya Mahathir ni. Mana ada perdana menteri negeri lain bagi tahu orang luar yang parti ni sesat dan parti tu tak betul? Pernahkah Tony Blair (Perdana Menteri Britain) kata parti Conservative di UK tu tak elok atau Bill Clinton kutuk parti Republican di luar negara? Benda macam ni hanya dilakukan oleh Mahathir gila ni aje! 

Cuba letak Nik Aziz sebelah Mahathir, siapa agaknya orang akan kata yang Islamnya jelas? Yang mana lebih sesat, pembaca berita yang tidak menutup aurat itu atau pelajar-pelajar sekolah yang berserban?

Yang nyata si Mahathir ni memang nak meyakinkan rakyat Malaysia bahawa orang yang berjubah, berserban dan berjanggut ni sesat. Segala bentuk sunnah yang cuba dihidupkan oleh mereka yang cintakan Islam ini adalah berbahaya dan menyesatkan. Percayalah, segala peristiwa yang berlaku
akhir-akhir ini bermatlamat untuk membuang perkataan Islam dalam PAS dan akhirnya akan membawa pada pengharaman parti PAS.

Ingatlah satu cerita di ketika zaman Rasulullah s.a.w. Baginda pernah bercerita pada para sahabat tentang Ad Dajal yang akan membawa fitnah paling besar di akhir zaman nanti dan para sahabat sungguh takut dan berasa dukacita selepas baginda berceritakan tentang hal Dajal ini.
Melihatkan kebimbangan pada diri para sahabat ini, Rasulullah s.a.w pun bersabda. 

"Ada lagi perkara yang lebih aku takut dari Dajal di akhir zaman nanti, ia itu pemerintah yang zalim yang berlagak seperti Dajal"

Marilah kita sama-sama berdoa' agar Mahathir ni bukanlah jelmaan awal si Dajal laknatullah kerana jika benarlah, maka dia akan menyesatkan kita semua. Sekarang ni kita dah boleh lihat bagaimana dia menghina ulama, menghina sunnah Rasul s.a.w dan yang paling menyesatkan ialah apabila
dia mempersendakan hukum Allah.

Saya tidak malu menyatakan dalam ruangan ini yang saya memang beritahu anak-anak saya bahawa Mahathir ni adalah orang yang paling jahat di Malaysia kerana kezalimannya dan kerakusannya untuk terus berkuasa. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama membuka hati, mata dan telinga kita dalam menerima Islam dan janganlah sekali-kali menyokong si Mahathir ni.

Wassallam

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com