|
KEADILAN DI AMBANG PERPECAHAN? Saya merasa terpanggil untuk merujuk kepada surat daripada Ahli KeADILan Johor yang mengkritik hebat ABIM dan KeADILan yang disiarkan di Malaysiakini dan Komentar. Nampaknya beliau seorang ahli JIM atau IRC, dan ini jelas dengan gaya penulisannya. Jika kita amati betul-betul beliau mengkritik Presiden KeADILan secara halus. Inilah taktik kotor yang sering dijalankan oleh IRC sejak dulu lagi. Saya mengenali ABIM dan IRC lebih dari dua puluh tahun dan mendapati di antara keduanya ABIM mempunyai lebih banyak kelebihan daripada IRC dalam memperjuangkan kebenaran dan KeADILan. Pertama, di kalangan pemimpin ABIM ramai yang mempunyai pengetahuan Islam berbanding IRC yang mempunyai pengetahuan yang superficial. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini terdapat pemimpin seorang dua pimpinannya yang telah memperbaiki pengetahuan mengenai selok-belok Islam. Alhamdulillah. Kedua, berdasarkan kepada ilmu yang mantap, kebanyakan pemimpin ABIM lebih ikhlas dalam perjuangan, berbanding IRC yang hanya mahu “mengambil alih” pimpinan sesebuah pertubuhan dan jemaah Islam lain. IRC telah cuba mengambil alih pimpinan ABIM dan PAS dengan cara yang tidak wajar tetapi tidak berjaya. IRC menubuhkan JIM kerana mereka mahu mendapatkan sokong massa kerana IRC sendiri mahu menjadi kumpulan yang elitis. Kini IRC cuba pula mengambil alih pimpinan KeADILan dengan memburuk-buruk sesetengah pimpinannya terutama ex-pemimpin ABIM dan melaga-lagakan pimpinan KeADILan dan memburukkan Presidennya secara halus. Inilah taktik yang pernah dilakukan oleh IRC terhadap ABIM dan PAS. Nampaknya dalam KeADILan IRC telah berjaya sedikit sebanyak kerana mereka yang ikhlas tetapi belum mengenali IRC termakan oleh tohmah halusnya. Walau bagaimanapun, mungkin juga ada di kalangan bekas pimpinan ABIM yang tidak ikhlas tetapi saya berpendapat jika ada pun mungkin seorang dua berbanding dengan IRC yang secara jemaah tidak ikhlas dalam perjuangan disebabkan penguasaan ilmu Islam yang agak cetek. Ketiga, IRC akan memburukkan sesiapa sahaja dan boleh berubah pendirian dengan sekelip mata sedangkan ABIM telah banyak melakukan kebajikan kepada ummah tetapi tidak menggemburkannya sehinggakan ramai yang tidak tahu bahawa ABIMlah di belakangnya. Sebagai contoh apabila Anwar Ibrahim mula masuk UMNO, IRC menyatakan tidak “sharie” yang mana mereka sendiri tidak faham maksud perkataan tersebut dan terus mengecam beliau sedangkan ABIM secara amnya menghormati keputusan beliau. Tetapi apabila Anwar Ibrahim menjadi menteri, merekalah yang mendapat banyak projek dengan mengaku sebagai “orang Anwar” sedangkan orang-orang ABIM tidak ramai yang menjadi opportunis dan kebanyakan orang ABIM tidak mendapat keuntungan kewangan kerana memang dasar ABIM memperjuangkan Islam dan bukan untuk populariti atau wang. Kesimpulannya IRC menjadi begini kerana mereka tidak faham akan Islam dan merasakan cara yang mereka lakukan adalah betul sedangkan banyak yang mereka lakukan. Untuk memastikan agar KeADILan menjadi parti yang ulung, mana-mana jemaah Islam baik ABIM (mungkin seorang dua yang terlibat) ataupun IRC tidak sepatutnya cuba menjadikan KeADILan sebagai kuda tunggangan. Akhir sekali saya meminta maaf kerana terpaksa membongkar beberapa perkara yang mungkin tidak disenangi oleh IRC atau pun ABIM. Kadang-kadang perkara seperti perlu di lakukan untuk maslahah yang lebih besar Sekian
Wali Songo |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|