PERISTIWA MEMALI: JANGAN MUDAH DIKELIRUKAN
Usaha mencari maklumat RAW
bukannya mudah. Kena pulak musim durian ni. Lain yang dicari lain dapatnya. Kena durian 2
biji berasap kepala. Tulisan pun jadi lintang pukang. Ditambah pula kurang tidur malam.
Seorang
sahabat peguam menceritakan hakim-hakim kini tidak lagi memasang 'crest- HAKIM' di kereta mereka. Jelaslah sudah betapa teruknya imej kehakiman Negara kita.
Surat
khabar (Star, NST dan The Sun) hari ini 11.07.2000 menunjukkan reaksi kenyataan Mahathir
yang nampak cool tapi penuh gelora. Kertas putih pasti akan dikeluarkan secepat yang
mungkin bagi menutup pekong sebelum ianya berbau lebih dahsyat. Strategi sama akan
digunakan seperti mana Peristiwa Memali.
Mahathir turut mengaitkan Memali sebagai
peristiwa ajaran sesat sehingga 4 orang polis mati. Sekali gus dikaitkan dengan PAS.
Bukankah sudah nampak apa sebenarnya rancangan seterusnya yang bakal dibuat oleh PM itu.
Itulah sebenarnya motif peristiwa RAW.
Siapakah agaknya yang begitu bodoh
mempercayai peristiwa Memali?. Orang kampung bersenjatakan parang melawan ratusan polis
bersenjata machine gun dan kereta kebal. Kemudian 14 orang kampung mati. Mereka sebenarnya
mati dibunuh oleh pihak polis. Tiada kena mengena dengan ajaran sesat. Jika Tuan Guru
Ibrahim Libya tidak dibunuh sudah tentu Kedah jatuh ke tangan PAS di pilihanraya lalu.
Keputusan
perbicaraan DSAI akan diumumkan tak lama lagi. Mahathir sudah pun bersedia dengan tindakan
ISA. Bukankah model dari peristiwa RAW dapat dijadikan alasan tindakan.
Sesuatu
yang mengejutkan saya adalah kaitan al Ma'unah dengan Nasrul Haq. Kebetulan saya sendiri
juga belajar Nasrul Haq dulu. Kini ianya dibangkitkan pula oleh Mahfuz Ketua Pemuda PAS.
Seingat
saya Nasrul Haq tidak mempelajari mandi minyak dan menahan timpaan kayu 'balak'.
Elemen
persamaan dengan Nasrul Haq ini membuatkan penyelidikan saya bertambah 'complicated'.
Namun ianya tetap 'interesting' bagi saya.
Dan esok pasti terpampang di akhbar
mereka yang terlibat akan menerima hukuman berat. Gantung sampai mati!. Gempaq satu
negara. Apa yang berlaku kemudiannya lain cerita. Yang penting rakyat mesti diyakinkan
seolah peristiwa RAW adalah 'real' seperti apa yang dikatakan oleh Mahathir. Tindakan tegas akan menaikkan imej BN.
Kaji punya kaji baru saya nampak dimana perlunya
sampai RM 2 Bilion itu. Tidak lain sebagai upah kepada pelakon-pelakon utama RAW. Baik
yang berada dalam tahanan ISA dan seterusnya yang bakal terpenjara.
Kita tunggu dan
lihat episod seterusnya.....
Salam perjuangan.
Gerila 'BA'
|