MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PECAH RAHSIA SEBUAH DRAMA PUTERA JAYA

DALAM UMNO ADA 'MOLE'
AJARAN SESAT!

Pendedahan oleh Hj Mahfuz Omar semalam di Taman Melewar:

Pertubuhan Seni Silat kebatinan Nasrul Haq, sebuah ajaran silat yang sesat dan diharamkan oleh kerajaan dahulu pernah dibendaharikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris, kedua-duanya orang UMNO! Siapa dia yang sesat ni sebenarnya? Sila saman Hj Mahfuz ke mahkamah kalau fakta beliau ini tidak benar! Jadi, siapa jaguh Ajaran SESAT? Dalam UMNO ada pemimpin “mole”!!

Hehehe..lahhh!! Mahadey kena jaga-jaga laaaaaa..!!
Kerana drama arahan Mahadeir ini sudah mula membahang akan memanggang UMNo dan para pemimpinnya, Kerana itu Madey dah mula bersuara, katanya:

"Ahli-ahli al-Ma'unah yang ditangkap adalah ahli PAS yang menganggotai Unit AMAL PAS. Mereka berhasrat untuk menuntut Madey dan kabinet meletak jawatan. Tujuan mereka ini dapat dikesan melalui perbualan telefon bimbit mereka dengan .....", lebih kurang begitulah bunyinya petikan kata-kata Madey dalam berita di TV1 dan TV3.

Dah dijangka, dah diduga bahawa akhirnya Madey akan melibatkan PAS atau BA yang lain. Ternyata di peringkat ini PAS yang diserang terlebih dahulu. Mungkin selepas ini siapa pula...?

Dan yang tidak kurang menariknya, Madey memberitahu bahawa UMNO akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu rakyat akan peristiwa sebenar di Sauk. Nampaknya Madey sedar bahawa media perdananya gagal meyakinkan rakyat sehingga beliau memerlukan kembali khidmat ceramah UMNO .... tapi ramaikah yang datang nanti? Jikalau beliau benar-benar berani, sila buat dialog terbuka dengan rakyat. Jangan pandai bagi ucapan sahaja ... lepas itu balik ke mahligai.... pirahhhh

Sauk kuat dengan PASnya. Ustaz Azizan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah orang Kampung Ngor, jiran Kampung Jenalik. Silap-silap haribulan, kena cekup si ustaz ni ... jaga-jaga ustaz, Madey dah mula bertindak ...

Sauk berAhli Parlimenkan Datuk Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan. BerADUNkan Jamal Nasir Rasdi, Ketua Pemuda UMNO Perak. Mungkin kedua-dua pimpinan ini punyai agenda untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO. Mungkin juga untuk menyekat perkembangan pengaruh PAS dan KeADILan. Tambah-tambah di Sauk juga adalah tempat di mana satu-satunya senator yang sedang berkhidmat mengistiharkan keluar UMNO dan masuk KeADILan. Kepada Pak Hamzah Zain, berhati-hati dan bersedia untuk ke Kamunting ... manalah tahu ... masih terbayang dan terdengar gurauan Pak Hamzah di Taiping, sehari sebelum peristiwa di Sauk.

Andai kata Ustaz Azizan dan Pak Hamzah ke Kamunting atau disebut sahaja nama mereka dengan isu Sauk, mungkin Sauk akan bergelora .... ketenangan air di Empangan Chenderoh akan bergelora. Madey ... Madey ... cukuplah

Tetapi, drama ini seronok juga membaca tulisan tentang "Peristiwa Gerik" dalam beberapa laman reformasi. Semua kata peristiwa itu dirancang oleh Mahathir, dan permainan politik UMNO untuk mengekalkan kuasa. Betulkah begitu?

Saya lebih yakin apa yang berlaku di Gerik tu perbuatan orang-orang Islam yang militan dan fanatik, seperti Taliban di Afghanistan, yang nak tegakkan negara Islam, dan mungkin nak Islamkan dunia ni. Tetapi sebab mereka tak ada pengalaman menggunakan senjata, dan semangat nak berjihad dan nak mati syahid pun begitu rapuh, maka gerakan mereka mudah benar ditumpaskan dalam masa yang singkat. Kan memalukan orang Melayu dan Islam sahaja?

Tengah hari tadi sedang kami berbual-bual datang seorang hamba Allah.....bercerita tentang kes SAUK. Katanya kejadian sauk memang telah dirancang dengan teliti... macam dalam filem Tamil. Sebenarnya kata beliau Kumpulan Al Ma'unah tidak tahu menahu tentang rampasan senjata.....tiba-tiba.... kumpulan Al Ma'unah yang sedang menjalankan AKTIVITI dikepung oleh Askar.

Cuba tuan puan fikir dalam masa beberapa minit senjata yang begitu banyak dapat diangkut keluar. Melalui pintu besar kem. Kerja ambil senjata tersebut kalau 15 pekerja makan masa tiga jam lebih!!!!!!!

Kami rakan2 pejabat ternganga...Tambah beliau... yang angkat senjata adalah lori askar (Lori Beso)...senjata tersebut diletakkan berhampiran dengan Kumpulan tersebut...membuat kumpulan tersebut terpegun.

Kemudian datang seorang askar berpangkat BESO (Sang Wira) mengarah kumpulan tersebut menyerah diri... Askar tersebut memang berani kerana dia tahu kumpulan yang digelar AL Ma'unah tiada sebarang senjata. Senjata yang digembar gemburkan adalah senjata yang diletak oleh perancang.

Dalam hati kami semua berkata mungkin ya... Sampai ayat tersebut beliau beredar dari kami dengan meninggalkan seribu persoalan untuk kami....dan...

Dlm. akhbar The Sun hari ini Mahathir telah mendedahkan apakah tuntutan utama al Ma'unah. Sebenarnya kumpulan tersebut telah menuntut supaya Mahatir dan ahli kabinetnya meletak jawatan, dalam hubungan pertama mereka melalui radio. Selama ini tuntutan ini didiamkan kerana khuatir rakyat akan bangun bersama menyokong al-Ma'unah.

Kalau begitu tindakan al-Ma'unah bukan lah kerana ajaran yang menyeleweng, tetapi semata-mata berpunca dari kebencian rakyat terhadap Mahatir dan penyokong yang sealiran  dengannya. Kini orang Umno keseluruhanya perlulah berfikir bijak dan wajib menarik semula sokongan mereka terhadap Mahatir sebelum terlambat. Mahatir boleh menyebabkan negara hancur. Apa yang tidak pernah berlaku di masa pentadbiran PM yang lalu telah berlaku di zaman Mahatir menjadi PM. Sekiranya negara hancur semata-mata kerana kebencian terhadap Mahatir,orang Umnolah terpaksa menanggung dosanya.

Selalunya di bawah pemerintahan diktator atau seumpamanya dan pemimpin yang korup, negara akan terbakar dengan api pemberontakan dan pertumpahan darah akan berlaku. Mungkin al-Ma'unah merupakan bunganya dan akan muncul pula baranya siapa tahu. Jadi sebelum terlambat, biarlah kita 'jatuhkan' yang seorang itu daripada rakyat terbanyak menanggung derita.

Tahniah Mahathir kerana kau dah berjaya memperbodohkan sebilangan rakyat Malaysia dengan arahan terbaru kau. Ramai yang percaya terutamanya penjilat dan pengampu yang masih bangang dan bangsat. Semalam aku berjumpa dengan ahli UMNO yang sungguh kagum dengan panglima tentera yang berjaya menawan perompak-perompak senjata tu. Dia kata tentunya panglima tentera yang bernama Zaini tu banyak ilmu hingga berjaya menawan 30 orang perompak tersebut berbekal tangan kosong. Itulah mentaliti orang-orang UMNO yang pendek akal. Percaya membabi-buta.

Kau berjaya juga menggunakan Samy Vellu untuk melengkapkan skrip kotor kau dengan menunjukkan bahawa perompak-perompak Melayu yang beragama Islam tu tidak berhati perut. Membunuh dan menyeksa seorang askar India tersebut. Kau gunakan semua saluran media untuk menunjukkan kekejaman tersebut, walaupun beritanya sukar aku nak percaya.

Mahathir!!!!!.....kaulah yang bertanggung-jawab nanti, sekiranya berlaku kekecohan kaum. Nak selamatkan diri, biar rakyat Malaysia kacau-bilau. Ciss.....jenis binatang apalah, manusia bangsat ini.

Pengarah Drama mempengerusikan mesyuarat Panel Lembaga Penapis Filem (Majlis Tertinggi) di Putra Jaya untuk meluluskan drama 'MISTERI RAMPASAN SENJATA' bagi tayangan umum tanpa sebarang potongan kepada filem drama tersebut. Sudah pasti semua ahli panel akan bersetuju dengan kehendaknya. Ahli-ahli panel penapis sebaliknya mengsyorkan supaya jika perlu penerbit dan pengarah boleh menambah adegan-adegan yang lebih 'menarik' untuk mempastikan filem tersebut mencapai tahap box-office.

Dalam sidang akhbarnya, si pengarah memberitahu wartawan bahawa skrip filem yang diarahnya adalah diadaptasi dari sebuah cerita sebenar. Katanya memang nyata pihak watak kumpulan Al-Ma'unah ujud dan mereka bercadang untuk membikin huru-hara seterusnya merampas kuasa. Katanya lagi skrip dan filem ini telah diolah supaya menggambarkan suasana sebenar kejadian tersebut.

Tunggulah nanti komen lebih lanjut yang pasti akan diberikan oleh ahli-ahli panel lembaga penapis. 

Korban Sauk di Rancang

Sangat menarik jika diteliti korban di Sauk seharusnya mewakili setiap bangsa India , Iban dan China? plus Melayu. Cukup mendebarkan jika difikirkan! Musuh yang ditentang orang berjubah, berserban, bertasbih dll bercirikan orang Islam. Di sinilah sensitifnya keadaan yang ingin dibuat. Semacam adu domba yang akan merugikan kepada bangsa Melayu Islam akhirnya.

Wallahua'lam. Mudah2an Allah jauhkan kita dari petaka ini. Kita mesti bekerja keras dan berdoa kepada Ilahi agar menyelamatkan kita dari bencana yang ingin dicipta. Marilah kita memohon kepada Allah dengan membuat sembahyang hajat beramai-ramai agar di perkenankan segala permintaan kita.

Madey kan sedang hidup dalam hostile environment? Walaupun dengan kekuatan medianya, madey terpaksa juga buat road-show untuk meyakinkan rakyat yang sudah hostile dengannya dan tongkangnya, UMNO.

Kesian..cubaannya untuk mengaitkan PAS dengan isu Sauk sudah pun dibau oleh rakyat sebelum pemimpin BA sendiri menyuarakan kemungkinan itu akan dilakukan oleh madey. Itu sangat jelas sekali daripada riak pendokong PAS dan BA di Taman Melewar semalam.

Nampaknya media yang berkuasa selama ini sudah tidak berkuku lagi. Kita lihat selepas ini bagaimana tindakan yang akan diambil oleh madey ke atas kepimpinan PAS pula dalam siri drama berikutnya yang semakin suspen!! Bottom of Form 1

Sementara itu, orang KL terus berkobar tentang kezaliman dan UMNO. Collection RM9,500 lebih. Tak sangka semangat juang rakyat begitu tinggi.

Pasti malam ini ramai yang dapat tidur lena dan tarik nafas lega. Ucapan penceramah sungguh-sungguh bermanfaat dan memberikan semangat kepada kami semua untuk meneruskan perjuangan menentang kezaliman yang dipimpin oleh Mahathir.

Syabas kepada Hanifa Maidin, Roslan Kasim, Mahfuz dan Tuan Guru Nik Aziz. Hebat sungguh ucapan TG Nik , penuh dengan kiasan, penuh dengan pengajaran dari sejarah kerasulan dan perjuangan era para sahabat untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.

Kepada orang UMNO, fikirkanlah sedalam-dalamnya dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka. Apakah perasaan kamu jika kamu sendiri yang mengaku Islam tetapi tidak henti-henti menghina Islam? Mencaci para ulama, mencaci parti PAS yang berlandaskan Islam?

Obor perjuangan terus menyala.

Reporter

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com