|
MAKLUMAT TAMBAHAN Maklumat daripada dua orang Inspektor yang terlibat dalam operasi RAW di Bukit Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar. Inspektor Pertama menyatakan kumpulan perampas terbahagi dua, iaitu kumpulan seramai 15 orang yang mengepalai rampasan senjata di Banding dan Pengkalan Hulu, manakala selebihnya yang menunggu di Bukit Jenalik. Kumpulan 15 perampas dikepalai oleh mereka yang tiada kaitan dengan Kumpulan Al-Ma'unah. Setelah kumpulan pertama melakukan rampasan, mereka pergi ke lokasi Bukit Jenalik di mana kumpulan Al-Ma'unah sebenar sedang mendalami ilmu agama secara pondok dan bersunyian. Setakat itu maklumat yang beliau tahu dan beliau menambah pandangannya sendiri, ia didalangi oleh kumpulan politik dalam negara. Maklumat dari Inspektor kedua, beliau menyatakan tidak percaya sama sekali rampasan itu satu peristiwa sebenar berlaku. Bagaimana pun anggota polis dan tentera di sekitar yang mengepung Bukit Jenalik telah membuat perisai terdiri kanak-kanak dan isteri anggota kumpulan Al-Ma'unah untuk mengelakkan mereka ditembak oleh anggota perampas yang bersenjata.
Hanya setakat itu maklumat diperolehi. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|