|
AWAS! PERCUBAAN MEMALUKAN KeADILan BAHAGIAN PERMATANG PAUH
Oleh: MOHD
SUFIAN SALLEH Sejak kemenangan BA dalam pilihanraya yang lepas berbagai peristiwa kita tempuhi dimana BA diserang habis-habisan dan banyak yang keluar masuk semula ke dalam UMNO. Sehingga kini orang yang mendakwa bahawa mereka ahli keadilan dan kembali kepada UMNO sebenarnya hanya satu lagi spesis yang seharusnya ditolak mentah-mentah untuk menyertai semula UMNO. UMNO tidak melihat ini semua hanyalah sebagai satu langkah ke arah kehancuran UMNO dengan lebih cepat lagi. Dengan mempunyai keahlian yang tidak tetap pendirian ini ianya sebenarnya banyak menguntungkan BA sendiri dari menanggung biawak hidup dalam parti.
Dalam pada itu kita seharusnya
mengukuhkan kekuatan parti yang ada dan berusaha ke arah mengukuhkan keahlian dan sambutan
masyarakat. Keadaan ini sebenarnya akan dialami oleh Keadilan Bahagian Permatang Pauh yang
kononnya akan diadakan pengistiharan keluar beramai-ramai
ahli KeADILan dan kembali semula ke
parti
ajaran sesat UMNO pada 21 Julai nanti.
Ini didalangi oleh dua orang yang kununnya adalah ahli KeADILan. Masyarakat Permatang Pauh
dah mengenali mereka ini sebagai hanyalah untuk dijadikan kambing
hitam dalam melaksanakan misi UMNO yang makin tenat dalam bahagian Permatang Pauh ,
hatta di seluruh negara. Adalah amat tidak logik jika tidak mempunyai keahlian masakan
mahu keluar dari KeADILan.??? Persoalannya ialah kambing hitam ini sebenarnya gagal dalam
melaksanakan misi untuk mendapatkan durian runtuh dalam menagih simpati dari UMNO
Bahagian Permatang Pauh , dan cara ini adalah sebagai menggambarkan bahawa KeADILan adalah
dalam keadaan tenat walaupun Presidennya
adalah ahli parlimen Permatang Pauh sendiri. Tidak lengkap jika
tidak memburukkan KeADILan walaupun ianya hanyalah sekadar
lakonan drama yang
dirancang.
Persoalan keluar masuk semula ke dalam UMNO ini tidaklah dibimbangkan sangat
bagi BA yang mendapat sokongan
majoriti hampir 10,000 dalam pilihanraya yang lepas. Dua ekor kambing hitam ini sebenarnya
bukanlah satu spesis yang amat berbahaya sehinggakan boleh menggugat parti itu
sendiri. Namun satu tamparan hebat bagi UMNO kerana keengganan KeADILan bahagian Permatang
Pauh bagi menunaikan hasrat seorang yang
ingin menjadi wakil rakyat. Adalah amat
memalukan UMNO bahagian Permatang Pauh yang sanggup mengambil sepah yang telah dibuang dan
disaluti semula dengan madu. Walaupun manis namun madunya tetaplah terasa tawarnya.
Tawarnya madu itu tidak boleh diguna pakai kerana ianya bukanlah madu yang asal. Akibatnya
UMNO hanya akan mendapat sepah-sepah yang tidak diingini dalam konteks perjuangan tulin
reformasi.
Bagi seorang
peguam kelas 3 dan bekas polis yang telah tidak mematuhi disiplin dan
disabit dengan kesalahan dadah, kemasukan 2 ekor kambing hitam ini sebenarnya amat
memalukan UMNO
Permatang Pauh sendiri. 2 ekor
Saad yang ada sebenarnya masih bebal dengan
tuntutan masyarakat yang mahukan perubahan. Walaupun
mereka ini tewas tapi kantung mereka yang penuh perlu diisi semula bagi meyakinkan Maha Firaun
bahawa UMNO masih wujud di
Permatang Pauh. Sama
ada mereka ini memerlukan simpatisme itu bukanlah persoalannya melainkan hanya
untuk membodek boss yang besar di atas mahligainya.
Walaupun UMNO cuba mengemaskinikan semula keahlian dan tarikh
menghantarnya telah terlepas 3 bulan , namun UMNO masih juga memandang
akan sepah-sepah yang dipinggirkan ini. Inilah yang akan menyelamatkan UMNO dan juga menjahanamkannya pula. Cara menyelamatkan UMNO ialah dengan
memburukkan KeADILan bahagian Permatang Pauh hatta seluruh pelusuk negara dengan
kemasukan
peguam kelas 3 dan bekas penagih dadah.
Namun kemasukan ini akan menjahanamkan
UMNO kerana adalah tidak mungkin seorang yang mempunyai prinsip akan melakukan demikian.
UMNO Permatang Pauh hanya akan wujud dengan dongengan
yang dilakonkan oleh pelakon peguam kelas 3 dan bekas penagih dadah ini.
Bagi samdol dua Saad ini pula , kelibat mereka ini telah tidak
kelihatan lagi. Bayang Mercedes pun sudah kurang kelihatan. Dengan tertewasnya
mereka-mereka ini , masa ini diambil peluang yang secukupnya bagi menaikkan semula nama si
dua samdol ini. Itupun jika masih mendapat simpati 10,000 lebihan undi dalam pilihanraya
yang lepas. Tidak ada sesiapa pun yang mengenali 2
kambing hitam ini sehinggalah tingkah laku mereka amat membosankan masyarakat
, kebimbangan tidaklah menguntungkan BA, malah ianya adalah satu rahmat yang
sentiasa boleh menjelaskan keadaan sebenar. Gunapakailah 2 kambing hitam ini moga-moga
duit yang bakal ditaburkan akan menguntungkan mereka-mereka ini walaupun terpaksa menonggek buntut kepada UMNO. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|