MAHA SESAT
Usaha untuk membongkar kisah yang sebenar-benarnya Peristiwa RAW
masih 'rancak' dan bertambah sensasi.
Seperti permainan 'jig-saw puzzle' saya yakin
jawapan tepat telah pun berada sebahagiannya di penulis 'A' dan sebahagiannya di penulis
'B' di laman-laman reformasi. Analisis dengan mencantum-cantumkan secara 'trial &
error' maklumat-maklumat yang telah tertulis itu memungkinkan satu rumusan sebenar yang
ingin dicari.
Saya sendiri pun masih meneruskan penyelidikan. Sampai ke 4.00 pagi
mencari pandangan dan maklumat.
Melalui akhbar Hari Minggu nampaknya Media cuba
menguatkan hujah mereka dengan menyamakan RAW dengan peristiwa lampau. Yang paling saya
tak setuju adalah bila disamakan dengan Peristiwa Memali.
Di New Sunday Time A
kadir Jasin pula menggesa satu badan bebas segera diwujudkan dengan dianggotai oleh orang
awam, pakar tentera dan kedua-dua parti BN dan BA. Cadangan Kadir Jasin ni pun nampak
'semacam' jerr..Terang-terang disebutnya kedua-dua parti itu.
Sebenarnya rakyat
Malaysia boleh dikatakan semuanya 'kaki-wayang'. Tak cerita melayu, cerita
hindustan, cerita Cina, Inggeris dan sebagainya. Cerita wayang yang hebat-hebat sudah
biasa ditonton oleh rakyat. Ini pun hasil dari dasar BN yang ingin menerapkan sekular.
Akibat dari kepala yang sudah 'tune' dengan cerita wayang yang lebih hebat maka cerita RAW
yang cuba ditonjolkan seolah-olahnya 'real' itu tidak berjaya meyakinkan rakyat.
Saya
teringat semasa 'kaki wayang' dulu dengan member-member. Balik menonton kita akan
bercerita kembali kisah yang ditonton itu. Dimana 'part' yang 'best', tak best, yang real
dan tak realnya. Maka tidak hairanlah kalau komen yang datang mencurah-curah di
laman-laman reformasi itu mengenai episod RAW tadi. Dan memandangkan kejadian RAW ini
bukannya filem di wayang tetapi adalah isu yang 'benar-benar berlaku' maka perbincangan
mengenainya pasti akan terus dilakukan sehingga mendapat cerita yang sebenar.
Samalah
juga dengan isu Memali. Pemerintah boleh 'menipu' rakyat di satu ketika tetapi kini ramai
yang sudah mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Yang sesat bukanlah ajaran Islam yang
sesat kerana Islam itu tiada yang sesat. Yang sesat adalah fahaman sekular UMNO kerana
menafikan hukum Allah.
Bertambahlah satu lagi gelaran buat Presiden UMNO MAHA SESAT!!
Salam perjuangan.
Sarjan Ops 2004.
|