MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PEROMPAK SKALA KECIL VS PEROMPAK SKALA BESAR

MANIFESTASI MISTERI ROMPAKAN SENJATA

Rompakan senjata yang dilakukan kumpulan Al-Ma'unah di Gerik yang baru sahaja tamat memberikan satu manifestasi secara keseluruhan yang lebih menyentuh hati nurani kita tentang apa yang mungkin terjadi seterusnya. Jika diteliti dari awal kejadian rompakan senjata kumpulan Al-Ma'unah ini nyata mereka dan 'ketua-ketua mereka' secara terancang atau tidak, secara sedar atau tidak telah melakukan satu operasi yang cukup sia-sia yang tidak memberikan sebarang pulangan malahan mereka dengan 'ketua-ketua mereka akibat permainan nakal lagi tidak cerdik, bakal memasukkan kepala dan batang leher mereka kesimpulan tali gantung yang pasti jerutan itu akan memisahkan nyawa dari jasad mereka.

Berbekalkan semangat yang telah cukup disiram titisan-titisan ilmu batin penuh aneka jurusan, diketuai oleh seorang yang diwarwarkan sebagai cukup berani, tegas lagi ganas yang mempunyai kuasa total ke atas kepimpinannya, saudara Mohd. Amin berjaya merampas sejumlah senjata berat dengan jayanya. Sejak insiden itu, satu dunia terjebak dengan sebuah drama yang diharapkan penuh dengan adegan-adegan thrill dan full-pack action tetapi yang sebaliknya terjadi. Kita dihidangkan dengan sebuah drama hambar lagi melucukan bikinan syarikat produksi tak cukup modal yang membangkitkan seribu satu persoalan dan penuh sejuta misteri.

Misteri yang paling wahid dalam drama ini, yang belum dapat diperjelaskan oleh pengarah, penerbit mahu pun golongan media ialah APAKAH TUJUAN SEBENAR MOHD. AMIN DAN AL-MA'UNAHNYA MEROMPAK SEBEGITU BANYAK SENJATA? Apakah dengan mereka hendak merampas kuasa? Apakah mereka sepakat untuk berjihad dan menemui mati syahid seperti mana yang tertera di lambang logo pertubuhan mereka? Apakah mereka mempunyai agenda untuk mendapatkan tawanan sebagai tebusan bagi mereka meminta hasrat perjuangan mereka ditunaikan.

Setelah empat hari berlalu, segala yang seharusnya normal berlaku dalam sebuah drama action pack ini tidak kesampaian. Pihak yang merampas senjata yang digelar sebagai pengganas tidak pernah bertindak seperti mana yang normal dilakukan oleh pengganas-pengganas dunia lain. Tiada sebarang rampasan kuasa. Tiada sebarang pertempuran berlaku yang membolehkan mereka kalau kecundang sebagai syuhada. Tiada sebarang tuntutan dibuat walaupun tawanan telah ada ditangan. Berbekalkan jenis dan jumlah senjata yang mereka perolehi mereka cuma sempat 'membunuh' dua orang pegawai keselamatan sedangkan mereka mungkin boleh memusnahkan satu ketumbukan tentera yang besar. Kemanakah hilang lesapnya semangat juang di dada yang dikatakan dipenuhi ilmu kebatinan pelbagai jurusan. Drama anih jenis yang tidak mahu dibikin filem oleh mana-mana syarikat produksi ini akhirnya ditamatkan dengan Mohd. Amin dan geng Al-Ma'unahnya menyerah diri bulat-bulat. Apakah bukan satu kerja sia-sia namanya ayam ditangan terlepas, tangan bukan sahaja berbau tahi tetapi digelang garikan dan batang leher akan ke tali gantung.

PEROMPAK SENJATA DAN PEROMPAK HAK MANUSIA

Saudara Mohd. Amin membawa geng Al-Ma'unahnya balik ke kampungnya bagi melakukan rompakan senjata kemudian berkhemah di Jenalik untuk melakonkan episod-episod penuh misteri. Sedarkah kita bahawa ada seorang lagi ketua perompak yang lebih besar dan lebih ganas yang jua berasal dari negeri jelapang padi ini yang lebih kurang sama ciri-cirinya dengan saudara Mohd. Amin ini. Dia mempunyai kuasa yang lebih kental dan amat digeruni oleh geng-gengnya. Dia mengetuai kumpulan berskala besar iaitu Al-UMNO punah. Orang ini lebih ganas lebih zalim dan lebih tidak berhati perut jika dibandingkan dengan saudara Mohd. Amin.  Dia telah lama menjalankan kerja-kerja merampas, merompak, merampok, menipu, memfitnah dan menghina. Dia telah lama merampas dan merampok hak kekayaan negara. Dia telah lama merampas dan memperkosa kedaulatan undang-undang negara. 

Dia telah lama memperkosa dan merobekkan kesucian Agama Islam. Dia telah lama memporak-perandakan keharmonian hidup rakyat dengan segala pembohong dan tipuannya. Dia telah lama menggadaikan dan mengabaikan maruah rakyat jelata dengan segala ugutan dan tekanan melalui 'hantu raya dan polong-polong belaannya'. Jika saudara Mohd. Amin dan Al-Ma'unahnya hanya membunuh dua nyawa, mengakibatkan seorang wanita dan beberapa orang anak menjadi janda dan yatim, tetapi di bawah kuasa orang ini dan Al-UMNO punahnya ramai telah ramai wanita menjanda dan ramai anak keyatiman. Terlalu banyak kerosakan dan keonaran yang telah dilakukan oleh orang ini.

Orang ini telah, sedang dan akan bekerja keras dengan bantuan hantu-hantu raya dan polong-polong dari Al-UMNO punahnya untuk memerangkap, menawan dan seterusnya membunuh minda-minda rakyat supaya kedudukannya tidak tergugat. Tetapi dia lupa atau sengaja buat-baut lupa bahawa dia dan AL-UMNO punahnya dengan saudara Mohd. Amin dan Al-Ma'unahnya ada banyak ciri-ciri persamaannya. Berasal dari negeri yang sama, jenis amalan yang sama, perlakuan dan sifat diri yang sama dan pekerjaan mereka pun hampir-hampir sama. Apakah mereka pernah bersama ????? Apakah persamaan ini secara kebetulan sahaja?

Saudara Mohd. Amin, perompak kecil telah nyata kecundang dan sekarang mungkin sedang meminta nyawa kepada perompak besar. Al-Ma'unah bakal dilenyapkan sedangkan Al-UMNO punah sedang merangkak dipimpin seorang perompak besar yang setakat ini kegelabahan.

RENUNGAN

Jika perompak berskala kecil seperti saudara Mohd. Amin dan Al-Ma'unah walaupun berbekalkan penuh ilmu kebatinan di dada dan disokong oleh senjata yang begitu canggih boleh melutut menyerah diri dan nyawanya, apakah terlalu mustahil perompak berskala besar walaupun punya ramai hantu-hantu raya dan polong-polong Al-UMNO punahnya (tetapi hantu-hantu raya dan polong-polong ini telah ramai terpasung atau telah dibotolkan untuk dihumban ke laut dalam. Ada pula yang tidak mahu lagi mengikut tuannya yang sewel) juga suatu saat nanti kecundang rebah melutut menyembah bumi meminta nyawa kepada rakyat semua. 

Sama-sama kita mohon doa agar kita diberi Allah umur seketika lagi untuk menyaksikan episod terakhir ending kepada sebuah drama yang lebih besar. Insya-Allah.

ROBO-GE-MEN

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com