|
JANGAN TERKELIRU TAFSIRAN 'AJARAN SESAT' Kita sama-sama ingin mengingatkan supaya jangan terkeliru dengan tafsiran ajaran sesat sebagaimana yang sedang diwar-warkan oleh pelbagai pihak melalui media perdana. Jika kita kembali kepada agama kita Islam, selain dari Islam semua agama adalah sesat, yakni menyimpang dari ajaran agama yang maha suci dan diredhai Allah. Firman Allah:
Justeru itu selain dari agama Islam, semua agama dan sebarang ajaran yang mengajak lain dari mentauhidkan Allah adalah ajaran sesat. Kita jangan terkeliru dengan kenyataan pemimpin samada Islam atau bukan Islam yang mentafsirkan 'ajaran sesat' mengikut kepentingan politik mereka. Wallahua'lam. Dipaparkan satu contoh kenyataan pimpinan yang dimaksudkan. BUKAN ISLAM JUGA BOLEH TERLIBAT DALAM KUMPULAN AJARAN SESAT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kegiatan kumpulan yang cenderung kepada aktiviti
keganasan bukan sahaja terhad kepada orang Islam malah ia juga boleh wujud di kalangan
penganut agama lain, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.
Beliau berkata orang ramai harus melaporkan kepada pihak polis sekiranya mereka mengesyaki wujud kegiatan seumpama itu di kawasan perumahan mereka bagi memastikan ia dibendung pada peringkat awal. "Saya percaya pihak polis akan menyiasat semua aduan terbabit tidak kira sama ada mereka terdiri daripada orang Kristian, Hindu atau agama lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen derma darah di Chinese Methodist (Hokkien) Church, di sini hari ini. Pada Khamis lepas, sebanyak 27 anggota kumpulan Al-Ma'unah ditangkap pihak berkuasa selepas terlibat merampas senjata api di Pos Tentera Sungai Rui dan Kem Batalion 304 Askar Wataniah di Gerik serta membunuh dua daripada empat tebusan di Bukit Jenalek, Sauk, Perak. Mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu Rabu lepas bahawa Malaysia berminat memohon laluan baru Penerbangan Malaysia (MAS) dari sini ke beberapa bandar utama di India, Dr Ling yang juga Menteri Pengangkutan berkata kerajaan belum mengadakan perbincangan rasmi mengenai perkara itu dengan kerajaan India. Perbincangan rasmi yang dijadualkan pada 6 dan 7 Julai lepas terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan satu tarikh baru sedang dicari untuk tujuan itu, katanya. Menurutnya, laluan baru yang dicadangkan itu membabitkan laluan MAS dari Kuala Lumpur ke beberapa bandar utama di India iaitu New Delhi, Mumbai, Hyderabad dan Madras. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ling menasihatkan peniaga supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan yang dilarang undang-undang seperti pelacuran, pengedaran pil khayal dan mesin slot perjudian. Beliau berkata peniaga, ibu bapa dan generasi muda harus berani menyebut perkataan "tidak" kepada semua aktiviti terbabit kerana ia adalah kuasa jahat yang boleh meruntuhkan negara. MCA akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan aktiviti tidak baik itu dibanteras sepenuhnya, katanya. -- BERNAMA |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|