MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

EPISOD RAW DI SAUK

AL-MA'UNAH DIPERANGKAP DAN DIANIAYA

Sebagai pegawai kerajaan kumpulan A yang meluat dengan Kerajaan Barisan Najis terpanggil untuk meluahkan pendapat dan pandangan saya yang berdasarkan laporan Rasmi ( Kerajaan BN ), TV, Radio, Media Cetak dan Internet ( Pro-BN atau Pro-Reformasi )

  1. Rampasan Senjata Di Kem Tentera

Pencerobohan kem memang telah berlaku dan dilakukan oleh orang yang mahir dengan ilmu ketenteraan yang terlatih yang terdiri daripada pelbagai pangkat. Dengan jelas lagi adalah pasukan tugas khas (dari Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Dalam Negeri ). Kementerian Pertahanan TIDAK terlibat dalam perancangan operasi ini. (mungkin Najib tidak tahu operasi ceroboh kem dan rampas senjata pada awalnya)

Jumlah senjata yang dilarikan TIDAK mungkin sebanyak yang dilaporkan

*catatan:

Yang peliknya bagaimana pihak media dengan pantasnya melaporkan kejadian mendahului kenyataan rasmi menteri pertahanan/ATM. Laporan dengan yakin mencatatkan bilangan dan jenis senjata. Ini bertentangan Perintah AM kakitangan kerajaan jika pegawai kem memaklumkan perkara ini kepada pihak media tanpa kebenaran dan melalui pegawai tertinggi jabatan.

  1. Penculikan Di Sauk Melibatkan Al-Ma'unah

    Saya percaya dan yakin ada kumpulan Al-Ma'unah yang dilaporkan. Semuanya telah dirancang sedemikian rupa sebagaimana pencerobohan kem tentera. Ianya boleh berlaku dengan muslihat SPY KHAS memasuki kumpulan ini dan mempengaruhi dan membawa ahlinya ke tempat berkenaan dengan maksud tertentu tanpa menyedari perangkap MAUT sedang menanti.

    Seperti yang dirancangkan, sedang ahli Al-Ma'unah berada di sana dengan aktiviti mereka, maka datanglah Kumpulan 15 yang menceroboh kem. Sebab itulah bilangan ahli mereka bertambah.

    Ahli Al-Ma'unah itulah yang sebenarnya mangsa culik sebenar atau telah ditangkap oleh K-15 khas. Sebab itu pihak keselamatan buat kenyataan dua melayu dan seorang Cina diculik (mengikut skrip asal ).

    Oleh kerana dalam K-15 itu terdiri daripada 12 melayu dan seorang Cina, seorang Iban dan seorang Cina dan takut terbongkar muslihat dan rancangan jahat mereka maka……MESTI MATI. Si Cina itu mungkin dah lepas lari dan sedang dicari.

    Jadi Al-Ma'unah diistiharkan sebagai punca angkara. TAPI ternyata nama ahli yang disenaraikan ada masalah-masalah tersendiri (masalah disiplin atau memang telah diarahkan untuk operasi ini.

  2. Bilangan Senjata Dan Kenderaan

    Kenderaan yang digunakan adalah tiga buah pajero ATM yang sebenar dan memang mampu bawa 15 orang jika dua duduk di belakang bagi setiap pajero.

    Kenderaan kereta biasa lain yang ditunjukkan adalah kenderaan yang digunakan oleh Ahli Kumpulan Al-Ma'unah yang telah dibawa dan dianiaya oleh SPY KHAS yang memasuki kumpulan berkenaan.

    Senjata yang dipamerkan adalah mengikut jumlah yang dilaporkan oleh pihak media. TETAPI dibawa oleh lori tentera/polis setelah menyedari K-15 gagal membawa senjata yang begitu banyak.

  3. RUMUSAN

    Memang wujud perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi dengan tujuan mengaibkan ATM/Najib. Mengesahkan bahawa Kumpulan Islamik adalah sesat dan berbahaya kepada keselamatan negara dan masyarakat majmuk. Sebab itulah bukan melayu dimangsakan.

    TETAPI rakyat yang rasional dan waras gagal dikelabui oleh DRAMA SAUK ini malah makin jelas bahawa Dr. Mahathir dah terdesak dan akan lakukan apa sahaja demi untuk menyelamatkan dirinya, kroni dan nepotisnya BUKAN NEGARA.

    Peristiwa ini juga adalah kayu pengukur kepada kesetiaan dan kesanggupan Abdullah Badawi berbuat apa sahaja apa yang diarahkan oleh PM sebelum dia boleh menjawat jawatan JAHANAM PM itu.

    Macam Musa Hitam buat di Memali………OK……..tetapi Musa dimangsakan juga kerana Peristiwa Memali tidak sempurna dan licin. Abdullah Badawi juga bakal menerima nasib yang lebih buruk kerana Peristiwa Sauk banyak menampakkan banyak kelemahan dan menonjolkan semuanya berpunca daripada pihak kerajaan dan gagal meyakinkan rakyat bahawa IANYA BENAR-BENAR BERLAKU.

PERSOALAN:

SIAPA YANG SESAT…..ABDULLAH “B” YANG MENGHALALKAN BEKERJA DI  PUSAT MAKSIAT ATAU AL-MA'UNAH YANG MENYERU KEPADA AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR

Catatan dari
kenari2000
PUTRA JAYA…. WASSALAM Jumpa lagi…..

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com