UMNO: SEMALANG SANGKURIANG MEMBINA CANDI BROBODOR !!
Tiba-tiba
saja seorang cendekiawan kawan lama datang melawat saya. Memang lama juga kami berkawan.
Sejak dari zaman ‘masa bodoh’ hingga sekarang. Kerana berlainan kecenderungan, kami
berpisah dipersimpangan jalan. Masing-masing menurut haluan hidup yang
berlainan. Cari makan. Tetapi, hari ini, kami akhirnya bersua dipenghujung jalan.
Alhamdulillah!! Semua atas kehendak Allah!!
Dari senyumnya saya tau ada perkara
besar yang hendak diajaknya saya berbicara. Saya tunggu. Saya katakan, “Hanya hujung
jari saya yang tidak sehebat dulu mengetip kekunci komputer, tapi minda saya taklah
sesewel sesetengah pemimpin UMNO!!”
Dia ketawa! Sambil ketawa beliau bersenda,
“You ni Amin, kalau bercakap mesti bermula dengan “UMNO” dan habispun dengan
“UMNO”. Masih sayang lagikah kepada UMNO?”
Saya jawab dengan rasa terkilan.
Kata saya (secara berkias), “You tak baca ke dalam LamanWeb reformasi? Puluhan artikel
pendek yang tertulis oleh penulis reformasi, analisa mereka, semangat dan perjuangan
mereka; tak kan lah mereka sengaja nak buang masa menulis. Saya peminat Marhaintua, Amin
Sapiro (pembohong juga saya), adik manja reformasi Tun Teja, Dahlia, Elniza, Sarjan Ops
2004….dan entah berapa ramai lagi. Mungkin saya tak keluar ke jalanraya berdemo. Betul!
Tetapi saya tahu ramai orang UMNO yang baca tulisan kawan-kawan dan adik-adik itu; saban
hari membicarakan tentang Reformasi yang menjadi nawaitu mereka!!”
Meleret-leretlah
kami bersenda-gurau sambil berbincang masalah pokok. Berkatalah kawan saya itu lagi:
“Umat
Melayu sedang berpecah belah, Amin. Berkelompok-kelompok. Jika gagal di atasi dengan cepat
dan cermat, pasti keadaan itu akan menggugat dominan dan ketuanan orang Melayu dalam
politik dan pemerintahan tanahair”, katanya.
Saya jawab dengan nada rendah,
“Jika benar ada “perpecahan Melayu” dan menggugat ketuanan Melayu; semua itu adalah
porak-peranda bikinan UMNO. Semua telunjuk menuding kearah Mahathir. Penyokong UMNO,
Menteri UMNO, pemimpin UMNO…semua!! Nak salahkan siapa?” saya tanya.
“Tak
guna cakaplah. Cuma kita ikhtiar cara membetulkan keadaan semua” katanya serius. Saya
jawab dengan selamba,”Kan sekarang ni dah betul? Pilihanraya ke-10 orang Melayu dan
tunjuk. UMNO dah lingkop…!!” kami ketawa.
Kami bersetuju atas satu fakta, iaitu
kesemua masalah ini berpunca dari Mahathir Mohamad. Selagi dia masih bersembunyi dibalik
lalang sehelai menghindar diri dari segala macam rasuah dan penyelewengannya; maka UMNO
akan hancur berkecai. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Semang, Sakai segala
bagai, bagi semua mereka sependapat – RASUAH ‘is just like weather, it affects
everybody; Dick, Tom and Harry!!”, saya kata. Dia mengangguk.
Saya kata, “Saya
tak mau cakap bersandarkan firman, hadis dan sunnah. Saya tak layak. Saya bukan ulama.
Tetapi yang sedikit saya fahami itu sudah cukup untuk memberi saya panduan dan pegangan
iaitu, Rasuah dan Penyelewengan adalah tegahan Allah swt paling keras. Jika pemimpin
melakukan rasuah; di dunia juga wajib ia diheret ke muka pengadilan. Apatahlagi kalau
pemimpin itu terang-terang memfitnah, berkonspirasi, mengugut, memaksa dan mengahasut
adu-domba, menggunakan pengendali undang-undang untuk melindungi keaiban yang
dilakukan…. adili dia!! Lepas tu humbankan ke dalam penjara..!!” (saya dah mula
berkhutbah. Padahal dia Profesor Madya).
“Betul cakap you. Masalahnya siapa nak
mulakan? Siang-siang dia dah lantik orang “nya” di Jabatan Kehakiman, Peguam Negara,
Polis, Tentera, Kakitangan Awam, Menteri, dari pemimpin Ketua Cawangan sampai
Imam-Penggawa di ceruk kampung!” jawabnya seperti orang terdesak.
Saya kata,
“Masalah sebenar bukan itu saja. Orang Melayu yang diatas-atas tu dah “mampos
jiwa”nya. Banyak yang ada pendidikan, tetapi hati-hempedu lebih teruk macam saya ni yang
tak cukup pelajaran. Macam orang kampung, nelayan dan setenggan; you ingat diorang tak tau
‘baca’ ke?” saya tanya. Dia terdiam.
“Sekarang, saya baca cerita drama di
Sauk, hampir semua orang yang datang lawat saya ketawa saja. Semua kata tak hairan!!
Agenda Mahathir dan puak konspiratornya mana ada hujung pangkal. Lain kesah saya tak
peduli, tetapi kalau 15 orang nak pikul lebih 100 laras M16 dengan ammo panjat bukit ulang
alik dekat setengah batu dalam tempoh 2 jam; nampaknya diorang tu lebih handal dari
Sangkuriang membina Candi Brobodor dalam tempoh se perempat malam!! Kerana terlampau
riak-takbur hingga melanggar pantang, tertidur sekelap - malam pun siang!!” Kami ketawa lagi!!
Ketawa
kami menarik perhatian jururawat bertugas yang mengawasi kesihatan saya. Melihat saya
ketawa gegak gempita, dia berkata, “Pak Amin dah sehat sangat ke?”. Saya tergamam.
Saya tanya diri saya, “Saya dah sehat ke?”.
Seperti orang bodoh saya buka teori
lama saya. Saya kata, “Mahathir ni tak mahu menerima baka Melayu sebagai pucuk pimpinan
politik negara. Mahathir ada kepentingan “mega”nya. Inilah faktor penyebab maka
Musa Hitam, Ghafar, Ku Li dan Anwar…entah siapa lagi menerajui kepimpinan negara;
apatah lagi menjadi teras kepada bangsa!”.
Kawan saya menjawab, “Macamana you
boleh kata begitu?”
Saya jawab,”Sebab Mahathir dah nampak orang Melayu nih
terlampau lurus. Ketua jalan bengkok, disangkanya lurus. Kalau orang Melayu pandai
bengkang-bengkok macam Mahathir, Samy Vellu, Leong Sik, Lim Kheng Yeik… Lim Ah
Lek, dah lama Mahathir letak jawatan! Tapi malangnya orang Melayu masih ikut cara Tunku,
Tun Razak dan Hussein Onn. Cuba orang UMNO di MKT yang 15 orang itu depan Mahathir cakap
“Yes, Sir” tapi belakang-belakang buat konspirasi ‘tumbangkan Mahathir’…saya
fikir dah lama salah seorang dah jadi PM baru. Saya garenti selamatlah UMNO, selamat
bangsa dan ugama!!”. Terperanjat beliau!!
Sebelum sempat beliau mencelah, saya
“sumbu” lagi, “You orang cendekiawan. Cuba turun padang laaa! Janganlah duduk di
awang-awang saja. Sekadar membuat analisa politik menggunakan ‘desk-top komputer’
saja, tak guna. Tak realistik!! Seorang cendekiawan memandang politik “one-way
street”. Padahal Mahathir dan jongos-jongos mengamalkan “extra-politics”.
Maksud saya, Mahathir akan gunakan ugut-paksa bila dia tersepit. Itu macamlah jadi
orang politik..! hehehe”. Kami ketawa lagi
Mengangguk beliau. Bersetujulah
nampaknya. Bertanya pula dia, “Bagaimanakah keadaan ini harus di atasi? Ke manakah
akhirnya Melayu yang sedang berpecah belah dan sedang diganggu gugat ketuanannya
(kununnya) sekarang?”
Saya jawab, “Tidakkkk…. Jangan kita serkap jarang.
Orang Melayu tak berpecah. Yang berpecah itu ialah UMNO. Orang Melayu dah sekumpul-sepakat
menentang UMNO. Persoalan-persoalan yang berbangkit sekarang –perpecahan orang Melayu
hanyalah “bayang-bayang” cuma. Sebenarnya tak ada!! Keutuhan politik Melayu dan
dominan Melayu sudah lama tergugat kerana Mahathir ada agenda tersembunyi sebagai
melengkapkan rencananya untuk berkuasa sampai mati…!! You tak caya lagi? You tengok apa
Dolah Bedawi. Apa sudah jadi? Mengayun dagu sampai tinggal gusi…tak juga jadi Perdana
Menteri..!!”. Kami ketawa lagi.
Setelah reda kami ketawa, saya sambung,
“Kesetiaan Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi total. Kununnya ahli UMNO
3.0 juta. Yang dah mati, yang cabut lari tak masuk aci? Macam si Khalil bilang 3 juta
dengan jari kaki. Heheheh…!!” ketawa lagi.
“Yang berkrisis itu adalah
UMNO.” saya sabung lagi. “PAS tak berkrisis. KeADILAN pun tidak. Pengikut dan
penyokong Anwar jauh sekali. Mereka solid-molid. Hanya Mahathir saja yang berkrisis dengan
orang Melayu seluruhnya. Dia dah istihar perang saraf. Jadi, yang cemas dan dalam
“fear” hanyalah Mahathir, jongos-jongosnya, kroni politk dan proksinya saja. Kerana
“fear” Mahathir diakhir-akhir ini sudah jadi “phobia”; maka dia mengamalkan
“bigotry”. Maknanya Mahathir sudah ‘jittery’ dengan ragam dan isu-isu
keugamaan, politik dan perkauman. Sebab, Mahathir terlampau banyak melakukan kesalahan!
Rakyat dah berdendam..!!”.
Termenung dia. “Logik cakap you. Sakit-sakit pun you
ni berteori juga ke?” balasnya.
“Takkk…bukan apa!! Saya nampak apabila ada
saja masalah politik dan ekonomi dalam negara, Mahathir hasut UMNO supaya libatkan PAS.
Seboleh-bolehnya justify dengan mengkaitkan PAS dengan isu ugama. Sudah tu
bangkitkan, momokkan dengan isu perkamuman. Tak cukup dengan itu, “pak Sauk” yang
direncanankan sendiri ‘menceroboh’ pun dilibatkan dengan politik, ugama dan PAS
…Pembangkang!! Apa punya PM yang UMNO dapat? Dolah Bedawi pun satu punya bangang
..!! Ikut saja apa kata si Mamak Tongkang”. Kami ketawa lagi.
Saya sambung,
“Malangnya, dipalitkanlah kununnya orang Melayu berkrisis! Itulah bijak putar-belit si
Mamak P***M** niiii” saya kata. Kami ketawa keluar air mata!! Hahaha…
Bertanya
beliau, “Tidak ke you fikir persekongkolan cauvenis DAP dengan ekstrimis PAS yang
bergabung dengan para pendokong reformasi penyebab kepada krisis ini?”
Saya
jawab, “Itu fasa kedua. Jika DAP digelar cauvenis dan PAS digelar ekstrimis; bagaimana
dengan kombinasi BN selama 40 tahun ni? Lihat bagaimana Mahathir membangkitkan isu “PM
bukan Melayu” dan reaksi “senyap” MCA? Tidakkah itu menunjukkan bahawa Mahathir tahu
bahawa parti politik di negara ini masih jauh dari “berhaluan tengah”? Orang yang
membahaya dan berpotensi menghancurkan dominan politk bangsa Melayu sebagai bangsa
tunjang di negara ini dipelopori oleh “taukeh besar” UMNO itu lah! Bolehkah masalah
yang bakal timbul dipandang ringan dan disapu dibawah gulung tikar? Si Hishamudin (bangang
punya budak) cakap macam budak tadika!! Kenapa Mahathir tidak merujuk kepada UMNO atau
orang Melayu dan mendapat mandat sebelum bercakap? Apa…Mahathir fikir negara ini
kepala bapak dia punya ke? Dia fikir telinga orang Melayu semudah itu dipulas?”.
Saya
minta maaf kepada kawan saya itu kerana terkasar bahasa. Dia senyum!! (kalau nak marah pun
dia punya pasal lah! dah mintak maaf dah lah!!)
Beliau menjawab, “Saya kira,
Mahathir memang bertujuan cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang survival bangsanya.
Mungkin dia fikir untuk meniupkan keinsafan dan kesedaran kepada bangsa Melayu dan
pemimpin Melayu, itulah caranya pada sangkaannya. Mungkin dalam hatinya cuba menunjukkan
bagaimana buruknya kesan percaturan politik sekarang, dan kesannya kepada dominen dan
masa depan Melayu” katanya.
Saya jawab dengan selamba, “Masalah dominan politik
orang Melayu akan runtuh hancur lebur sekiranya Mahathir masih lagi beragenda untuk
berkuasa terus-menerus. Bukan bermakna, Mahathir mau berkuasa terus kerana mahukan orang
Melayu jadi bangsa dominan. Saya fikir sebab Mahathir “has one too many ‘tengkoraks’
in the closet..!!”. Kami ketawa lagi.
“Tapi Mahathir tak sedar, makin
orang Melayu ditindas, makin pula orang Melayu insaf ketuanannya tercabar!! Jangan
Mahathir nak bersandiwara. Dia membahayakan politik orang Melayu!! Yang rugi dirinya.
Orang Melayu dah ada Barisan Alternatif ..bermaksud ‘alternatif’ dalam ertikata
sebenar!!”. Jawab saya.
“Selagi Mahathir dan sekongkolnya masih ada dalam UMNO,
mengamalkan politik “Negara Pisang”, UMNO/BN akan terus kecundang. Orang Melayu sudah
mulai menunjukkan rasa tanggungjawab mengatasi krisis politik orang Melayu dengan
menyebelahi Pembangkang. Kerana, ini adalah hak dan tanggungjawab mereka sebagai satu
bangsa dan satu agama. Mereka terasa dijajah. Tak kira samada Melayu UMNO, Melayu PAS
atau Melayu KeADILan, PRM; mereka semuanya meyakini islah dan gerakan REFORMASI yang
menentang Kezaliamn dan menegakkan Keadilan! Maknanya orang Melayu dah mentafsirkan
politik mereka melampaui isu “Anwar”!!” saya kata.
“Betapa tidak? Satu
dunia sudah nampak bahawa Mahathir melakukan suatu keaiban paling dahsyat dalam sejarah
Melayu moden. Seorang bertaf PM menjadikan bakal penggantinya “political prisoner”,
menggunakan seluruh jentera Kehakiman dan Perundangan, Polis, Mass media dan seluruh
jentera parti untuk membunuh jiwa rakyat dan merampas hak asasi mereka. Pasti orang Melayu
tidak terlepas dari memikul tanggungjawab menyahut tuntutan mereformasikan minda
bangsanya. Tidak ada siapa yang boleh menafikan amanah dan tugas besar ini akan hanya
tercapai tanpa kesedaran rakyat. Kalau you tak percaya, lepas Terangganu, mungkin Pahang,
Kedah, Perak, Selangor… akan terbalik semua menyokong Pembangkang!!” sambung
saya.
“Perjuangan orang Melayu sudah melampaui faktor Anwar. Itu pandangan umum.
Mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO/BN. Mahathir memang Rasuah. Itu sah! Kerana
itu, rakyat sudah angkat senjata untuk memerangi Mahathir dan UMNO sebagai pelindung
Rasuah. Dengan PAS, KeADILan-PRM dan DAP dalam satu barisan yang didukung rakyat, saya
yakin UMNO dan komponennya tidak akan bernyawa lagi.”
“Cuma syarat mutlaknya,
Pembangkang mesti aktif bersama rakyat. Jangan setakat asyik berceramah loghat-ligat.
Rakyat dah jelak-muak dengan ceramah. Rakyat mahu sesuatu yang substantif.
Ingat…satu ini…”Mahathir does’nt give a damn about laws! Shall we then?”
Terperanjat beliau!! Terdiam!
“Jika UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat,
parti itu perlu mecontohi komitmen komponen Pembangakang, kebebasan dan keberanian para
pemimpin mereka untuk meletakkan parti mengatasi pemimpin. Pemimpin yang busuk wajar
dibuang. Malangnya, UMNO membuang SALAH ORANG!!”
Dia mencelah, “Bagaimana
dengan pengembelingan DAP, PAS sanggup terima?”
Saya pintas, “Mengapa UMNO
sanggup terima MCA? MIC? GERAKAN? Sampai Melayu Pulau Pinang tertindas? Dihalalkan! Kenapa
UMNO langsung tak ambil kesah? Kerana takut kaum Cina berpaling tadah? Bermakna Mahathir
main kejit mata dengan komponen BN! UMNO pulak bangang…mengizinkannya!! Tapi DAP adalah
sebaliknya. DAP cuba dengan keupayaan yang ada menterjemahkan dasar PAS kepada kaum
Cina – bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik yang wajar dituduh ekstrimis,
fanatik dan bermusuhan. Kit Siang sendiri mengakuinya di Australia. Ini yang sebabkan
Mahathir takut. BN dah ketinggalan jauh!! Sebab masing-masing sebok mengisi tembolok.
Berketuakan orang nyanyok! langsung parti hancur. Remok..!!” Dia tersengeh.
Sambung
lagi, “UMNO/BN makin takut kerana orang Cina sudah mulai tidak ‘ngeri’ kepada
PAS. Dengan perubahan kepada dasar “Haluan Tengah” yang dipeloporkan oleh KeADILan,
maka kaum Cina dan India sudah mulai memandang gabungan Alternatif sebagai “workable
solution to the present political predicament”. Ini melariskan dasar BA dari aspek
ekonomi dan pelaburan. Bab yang ini, saya nampak UMNO/BN sudah 1000 batu jauh
ketinggalan”
Saya tambah, “Paling buruk sekali, UMNO merestui perampasan hak
asasi dan kebebasan rakyat. Mahathir menggunakan mahkamah dan undang-undang bagi menyekat
kebebasan itu. Kebebasan media disekat dan wartawan diugut melalui proses yang
bukan-bukan. Walaupun Negara ini terbentuk melalui undang-undang sekular British, namun
sistem perundangan itu pun telah dimusnah-hancurkan oleh nafsu-nafsi Mahathir. Hakim-hakim
dan Peguam Negara diugut dan dikorap, hingga Hakim, pegawai Polis dan BPR tidak lagi
memperlihatkan satu tahap amanah dan kebebasan bertindak mengikut amalan sebuah negara
bertamaddun”.
“Mahathir tak habis-habis menyalahkan semua pihak melainkan
dirinya. Doa ingat semua orang buta? Ini bersesuaian dengan “Theory of Fear”.
Sementara di belakang tabir, beliaulah yang meletakkan jambia ke leher semua. Kecuali
lehernya. Mahathir fikir orang tidak tau? UMNO tahu, Pembangkang tahu, kakitangan awam
tahu, Polis tahu, Hakim tahu, Peguam Negara tahu, Tentera tahu, YDP Agung tahu,
ulama Islam tahu….rakyat tahu! Mengapa orang tidak melakukan penghukuman? Jawabnya
mudah: Orang Melayu tidak sepakat. Orang Melayu dalam UMNO banyak dah jadi
“pijat-pijat”. Orang Melayu masih sanggup menerima!! Masalahnya, tak ada satu biji
mata orang UMNO bertanya sesama mereka..” sampai bila”? Sampai kiamat ke?”
Masa
melawat sudah tamat. Beliau beredar. Di wajahnya nampak hati beliau penuh debar!! Pita
rakaman saya juga sudah sampai ke penghujung litar. Mungkin dailog kami sudah cukup
mencabar minda seorang cendekiawan!! Tak sangka bilik rawatan ini pula sudah jadi tempat
berceramah.
Amin Sapiro (Ahli UMNO atas Pagar
Berduri) (Dari katil rawatan)
|