UMNO SELANGOR SEMAKIN NAZAK!
Petanda UMNO Selangor semakin nazak jelas dilihat
dari ceramah Maulidur rasul yang diadakan di sebuah dataran khas di sebuah Bahagian
yang boleh di hadiri oleh 800 ke 1000 pendengar. Mereka yang hadir jumlahnya tidak sampai
60 orang. Dari jumlah yang hadir itu pula sebahagiannya adalah SB-SB dan rakan-rakan BA.
Selepas
ceramah saya telah mendengar sembang-sembang di kedai kopi. Kata seorang dari mereka
'bagaimana ini boleh terjadi? Walhalnya kalau satu cawangan; ketua dengan 4 anak buahnya
datang bermakna dengan lebih 80 cawangan sudah tentu paling kurang 'crowd' yang ada 400
orang.'
Tinjauan rambang ke akar umbi menunjukkan beberapa sebab penyokong UMNO
marahkan PM. Golongan tua kampung marahkan isu 'Bukan Melayu Boleh Jadi PM'. Iye, mereka
masih ingat semasa kempen pilihanraya dulu penggerak kemas telah berkempen 'kalau
pembangkang perintah Cina akan jadi PM'. Sekarang ni PM sendiri pulak kata Bukan Melayu
Boleh jadi PM. Nampaknya orang kampung pun sudah sedar 'putar-belit' mainan UMNO dari dulu
kini dan seterusnya..
Punca lain yang dikenal pasti adalah terdapatnya banyak kem
dalam UMNO Selangor. Kem Ahli Parlimennya lain manakala kem ADUN di bawahnya lain pula
orangnya. Inilah dasar pecah-perintah yang sekarang ini akan memusnahkan UMNO Selangor.
Masing-masing saling mem'boikot' aktiviti anjuran kem-kem yang tak sehaluan tersebut.
Selain
dari itu diberitakan Putra Jaya akan menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan menjelang
September 2000 ini. "Hard-Core' UMNO Selangor diberitakan tidak setuju. Namun kata
mereka kalau itu sudah kehendak PM siapa pun tidak boleh menghalang. Maka terdengarlah di sana-sini mereka berkata "aku memang masih kuat dengan UMNO tapi 'sorang' tulah
sahaja yang aku tak suka".
Jelaslah UMNO kini semakin nazak!. Tidak hairanlah
maka langkah drastik seperti Drama Rompakan Senjata terpaksa dilakukan untuk memburukkan
imej PAS.
Apakah pula 'plan' PM seterusnya?. Terdapat unsur cuba memaksa rakyat
menyokong BN/UMNO dalam usaha/formula PM kebelakangan ini. Bukan Melayu ditakutkan dengan
gambaran seolah-olah PAS adalah ganas. Kepada Melayu UMNO yang semakin tertarik dengan KeADILan, secara halus UMNO mencipta fitnah seolah-olah 'perpecahan teruk' sedang berlaku
dalam Parti KeAdilan Nasional itu. Namun umpama kata pepatah Inggeris ' mereka boleh
menarik kuda ke sebuah kolam, tetapi mereka tidak boleh memaksa kuda tersebut meminum air
di kolam itu'. Inikan pula manusia.
Pilihlah antara satu kolam BN/UMNO yang keruh dan
kotor dengan kolam BA yang jernih dan bersih. Kolam yang manakah pilihan kita untuk
bermandi di dalamnya!.
Oleh yang demikian Barisan Alternatif mestilah bergerak dan
terus bergerak mendekati rakyat khususnya mereka yang dulunya begitu taksub dengan
BN/UMNO. Tanda-tanda hati mereka kini telah terbuka untuk perubahan semakin jelas
kelihatan. Hanya 'ego' mereka sahaja yang mungkin menjadi penghalang untuk mereka membuat
keputusan segera. Dan sebaiknya biarlah orang 'lama' yang berpengalaman dan berilmu
memainkan peranan untuk menawan hati mereka ini.
Apa pun jua yang pasti kita perlu
teruskan perjuangan seperti maksud surah Al-Asr " pesan-memesanlah dengan kebenaran
dan pesan memesanlah dengan kesabaran, jika tidak kita semua akan berada dalam
kerugian".
Salam Perjuangan,
sarjanops2004@hotmail.com
|