MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SIRI 2 MENGINTAI RIAK TSUNAMI

AUM.. CAK!

Begitulah lucunya skrip sebuah drama ala rambo, terbitan PBN, sebuah syarikat pengeluar filem yang besar dan tersuhur, yang motif dan penghujung ceritanya kita sudah TST, (tau sama tau atau tiub sama tayar?) singkatan yang sangat popular digunakan pada suatu ketika dulu, terutamanya apabila didapati pasangan teruna dan dara saling bertukar senyuman....

Hati bagai digeletek, apabila meneliti dan jadi penonton jarak-jauh sebuah drama yang in 'the final curtains', di mana penonton diberi 'privilege' untuk menentukan atau memberi tajuknya. Tajuk yang popular yang agak sensasi dan sesuai bagi drama (bersiri mungkin?) ialah 'RAW', seperti yang tertera dalam Laman-Web Mindarakyat dan FeU ini. Tetapi bagi saya ia masih dalam bab.. .'Mengintai Riak Tsunami' di bawah tajuk baru..'AUM...CAK!'

Apa Itu 'Aum...Cak'

'Aum...cak?' ini, ialah suatu kaedah orang dulu-dulu untuk menghibur atau merangsang kanak-kanak, supaya senyum dan ketawa, terutamanya ketika mereka gelisah dan menangis. Caranya, tutup muka kita dengan ke dua belah tangan, sambil membunyikan 'aum'... kemudian lepas tangan, sebut ..'cak?' muka dan mata kita hendaklah tertumpu kepada muka bayi atau kanak-kanak itu sambil kita senyum. Biasanya mereka akan segera senyum dan ketawa, walaupun ketika menangis kecuali mereka sakit..

Bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah pula, biasanya sekolah rendah, mereka menjadikan 'aum..cak' ini sebagai suatu bentuk permainan yang ada kesamaannya dengan ' main sorok -sorok'.
Sebagai permulaannya, seorang untuk menjadi 'Si Pencari' akan dipilih dengan memilih keratan lidi yang ganjil, samada lidi panjang atau pendek. Lidi ini digenggam dalam tangan seseorang supaya tidak kelihatan keganjilannya itu. Apabila sudah dapat, Si Pencari akan menyebut perkataan 'aum' (lama menyebut, mengikut budi-bicaranya), sementara rakan -rakannya lari dan menyorok. Kemudian si pencari itu akan menyebut 'cak?' kepada orang pertama yang dijumpainya dan orang itu pula akan mengambil alih sebagai Si Pencari. Tempoh pencarian itu juga ditetapkan dengan membilang angka yang telah dipersetujui sebelum permainan bermula. Permainan ini merupakan permainan tradisional kanak-kanak di kampung masa dahulu, di mana kelengkapan sukan dan buku amat berkurangan.

Tetapi bagi orang yang sudah dewasa 'aum..cak' itu bolehlah disamakan dengan 'gotcha' or 'catch you'.. atau 'dapat tangkap', 'dapat tau'dll. Contohnya dalam alam cyber ini, jika seseorang itu ada kemahiran dalam computer atau boleh menilai cara/gaya seseorang itu berkomunikasi maka betapalah seseorang itu hendak menyorok identitinya, pasti akan diketahui...dan orang yang mengetahui itu akan mengusiknya dengan mengatakan...'aum...cak?'. Begitulah serba ringkas mengenai istilah 'AUM...CAK' ini.

Berbalik pula dengan drama tadi. Yang menjadi anti-klimaksnya ialah, belum pun selesai drama itu, penonton sudah muak dan keluar.  Mereka seolah-olah tahu akan kesudahannya, biar pun ceritanya merupakan sebuah lagi episod dalam siri ' the never ending story'. Walau pun tujuan drama itu dipentaskan adalah untuk memukau penonton namun suasana sudah terbalik-court. Reaksi dan tindak-balas penonton, yang rata-rata lebih pintar {dan generation-gap?}, pula yang membuat sang sutradara itu 'berpinar' mata dan kelihatan 'mutu'  seperti ayam 'monyok'.
Betapa tidak, publisiti drama itu terlalu berlebihan dan over-exposed, tidak berpadanan dengan plotnya yang amat 'shallow'. Olahan ceritanya mirip filem Tamil keluaran Selatan Benua India. Mula
-mula crook kelihatan macho pakai baju celoreng, lepas itu, apabila senjata disandang, tetiba mereka 'jatuh' alim dan pakai serban merah-putih {sama warna baju pepuak UMNO je?}. Kemudian sempat lagi makan durian...berkonvoi sana-sini, pendek kata, memang 'enjoy' sakanlah crook tu!

Mungkin disebabkan kekenyangan makan durian atau terlalu seronok dapat senjata..mereka mula mabuk..terus berpesta membuang peluru dengan menembak ke udara. Crook yang mula-mula macho kemudian bertukar jadi alim tadi..last, last dilihat macam 'kera kena belacan'..Bila sudah kena belacan, maka 'hero' { klon Sivaji Ganesan/MGR?}  tunjuk berani...dengan tangan kosong, solo pulak tu, dia merempuh masuk, maka habis 'cair' ke semua 30 orang perompak itu. Hmmm....lebih 'terror' lagi Ali Baba dengan 40 orang pencuri di Kota Baghdad...ke..ke..ke.

Nasib baik tidak pulak ditunjukkan babab nak bunuh diri atau sedu -sedan yang menggila seorang heroin, klon Sri Dewi mungkin, {eh,ada ke heroin?} yang biasanya jadi penyeri setiap filem Tamil itu... atau pun adegan menyanyi dan menari keliling pokok durian...naik-turun gunung dan berlawan dalam keretapi hingga ke laut biru. Cuma adegan tembak-menembak yang kena sipi-sipi aje yang buat 'spoil', kalau tidak, huh! boleh menang dalam pesta filem Madras tuh. Siapakah gerangannya sutradara ini? Jika melihat plotnya, mungkin ini sutradara import kot? Hmmm...terbayang muka pengarahnya... hebat..hebat ke..ke..ke.

Sudah dikatakan tadi, drama/filem ala Madras ini bertujuan untuk memukau penonton. Pada mulanya nyaris-nyaris juga mereka terpukau tetapi oleh kerana bab, Sivaji Ganesan/MGR dan Sri Dewi, menari dan menyanyi pusing-keliling pokok, terutamanya pokok durian, tidak ada, maka mereka hanya 'goga' sekejap aje. Goga mereka itu hanyalah macam gemparnya melihat seekor bapak biawak yang merangkak di halaman rumah kerana mengintai anak ayam yang baru turun sepuluh. Lepas dihalaunya biawak itu, nak ditangkap tidak dapat kerana biawak itu pandai dan cepat melarikan diri, maka suasana boleh dikatakan, buat sementara ini kembali normal.

Tapi rasa-rasanya keadaan normal ini mungkin tidak lama, sebab sutradara ni memang berazam untuk memenangi 'award' dalam festival yang akan datang...mungkin kali ini dia akan mengarah dengan budget yang lebih besar, menggunakan peralatan yang lebih canggih dan pakar sound-effect diimport, untuk mengwujudkan adegan ribut dan gelombang Tsunami yang diidam-idamkan selama ini. Kalaulah itu yang menjadi keutamaannya, ribut/gelombang Tsunami sebenar mungkin akan menjelma, dan dikhuatiri sutradara ini dan artis-artis yang memegang watak penting dalam setiap arahannya akan mati lemas...



Tun Teja




Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com