|
URUTAN DRAMA RAMPASAN SENJATA K-15 MAKLUMAT TAMBAHAN Maklumat dari 'perisik khas' memberitahu R. Segadevan, anggota yang dikatakan terkorban dalam peristiwa drama rampasan senjata di Bukit Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar, baru ditukarkan kira-kira 3 minggu lalu di Balai Polis Kati, Kuala Kangsar. Bagaimana pun tidak diberikan maklumat dari manakah beliau sebelum ini. Sementara itu beberapa anggota polis hutan Ulu Kinta memberikan maklumat bahawa mereka ditugaskan membawa Unit Perisik dari Kuala Lumpur pada jam 1.00 pagi Ahad (3 jam sebelum) trgadi rampasan di Banding dan 4 jam 30 minit sebelum rampasan senjata di Kem 304 Wataniah Pengkalan Hulu. Bagaimana pun kenyataan anggota itu memberitahu mereka tidak diberitahu tujuan sebenar operasi jam 1 pagi itu. Menurut maklumat itu lagi, unit perisik sudah sampai ke Ipoh (Ulu Kinta) pada pagi hari Sabtu. Mereka berehat sementara menjelang operasi jam 1 pagi Ahad.
Minda Rakyat mengesahkan kebenaran maklumat ini. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|