MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DAKWA ABU HASSAN OMAR YANG MENGHINA ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SELANGOR

Saya begitu berminat untuk meneliti perkembangan yang berlaku ekoran operasi pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Petaling pada 10 Jun 2000, khususnya selepas kenyataan Menteri Besar Selangor yang merumuskan bahawa tangkapan itu adalah kekhilafan dalam mentafsirkan undang-undang sehingga mengakibatkan semua yang ditangkap tidak didakwa.

Tindakan campur tangan Menteri Besar Selangor dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang mengulas penangkapan oleh pihak JAIS itu cukup serius dan boleh menyebabkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dipandang rendah dan seolah-olah dipersenda.

Walhal saya dimaklumkan bahawa operasi tangkapan itu dibuat melalui prosedur yang lazim berdasarkan undang-undang sedia ada, yang telah pun diperkenankan oleh Sultan Selangor pada 10 Januari 1996. Dan mengapa pula pihak MB Selangor sewenang-wenangnya memberi komen yang merumuskan bahawa penguatkuasa JAIS tidak tahu undang-undang. Sedangkan itu bukan dalam bidang kuasa MB lagi. Ia adalah campur tangan yang serius yang membawa natijah buruk kepada perlaksanaan undang-undang di negeri itu.

Sepatutnya kita berikan peluang buat mahkamah untuk memutuskan sama ada tindakan penangkapan itu dilakukan menurut peruntukan undang-undang atau tidak dan ia boleh dijadikan precedent dalam kes-kes akan datang. Jika mana-mana pihak merasakan mereka yang ditangkap itu teraniaya, mereka sepatutnya mencari barisan peguam terbaik untuk mewakilinya di mahkamah dalam perbicaraan nanti, dan bukannya dengan memanggil Pengarah JAIS dengan "tekanan" supaya kes itu ditarik.

Dengan latar belakang itu, saya memutuskan untuk membuat laporan kepada pihak JAIS, supaya diambil tindakan kepada Menteri Besar Selangor, Abu Hassan Omar, yang saya percaya telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 di bawah Seksyen 10(c) :

"Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau …. Mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan …"

Kenyataan penuh akan saya berikan dalam laporan bertulis kepada Unit Penguatkuasa JAIS, Seksyen 10, Shah Alam, Selasa, 11 Julai 2000, jam 11.00 pagi.

AHMAD LUTFI OTHMAN

"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com