ADAKAH ANJING YANG SETIA AKAN MENGGIGIT TUANNYA ?
Anjing merupakan
sejenis binatang yang amat setia kepada tuannya. Sebab itulah anjing merupakan
binatang yang banyak digunakan oleh manusia, bukan sahaja untuk menjaga rumah, malah untuk
berburu, menyerang, mengesan dan menjadi teman manusia. Dalam pasukan polis sendiri,
anjing banyak digunakan untuk mengesan penjenayah dan dadah, malah polis mempunyai Unit
Anjingnya sendiri untuk tugas –tugas yang dimaksudkan tadi.
Saya membawakan kisah
anjing ini bukanlah dengan niat untuk menghina atau merendah-rendahkan sesiapa tetapi
untuk memberi suatu gambaran betapa kesetiaan anjing kepada tuannya, dari satu segi
amatlah wajar dicontohi, tetapi dari satu segi yang lain ianya adalah satu keburukan yang
amat menjijikkan. Saya ingin membuat perbandingan ini terhadap pasukan polis kita yang
semenjak Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa kebuasan dan keganasan si puaka
Mahathir hampir 2 tahun yang lalu, benar-benar menunjukkan perangai seperti anjing dalam
tindakan mereka ke atas orang yang tidak sehaluan dengan pemerintah. Garang dan buasnya
polis ke atas rakyat yang tidak berdosa semata-mata kerana menentang kezaliman Mahathir,
bukan main lagi lagaknya dan saling tak tumpah umpama seekor anjing yang saya nyatakan
tadi. Tetapi apabila sesuatu kes itu melibatkan pihak pemerintah, polis akan
‘mengedek-gedekkan’ ekornya dengan sejuta alasan dan dalih. Kita lihat beberapa contoh
yang sudah termaklum yang melibatkan integrasi polis Malaysia, seperti di bawah 5 Laporan
Polis DSAI ke atas Rafidah Aziz, Daim Zainuddin dan kroni dimana sehingga sekarang polis
tidak mengambil sebarang tindakan walhal telah setahun lebih laporan itu telah dibuat.
Laporan
Polis Berhubung Dakwaan Dato’ Shafiee Yahya
Pada 12 Jun lepas, Dato Shafiee Yahya
telah mendedahkan di mahkamah betapa Mahathir telah mengarahkan agar kes rasuah Ali Abol Hassan
ditutup. Perbuatan Mahathir tersebut merupakan satu jenayah yang
terang-terangan dilakukan oleh seorang manusia yang ‘kununnya’ menentang amalan
rasuah dan sanggup memenjarakan bekas timbalannya sendiri atas dakwaan dan tuduhan yang
sama sebelum itu. Serentak dengan itu DSAI telah membuat laporan polis meminta agar
disiasat perbuatan jenayah tersebut. Ini diikuti dengan gerakan laporan secara
besar-besaran oleh Pemuda Keadilan yang diketuai oleh Sdr Ezam ke seluruh negara. Laporan
demi laporan dan tanda tangan rakyat telah dikutip untuk menunjukkan kesungguhan mereka
mendesak pihak polis menyiasat Mahathir.
Episod membuat laporan polis secara
besar-besaran ini rupanya telah mengecutkan perut dan telur Mahathir serta membuatkan
beliau tidak dapat tidur lena. Manakan tidak, bimbang juga kalau-kalau si Norian Mai
‘turun syehnya’ dan mengarahkan agar Mahathir ditangkap. Gerakan laporan yang
dibuat oleh Pemuda Keadilan inilah yang menyebabkan Mahathir tidak senang duduk
sekembalinya dari Mesir. Serba tak kena dibuatnya dek laporan polis yang luar biasa itu.
Hendak dinafikan mana boleh sebab apa yang dikatakan oleh Dato Shafie itu memang sesuatu
yang benar. Tiada yang tidak benar melainkan semuanya benar ! Kita perhatikan
sekembalinya dari Mesir itu, Mahathir tiba-tiba menjadi seorang yang ‘pendiam’.
Persoalannya
sekarang ialah, beranikah polis yang diketuai Norian Mai, yang mendapat pangkat dan
jawatan sebagai KPN itu pun atas kasihan belas dari Mahathir, untuk menangkapnya ? Berbeza
dengan Rahim si Bapak Anjing dulu, si Norian ni nampak ‘low profile’ sikit. Mungkin
untuk menampakkan profesionalismenya sebagai seorang yang ‘berkecuali’ dalam isu-isu
tertentu. Saya berpendapat, seekor anjing yang jinak dan sentiasa mendapat jagaan yang
baik dari tuannya, tidak mungkin akan berani hendak menggigit tuannya. Anjing memang
sejenis binatang yang amat setia dengan tuannya. Malah bukan sahaja setia tetapi juga akan
‘takut’ kepada tuannya dan akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh tuannya. Anda
lihatlah bagaimana kelakuan seekor anjing yang jinak. Demikianlah misalannya dengan polis
kita. Dalam soal Mahathir yang dituduh menyalahgunakan kuasanya itu, saya yakin seribu
persen bahawa Norian Mai tidak akan sekali-kali berani bukan sahaja untuk menangkap, malah
‘menyebutnya’ sahaja pun tidak sama sekali.
Apa yang telah dilakukan oleh para
Pemuda Keadilan itu bukannya tidak bagus, tetapi hanya itu yang mampu kita lakukan, dalam
keadaan kita cuma ada gusi dan air liur sahaja. Ia nya tidak lebih sebagai mengulangi apa
yang telah dibuat oleh DSAI semenjak setahun lebih yang lalu, iaitu laporan polis itu akan
tinggal sebagai laporan sahaja. Ianya juga tidak lebih sebagai membanyakkan bilangan
laporan polis sahaja. Saya tidak bertujuan untuk merendah-rendahkan apa yang telah dibuat
oleh Pemuda Keadilan itu, malah menyokongnya 100 %. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa di
negara Malaysia Boleh yang berperdanamenterikan Mahathir si Mamak Tongkang ini, segala
harapan dan hasrat rakyat semuanya ditongsampahkan oleh anjing-anjing manusia puaka itu.
Mahathir
Panik Bercampur Gabra
Sekalipun batang tubuh manusia super kebal bernama Mahathir
itu berada “di atas undang-undang’” (above the law), namun hati kerdil dan keringnya
itu terasa jugak kecutnya bila mana Pemuda Keadilan melancarkan gerak gempur melalui
laporan polis yang dibuat di seluruh negara. Keadaan yang dialami Mahathir akibat tindakan
Pemuda Keadilan itu samalah halnya seperti ketika baru-baru beliau memecat DSAI dulu,
tetapi kali ini beliau pura-pura buat ‘kontrol hensem’ dengan mengambil sikap membisu
dengan serangan pembangkang itu. Memang beliau sebenarnya amat panik dan takut dengan
situasi yang tidak dijangka itu, malah beliau sama sekali tidak menyangka bahawa
Anwar mahu ‘mengenakannya’ dengan ‘peluru maut’ melalui kesaksian Dato Shafie
Yahya itu. Nampaknya walaupun Ariffin Jaka telah menurut segala arahannya untuk
berbuat apa sahaja untuk tidak memanggilnya sebagai saksi ke mahkamah, tetapi si
bengap Ariffin Jaka itu manalah tahu rupanya Anwar lebih cerdik dari beliau dan Mahathir
sendiri dalam memasang perangkap ! Inilah kelebihan Anwar yang tidak dimiliki
Mahathir, yang walaupun jasadnya terpenjara, namun hati dan akal pintarnya begitu bijak
bermain catur politik dengan musuhnya itu.
Drama Rampasan Senjata Yang
Melucukan !
Kata orang tua-tua, seseorang yang bersalah, misalnya pencuri apabila
dah terperangkap atau dikejar selepas mencuri, pagar setinggi 10 kaki pun boleh
dilompatnya dengan mudah. Masa melompat tu dia sudah tidak ingat apa-apa lagi melainkan
nak melarikan diri dari dikejar atau ditangkap. Tapi dalam keadaan biasa, jangankan pagar
10 kaki hendak dilompat, pagar 2 kaki pun terpaksa terkangkang-kangkang nak melepasinya.
Demikianlah bagaimana tersepit dan sesak nafasnya Mahathir dengan pengakuan Dato Shafie di
mahkamah pada 12 Jun lepas, dimana pengakuan tersebut telah tidak dicabar oleh
pendakwa bengap yang diketuai oleh Gani Petai itu. Manakan tidak sesak nafasnya, bukankah
dakwaan Dato Shafie itu 100 % sama dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar, yang
dihadiahkan 6 tahun penjara itu ?
Umum telah maklum bahawa bagi mana-mana diktator,
mencari isu, mencipta isu, merekacipta isu, mewujudkan isu dan sebagainya merupakan
sebahagian dari strategi mereka untuk terus popular. Dalam segi yang lain, ianya
sebagai jalan keluar untuk melepasi sesuatu kemelut yang dikira boleh menjejaskan imejnya
di mata rakyat. Sejarah banyak memperihalkan tentang gelagat tokoh-tokoh diktator dunia
sebelum ini, yang begitu pandai mencetuskan isu ‘gempar’ semata-mata untuk mengelabui
mata rakyat dari kebejatan sebenar perbuatan mereka. Sukarno dulu mencipta isu ‘ganyang
Malaysia’ untuk mengalihkan perhatiannya dari masalah dalaman di Indonesia. Begitu
jugalah dengan diktator-diktator yang lain di seluruh dunia dan zaman.
Akibat
‘sesak nafas’ dengan pengakuan Dato Shafie itulah maka Mahathir terpaksa mencari
sesuatu isu yang dikira boleh melekakan perhatian rakyat dari isu rasuah dan salah guna kuasanya ke atas Ketua Pengarah BPR itu. Maka tercetuslah isu rampasan senjata oleh
‘kununnya’ sekumpulan 15 lelaki yang menyamar sebagai tentera. Saya merasa sungguh
aneh bercampur lucu sekali dengan isu yang dicipta oleh Mahathir kali ini. Nanti di bawah
ini saya akan ceritakan serba sedikit beberapa kejanggalan ‘skrip’ arahan
pengarah dari Istana Putrajaya itu.
Pertama, diberitakan dengan meluas bahawa 15
lelaki itu (G15) berpakaian celoreng tentera memasuki kem dengan hanya bersenjatakan
tangan kosong dan mampu ‘memperdayakan’ pengawal kem tersebut yang berjumlah 9 orang.
Media-media penjilat buntut melaporkan yang G15 itu tidak menggunakan sebarang kekerasan
ke atas pengawal tersebut, tetapi cuma menggunakan ‘pengaruh’ uniform mereka sahaja
sehinggakan pengawal-pengawal kem terpaksa ‘tunduk’ dengan permintaan mereka untuk
membuka pintu setor senjata.
Hampir 15 tahun lalu, seorang lelaki yang
berpakaian celoreng tentera juga telah mengamuk di Chow Kit dengan sepucuk M16 dan telah
membunuh seorang lelaki di sebatang lorong di Chow Kit itu dengan tembakan rambangnya.
Setelah beberapa hari memujuk lelaki itu, akhirnya dikenal pasti beliau ialah Prebet Adam,
yang sah memang seorang tentera yang datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membalas
dendam atas kematian adiknya yang dibunuh oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Sultan
Iskandar melalui pukulan dengan kayu golf. Oleh kerana Prebet Adam itu seorang
anggota tentera, maka memanglah beliau berpakaian sebagai tentera sekalipun untuk tujuan
peribadinya.
Begitu jugalah dengan G15 tadi. Pihak berkuasa dan Najib sendiri telah
mengesahkan yang mereka berpakaian tentera dengan pelbagai kategori pangkat, sebab
sememangnya mereka adalah tentera. Ya, kerana mereka sebenarnya adalah anggota tentera
yang telah diberi arahan khas untuk menjadi pelakon bagi drama khas arahan dari Istana
Putrajaya itu. Kalau tidak masakan begitu bodoh pengawal 9 orang tadi mahu membenarkan
orang yang tidak dikenali memasuki kawasan sebegitu sensitif di waktu pagi buta, walhal
tentera terkenal dengan kepatuhan disiplinnya yang ketat. Apatah lagi dengan ATM yang
memang sentiasa mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan dilantik sebagai pasukan
pengaman PBB di serata ceruk dunia, seperti di Bosnia, Somalia, Congo dan sebagainya.
Bengap sangatkah anggota pengawal 9 orang itu sehinggakan tidak mampu membezakan
antara ‘wajah’ seorang perompak dengan wajah sebenar anggota tentera sekalipun
beruniform. Kalau iyapun hendak membuat pemeriksaan mengejut, logikkah ianya di buat pada
jam 2.15 pagi ? Takkan pengawal 9 orang tadi sebegitu bodoh sehingga semenjak menjadi
anggota tentera, tentulah mereka tahu ada prosedur tertentu dalam pemeriksaan senjata,
samada mengejut atau biasa. Jadi, apabila ada segerombolan orang yang berpakaian tentera
di waktu jam 2.15 pagi datang untuk membuat pemeriksaan mengejut, tidakkah menimbulkan tanda tanya, pemeriksaan mengejut apa pulak malam-malam begini ? Dari unit mana pulak
mereka ini ? Logikkah nak buat pemeriksaan senjata di waktu pagi buta ? Jadi
persoalan-persoalan ini sudah pasti akan berlegar di kepala 9 pengawal tadi, jika benar
yang datang 15 orang itu benar-benar sebagai perompak tulen.
Skrip drama
bodoh itu semakin menampakkan ketidaktelitian pengarahnya, kerana dalam masa 2 jam
sebanyak dua kem tentera yang dirompaknya. Kelakar sungguh rasanya. Di zaman yang sudah
tidak ada komunis ini, lucu sangat apabila dua kem tentera dirompak dalam satu malam,
sedangkan di zaman darurat dahulu pun tidak pernah kita dengar ada kem tentera dirompak.
Yang ada cuma diserang sahaja dan ini perkara biasalah dalam mana-mana tempat yang belum
aman. Kalau orang nak rompak wang di bank pun, paling sempat cuma satu bank sahaja yang
dikaut duitnya. Inikan pula merompak senjata ! Dan paling lucu lagi, dikabarkan bagaimana
G15 tersebut mengangkut beratus-ratus senjata dan peluru dengan 3 buah Pajero. Ini
bermakna setiap Pajero boleh memuatkan 5 orang dengan timbunan senjata yang dirompak itu.
Yang anehnya pulak dalam Utusan Meloya 6 Julai, diberitakan di muka depannya,
gambar-gambar 4 buah Jeep Cherokee dan sebuah Land Rover kepunyaan ‘perompak’ tadi,
walhal perompak tersebut diberitakan menggunakan 3 buah Pajero !. Jadi, mana satu yang
hendak dipakai ni? Inilah jadinya apabila skrip ditulis dengan tidak teliti dan secara
tergopoh gapah.
Kemudian diperhatikan, anggota tentera yang mengepung kawasan bukit
tempat persembunyian ‘perompak’ tadi kelihatan semacam relaks sahaja. Kalau betul para
perompak tersebut telah mencuri senjata dalam jumlah yang begitu besar, logikkah tentera
yang mengepungnya itu buat “relaks” sahaja tanpa membina sebarang benteng pasir atau
tembok untuk dijadikan perlindungan dari sasaran tembakan perompak itu? Kenapa askar yang
mengepung perompak itu cuma berdiri tercegat sahaja di sekitar bukit itu tanpa
mengambil kira risiko yang bakal mereka hadapi ? Kalau di Memali dulu bukan main
lagi mereka berkhemah dan bertembok, yang ini cukup aneh sekali apabila tentera yang
mengepung itu mendedahkan diri mereka dengan begitu mudah kepada sasaran tembakan
‘perompak’ itu.
Saya tidak mahu mengulas banyak lagi perkara-perkara lucu di
sebalik ‘drama’ arahan kedua pengarah di Istana Putrajaya ini (drama pertama dulu
“Konspirasi Agung terhadap Anwar’ atau “AnWar” ) kerana dalam sehari dua ini telah
berpuluh-puluh tulisan rakyat yang pada pandangan saya, pertama kali dalam sejarah negara
“mempersoalkan” sebuah kejadian jenayah rompakan sebegini. Biasanya bagi kes-kes
jenayah tulen seperti rompakan di bank dan sebagainya, rakyat tidak pernah mempertikaikan
kesahihannya. Tapi ‘rompakan’ senjata ini telah ditelanjangi habis-habisan oleh
rakyat, sebagai sesuatu yang amat luar biasa dan pelik !
Saya kembali semula kepada
babak di akhir cerita tadi. Dollah Brandy (sempena pembelaan beliau kepada peminum-peminum
arak yang ditahan JAIS baru-baru ini) dalam berita Jam 8.00 tadi mengumumkan yang mayat
tebusan yang ‘terkorban’ akibat dibunuh tadi akan digali semula. Kah kah kah kah !
Kelakar sungguh ! Bukankah dalam mana-mana insiden hatta kemalangan jalan raya pun, mayat
seseorang mangsa yang dikategorikan dalam siasatan polis akan dibawa dulu ke hospital
untuk dibedah siasat. Selepas segala prosedur selesai barulah ianya boleh dikebumikan
dengan kebenaran polis. Tetapi dalam kes sebesar ini, boleh mayat tersebut dikebumikan
terus, kemudian mahu digali semula ? Dimana pulak kuburnya? Mana pulak saudara mara mereka
yang menangis dan meratapi kematian itu? Kenapa akhbar dan TV tidak menyiarkannya
walhal dalam kes kemalangan Skyhawk atau budak mati lemas pun, bukan main lagi tv dan
akhbar gian nak melapor itu dan ini, hatta saudara terdekat si mati ada bermimpi aneh atau
si mati sendiri berkelakuan ganjil sebelum meninggal dan sebagainya. Tetapi dalam ‘Kes
Besar’ rompakan senjata ini, watak-watak yang dinyatakan oleh Dollah Brandy dan Norian
Mai itu sekadar nama-nama mereka sahajakah? Orang atau jasadnya mana?
Kemudian,
berita tv jugak melaporkan yang 3 orang tebusan yang mati tersebut baru dikenal pasti.
Kalau detektif sendiri yang jadi tebusan masakan nama beliau tidak diketahui ? Kenapa
lambat sangat baru dapat mengetahui nama-nama tebusan tadi ? Juga dilaporkan yang salah
seorang penjenayah yang mati itu bernama ‘Abdul Halim Ali’. Ini satu lagi lucunya.
Adakah KSN telah bersetuju supaya namanya digunakan untuk lakonan hebat ini ? Dilaporkan
juga yang Panglima Tentera Darat. Jeneral Zaini pergi berunding dengan ketua perompak itu
dimana beliau hendak ditembak, tetapi sempat ditepis lalu mengena anggota kumpulan
perompak itu sendiri. Ini tak ubahnya macam cerita Hindustan dimana hero sentiasa tak kena
kalau kena tembak. Logikkah dalam keadaan genting begitu beliau pergi seorang diri ? Aneh
lagi skrip yang pincang ini.
Masa nak mengharamkan Arqam dulu bagai nak gila akhbar
dan tv menyiarkan gambar-gambar mereka yang terlibat atau dikehendaki polis. Hampir penuh
segala ruang disiarkan muka-muka orang Arqam. Tetapi anehnya, dalam drama ini, seorang
watak pun tidak disiarkan. Baik yang jadi perompak mahupun yang jadi tebusan. Kalau dah
berjaya memanggil anggota keluarga perompak tersebut untuk memujuk mereka, masakan tiada
sekeping gambar pun yang boleh disiarkan di akhbar dan tv untuk pengetahuan orang ramai ?
Yang jadi tebusan pulak tiada keluargakah mereka itu, yang menangis dan berdoa sambil
diinterview oleh wartawan-wartawan media ? Adakah gambar-gambar mereka menjadi suatu
rahsia besar dan tidak boleh disiarkan kepada umum, walhal gambar-gambar kem dan senjata
yang dirompak itu disiarkan pula secara besar-besaran ke seluruh dunia ! Inilah yang
menjadi persoalannya. Dan inilah pertama kali dalam sejarah negara rakyat terbanyak TIDAK
MEMPERCAYAI satu tragedi penting yang melibatkan keselamatan negara, yang diklasifikasikan
sebagai jenayah oleh pihak kerajaan. Ketidakpercayaan rakyat ini juga sebagai
implikasi sifat dusta dan pembohong akhbar-akhbar dan tv arus perdana selama ini, yang
terus menerus mahu menipu rakyat dan menyangka rakyat sebagai bodoh dan bengap dari
berfikir.
Apa yang saya nampak, episod drama rompakan senjata ini merupakan niat
nekad Mahathir sendiri untuk mengalih perhatian rakyat terhadap jenayahnya sendiri.
Sebab itulah watak-watak seperti tebusan dan perompak itu sengaja diada-adakan. Di akhir
cerita, watak-watak mereka yang menjadi ‘tebusan’ itu terpaksa dimatikan sebab
sebenarnya mereka itu tidak wujud pada hakikatnya. Jika watak tebusan itu tidak dimatikan,
sebaliknya ditawan, mungkin skrip cerita ini tidak berpihak kepada pengarahnya.
Sungguh pun
drama rompakan senjata ini agak ‘gempak’ sikit, tetapi pujian kepada pengarahnya patut
jugak diberikan kerana berjaya mencetuskan isu hangat sekalipun skripnya amat
longgar. Sikap berdiam diri pengarahnya tanpa banyak bercakap mungkin juga kerana mahu
melihat samada drama arahannya itu boleh meletup 'box-office' ataupun tidak.
Saya
juga ingin mengucapkan ‘syabas’ kepada Norian Mai kerana taat setianya yang tidak
berbelah bagi sebagai pembantu pengarah itu telah menghidupkan sebahagian lakonan skrip
dalam drama rompakan senjata ini. Berbanding Rahim si Bapak Anjing dulu, peranan Norian
agak kurang ‘real’ kerana beberapa skrip yang dihafalnya agak bercelaru dan
menimbulkan berbagai persoalan. Namun, seperti yang saya katakan di awal tulisan ini,
anjing yang setia sama sekali tidak akan menggigit tuannya ! Patuhlah segala suruhan
sekalipun disuruh makan tahi !
Cucu Datuk Bahaman 7 Julai 2000
|