MAHATHIR KUAT MENIPU
Kalau gaji Mahathir, sebagai Perdana Menteri ialah RM
25,000 sebulan. Setahun Mahathir baru dapat RM 300,000. Kalau 19 tahun jumlah gaji yang
diperolehi Mahathir adalah 5.7juta. 5.7 juta ringgit dicampur dengan pendapatan
Mahathir semasa Mahathir bertugas sebagai doktor, wakil rakyat, menteri dan
timbalan perdana menteri dahulu, jumlahnya lebih kurang 7.0 juta. Setelah ditolak
cukai pendapatan dan perbelanjaan runcit sepanjang perkhidmatannya, Mahathir mungkin
miliki lebih kurang 5.5 juta ringgit dalam simpanannya.
Mahathir dikatakan memiliki
banyak harta di dalam dan luar negara. Wang simpanan sejumlah RM 5.5 juta memang
tidak cukup untuk Mahathir membeli harta-harta dalam dan luar negara seperti di Jepun, Argentina,
Maldives, New York, Paris dan London yang bernilai berbillion-billion
ringgit. Jadi dari mana Mahathir memperolehi wang yang banyak untuk membeli
harta-harta ini ? Sudah tentu pendapatan daripada gajinya tidak mencukupi.
Mahathir
sendiri mengaku anaknya Mirzan memiliki MISC dan dijualnya kepada Petronas dengan harga
USD350 juta. Kalau setiap projek Mahathir diberi 20% ganjaran kerana meluluskan
tender, bayangkan beberapa billion ringgit Mahathir dapat daripada urusan perniagaan
sebegini. Dengan cara begitu Mahathir boleh mengumpulkan berjuta-juta ringgit untuk
memiliki harta yang bertimbun-timbun itu.
Tiga orang anaknya menduduki dalam
lembaga pengurus lebih daripada 200 buah syarikat. Tidak lama lagi anaknya ditugaskan
untuk mengswastakan semua hospital kerajaan. Malah pemeriksaan perubatan semua pekerja
asing diusahakan oleh sebuah syarikat milik anak Mahathir. Bayangkan berapa juta setahun
Mahathir dan anak-anaknya mengaut daripada bisnes ini.
Mahathir lebih rela
berdiam diri bila isu-isu rasuah menteri-menterinya dibangkitkan dari masa ke semasa oleh
pembangkang. Malah media massa kepunyaan Mahathir pun senyap sepi dan tidak ditulisnya
sepatah haram tentang kisah-kisah rasuah yang dilaporkan oleh orang tentang perihal rasuah
menteri-menteri Mahathir untuk tatapan rakyat. Demikianlah taktik Mahathir bila menghadapi
tuduhan rasuah dan salah guna kuasa daripada pelbagai pihak lebih baik tutup mulut saja.
Tidakkah
rakyat sedar bahawa segala kekayaan yang kita perolehi ketika ekonomi negara sedang maju
dahulu dikaut dan dirampas oleh Mahathir dan kroni-kroninya. Segala projek-projek mega
seperti Lebuh raya Utara Selatan, Bakun, Perwaja, Menara Kembar Petronas, Menara Telekom, LRT, Litar
Formula One dan beberapa projek lain dibolot bersih oleh orang yang sama
iaitu Vincent Tan, Eric Cheah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Teh Pek Khing, Ananda Krishnan, Mirzan
dan adik beradik.
Bagaimana kontraktor bumiputera pula tidakkah
mereka dapat bahagian mereka? Mahathir tidak sebodoh itu untuk mengenepikan kontraktor bumiputera
ini. Mereka dapat habuan juga tetapi habuan yang kontraktor bumiputera ini dapat
adalah yang kecil-kecilan. Seperti dalam pakej projek Lebuh Raya, kontraktor bumiputera
hanya dapat kontrak tanam pokok-pokok di tepi lebuh raya, kontrak potong rumput, kontrak membina parit dan sebagainya.
Dalam setiap persidangan UMNO Mahathir berpura-pura
menangis kononnya mahu menangani gejala rasuah dalam UMNO, tetapi rasuah dalam kerajaan
tidak dikisahnya langsung. Sebenarnya gejala rasuah yang melanda UMNO dan kerajaan
berpunca dan bermula daripada Mahathir. Kalau tidak kerana wang ringgit dan tipu
muslihat Mahathir, Mahathir sudah pasti kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987
lalu.
Mahathir juga membazirkan wang rakyat untuk membeli pesawat-pesawat kapal terbang
dan kapal selam dengan harga yang tinggi. Pesawat kapal terbang Phantom Sky hawk yang dibeli dengan harga 1 billion ringgit masih tersadai di Gurun
Nevada, Amerika Syarikat hingga hari ini.
Tiada siapa tahu di mana wang sebanyak 6 billion yang
disalurkan kepada Perwaja berada, mungkin disapu oleh Mahathir dan Eric Cheah. Sehingga
hari ini kes Eric Cheah diam begitu saja dan tiada siapa yang berani membangkitkannya.
Banyak
lagi kisah salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh Mahathir dan menteri-menterinya
seperti Rafidah Aziz, Daim Zainuddin, Mohd. Md. Taib diperkatakan orang di sana sini. Malah
seorang bekas MB Selangor sendiri, telah ditangkap di Australia kerana membawa wang tunai
berjumlah berjuta-juta ringgit dan dari mana bekas MB itu memperolehi berjuta-juta
ringgit wang tersebut, tiada siapa tahu. Tetapi bekas MB Selangor ini dilepaskan begitu
saja.
Mahathir kata royalti minyak untuk Terengganu tidak perlu diberi lagi. Duit
minyak adalah hak rakyat bukan hak Mahathir. Minyak akan terus dipam keluar dari bumi
Terengganu walaupun Mahathir tiada lagi nanti. Jadi Mahathir tidak berhak menyekat rezeki rakyat Terengganu memperolehi hak mereka. Kalau Sabah dan Sarawak boleh terus menerima
royalti kenapa tiba-tiba Terengganu tidak boleh? Inilah cara Mahathir membalas dendamnya
terhadap rakyat Terengganu yang tidak mahu menyokong Mahathir dan UMNO lagi.
Mahathir
sering menyalahkan pembangkang bila masalah disiplin pelajar menjadi kelam kabut. Perkara
membakar sekolah, memukul guru dan pelajar menjadi samseng adalah fenomena baru yang
berkembang kebelakangan ini. Mungkin sikap ganas sedemikian dipelajari daripada tingkah laku
para polis dan SB yang sering mengganas memukul orang tidak berdosa, daripada Rahim Bulldog dan Sanusi
Junid yang masing mempunyai rekod sebagai samseng negara.
Apa
yang jelas segala salah laku dan amalan rasuah oleh Mahathir dan menteri-menterinya itu
dilakukan terang-terang di hadapan kita. Patutkah kita menutup mata sebelah
seolah-olah perkara ini tidak pernah berlaku. Janganlah kita menjadi bodoh kerana
diperdayakan Mahathir.
ALI ALLAH DITTA
|