MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ANALISIS 'DRAMA RAMPASAN SENJATA' K-15

KETERANGAN YANG BERCANGGAHAN

DRAMA rampasan senjata oleh kumpulan 15 (K-15) memasuki hari ke lima hari ini. Maklumat yang ada setakat analisis ini disediakan masih 3 orang tebusan (termasuk 2 mata-mata gelap dalam penyamaran).

Sementara itu media perdana melaporkan, pihak berkuasa telah menembak seorang anggota K-15 dalam pertempuran senjata kira-kira jam 10 pagi semalam. Bagaimana pun tahap kecederaan anggota K15 itu tidak dapat dipastikan.

Sementara itu mengikut maklumat 'perisik khas' yang diterima keterangan-keterangan yang diberikan oleh media perdana bercanggahan sesama mereka. Ada yang melaporkan telah berlaku pertempuran dengan anggota K-15 sebelum semalam (sebelum 5 Julai), tetapi perkara ini dinafikan oleh pihak berkuasa.

Sungguh anih keterangan dan dakwaan tersebut, kerana tanpa pertempuran, bagaimanakah sekurang-kurangnya seorang tentera dicederakan. The Sun memaparkan gambar anggota yang cedera itu. Paling sensasi adalah laporan wartawan Utusan Meloya kerana tanpa siasatan menyeluruh mereka telah mengenal pasti anggota K-15 memakai serban merah-putih. Paling kagum laporan itu menyebut anggota K-15 melepaskan tembakan ke udara sambil bertakbir Allah huakbar.

Laporan yang mirip demikian sudah jelas sebagai satu pertuduhan dan fitnah ke atas manusia lain yang sebenarnya cintakan kebenaran dan kebesaran Allah. Laporan Utusan Meloya dikesan untuk memberikan imej burok, yakni bahawa orang yang sering menyebut dan melaung-laungkan kebesaran Allah (Allah huakbar) sebagai satu kelompok yang 'ganas' dan mahu dikaitkan dengan rampasan senjata itu.

Paling menyedihkan apabila Ketua Polis Negara sudah mengesahkan kenyataan Najib yang dikeluarkan oleh Bernama pada 4 Julai (Selasa) lalu yang menyebut:

"GERIK, 4 Julai (Bernama) -- Pihak berkuasa telah mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam kes kecurian senjata api di pos kawalan dan kem tentera di sini awal pagi Ahad lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak Selasa.

"Kita ada bukti kuat menunjukkan arah tertentu bagi mengenal pasti kumpulan ini. Tapi saya akan dedahkan identiti kumpulan ini apabila mendapat maklumat secukupnya. Hanya ini yang dapat saya katakan sekarang," katanya."

Adalah sesuatu yang amat mengkagumkan bahawa berdasarkan beberapa fakta tertentu sahaja, Najib sudah begitu yakin dengan kumpulan 15 itu. Apakah sebenarnya yang diketahui Najib sehingga beliau begitu yakin dengan maklumat yang diperolehinya?

Kenyataan Najib itu dibenarkan oleh kenyataan Ketua Polis Negara dalam kenyataannya semalam (5 Julai) di Balai Polis Kati, Kuala Kangsar bahawa kumpulan perompak sudah dikenali anggota pertubuhan tertentu. Mengapa tidak dikatakan sahaja kumpulan itu? Apakah kenyataan ini sebagai satu amaran bahawa 'tercemarnya' maruah politik negara angkara kumpulan yang akan diheret ke dalam drama rompakan senjata tersebut?

Dalam analisis terdahulu kita menyatakan bahawa kemungkinan-kemungkinan anggota K-15 adalah pegawai upahan Mahathir untuk satu drama yang mencuit minda rakyat negara ini, bagi peralihan fokus utama dari kesalahan rasuah kuasa oleh Mahathir kepada insiden yang mencemaskan negara dan ketenteraman awam.

Dalam hal ini, Mahathir sedikit sebanyak telah berjaya mengubah tajuk utama berita negara ini untuk memfokuskan isu yang lebih penting iaitu keselamatan dalam negara. Malangnya, dalam drama itu pihak berkuasa didakwa sudah mengesan anggota kumpulan 15. Jika benar kenapakah pihak berkuasa masih mahu melindungi mereka yang nyata 'mengganas' dan melakukan kerosakkan dan mengganggu ketenteraman negara? Apakah tidak mampu para anggota keselamatan menembak mati sahaja pengganas-pengganas tersebut.

Sudah pastilah mereka mahu ditangkap hidup-hidup. Ini mungkin arahan sutradara drama ini. Mungkin kerana mahu membuktikan sesuatu atau memerlukan pengakuan tertentu pihak K-15 yang memungkinkan satu pertubuhan yang terlibat dengan rompakan senjata ini. Jika demikian senanglah pertubuhan itu diharamkan oleh kerajaan. Semua ini dikesan sebagai satu helah dan alasan tidak menembak penjenayah yang berbahaya itu tidak dapat diterima.

Satu perkara yang menarik ialah laporan media dan pengesahan pihak berkuasa yang mengatakan 3 orang awam ditahan sebagai tebusan. Malangnya sudah masuk hari ketiga tahanan itu tetapi pihak media tidak berhajat dan menyatakan simpati mereka kepada keluarga yang malang kerana kehilangan seorang anggota keluarga yang menjadi tebusan. Tidak ada temuramah ke atas anggota keluarga yang merasakan kehilangan itu. Kenapa?

Jika dalam peristiwa Tebusan Jolo, beberapa buah keluarga mereka yang ditahan sebagai tebusan diberikan liputan meluas oleh media supaya rakyat bersimpati dengan nasib malang mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya tiada kehilangan yang dialami oleh keluarga penduduk Kg. Bukit Jenalik, Sauk kerana mereka yang dijadikan tebusan adalah anggota polis yang sedang dalam penyamaran mereka!

Satu lagi perkara anih yang dikesan kerana sudah masuk hari ke lima rampasan senjata, namun tiada tuntutan yang jelas oleh K-15. Jika benar dakwaan mereka untuk membalas dendam, mengapa tidak melakukan perkara yang sama pernah dilakukan oleh Prebet Adam di Kuala Lumpur lebih sepuloh tahun dulu? Kadar senjata yang ada anggota K-15 mampu menawan sebuah  bandar raya seperti Ipoh kerana kita percaya simpanan peluru yang dimiliki mampu mengatasi jumlah peluru semasa dalam simpanan IPD, Ipoh.

Namun apa yang pasti media sudah berjaya mengusir agenda rasuah Mahathir dan laporan penting oleh bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafiee Yahya. Di saat ini Mahathir sepatutnya sudah ditangkap dan laporan Bukit Aman yang mengatakan polis sudah memulakan siasatan terhadap keterangan bekas Ketua Pengarah BPR itu sebagai meredakan sentimen kemarahan rakyat terhadap ketidakadilan pihak polis kerana memberikan kelebihan dan kemanjaan kepada seorang PM yang bersifat diktator untuk 'terkecuali' dari pelbagai tuduhan  dan tindakan mengheretnya ke mahkamah.

Jelas pihak polis bersikap 'prejudis' kepada DSAI yang mana kesalahan yang sama dilakukan oleh beliau dan Mahathir, tetapi pihak polis menyebelahi Mahathir kerana tanpa bukti DSAI dihukum, tetapi dengan keterangan yang boleh diterima (pengakuan dalam mahkamah) Mahathir dilepaskan begitu saja.

Analisis juga mengambil kira bahawa perintah berkurung yang dikuatkuasakan ke atas kawasan yang dikatakan tidak dihuni adalah satu kebodohan yang di luar batas! Apa ertinya perintah berkurung jika benar tidak ada penghuni di kawasan yang menjadi teduhan anggota K-15. Sauk bukanlah satu bandar raya besar. Kampong yang kecil dengan kehidupan yang aman damai itu kini dicemari oleh suasana kegawatan yang diciptakan untuk mereka.

Sesungguhnya tanpa mengaitkan anggota K-15 dengan pertubuhan yang menyaingi kuasa politik yang ada sekarang sebagai  sesuatu yang mustahil kini. Amat jelas demi terdesaknya kedudukan dan kepentingan mereka yang rakus untuk terus berkuasa rakyat terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan yang berpanjangan. Jika andaian ini benar, sudah sampai masanya untuk rakyat bangun serentak mendesak kepimpinan mengkaji semula segala peraturan dan perundangan yang ada di negara ini supaya menghadkan kuasa semua yang ada agar kediktatoran tidak wujud sebagai laluan tercetusnya sistem pemerintahan berkuku besi di negara ini.

Sungguh rumit untuk memahami kemelut politik negara ini kerana demi kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja!!

Minda Rakyat

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com