MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


URUTAN 'DRAMA RAMPASAN SENJATA' K-15

DUA 'MATA-MATA GELAP' ANTARA YANG DITANGKAP

Maklumat yang disampaikan oleh 'perisik khas' memberitahu Minda Rakyat bahawa dua antara tiga orang awam yang didakwa sebagai tahanan K-15 (Kumpulan 15) adalah mata-mata gelap yang sedang dalam penyamaran mereka.

Menurut sumber itu lagi kedua-dua orang 'mata gelap' tersebut ialah sebagaimana yang digambarkan oleh media perdana sebagai pekebun yang mengutip buah durian di dusun mereka. Manakala seorang lagi ialah berbangsa Cina.

Sementara itu, pihak Majlis Keselamatan Negeri Perak yang mendapat arahan langsung dari Jabatan Perdana Menteri sedang membuat persiapan memasang komputer di Pusat Gerakan di Sekolah Kebangsaan Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar.

Beberapa anggota perkhidmatan SPTM (Sistem Pengurusan Teknologi Maklumat) dihantar untuk menyediakan kelengkapan sepenuhnya bagi JPM mendapat kemudahan 'on-line' dari markas gerakan.

Kedudukan Sauk sejauh 16 kilometer dari bandar Kuala Kangsar, tersisih dari sebarang kemudahan telefon mudahalih, kecuali jenis ATUR 011 Telekom Malaysia. Sementara itu pengendalian telefon awam begitu terhad walaupun kemudahan talian biasa boleh didapati.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com