MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


ROMPAKAN GENG 15- SEBUAH SANDIWARA

ROBO GE-MEN

Mula-mula operasi geng 15 yang merompak senjata api di dua buah kem tentera nampak macam cukup professional sekali tetapi bila bab melarikan senjata tu nampak macam amateur pula. Beberapa persoalan timbul dalam urusan geng 15 merompak seterusnya menguruskan senjata api tersebut. Nampak macam ada yang tidak kena dan tidak masuk akal:

  1. Apakah sebegitu mudah sebuah kem tentera yang mempunyai peraturan dan kawalan ketat diceroboh atau mungkin disetkan supaya kem ini mudah sekali diceroboh?
  2. Geng 15 yang telah mendapat sebegitu banyak senjata api apakah tidak berdaya untuk membawa lari barangan rompakan mereka ke satu zon yang lebih selamat selain dari berkampung di dusun durian Jenalik yang begitu mudah dikesan oleh pihak berwajib, sedangkan mereka dengan mudah membawa lari hasil rompakan terus menyusup sempadan ke negara jiran yang lebih selamat. Apakah dengan kelengkapan senjata yang begitu banyak mereka takut kepada pihak imigresen yang mengawal sempadan? Apakah mereka sengaja dirancang {mengikut skrip supaya berehat di dusun durian Jenalik)
  3. Mengapa pula geng 15 ni bila dah tiba dalam hutan Jenalik mereka dengan sengaja melepaskan tembakan dan meletupkan bom? Apakah yang mereka tembak atau mereka mengikut skrip yang ada perlu menyampaikan isyarat kepada pelakon lain bahawa mereka sudah sampai ke tempat yang dijanjikan. Apakah ada logiknya geng 15 melepaskan tembakan sehingga kedudukan mereka dapat dengan mudah dikesan. Sepatutnya mereka dengan tangkas akan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan jejaknya.
  4. Apakah tepat tindakan geng 15 yang pada awalnya begitu professional menjadikan orang kampung sebagai tebusan? Jika geng ini mempunyai matlamat untuk meminta habuan dari pihak berwajib adalah lebih baik mereka menahan orang yang lebih berpangkat atau 'bernilai' sebagai tebusan.
  5. Mengapakah awal-awal lagi geng 15 yang belum lagi kita kenal rupa dan latar belakang mereka yang sebenarnya telah dikatakan memakai serban dan tindakan mereka bermotifkan politik?

Soalan-soalan ini amat memeritkan minda kita sebagai penonton yang sedang menonton sebuah drama yang mana temanya begitu menarik tetapi olahan plotnya terlalu longgar diarah oleh seorang pengarah yang kelam kabut dan cacamarba.
Agak-agak bagaimana ending sandiwara ini nanti ?
Saya dah dapat agak dah bagaimana endingnya nanti- Tunggu...................................

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com