MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


UMNO (B) MELALAK LAGI

(Khas buat mereka yang hobinya menyalak, seperti Zuraidi Rahim, Wan Indra dan yang seumpama dengan mereka)

Sah, UMNO Baru(a)/BN memang membilang hari, tarikh luputnya. Pertanda ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk gilanya yang kian menyerlah itu.

Dalam warta perdana media letronik baruanya, TV tiga suku, malam tadi (tertengok), telah merakamkan salakan dua ekor... yang dijinakkan dengan RM 300,000 dan sebuah rumah, oleh UMNO Baru(a) itu.

Memang dasar muka tidak malu, 'muka tampal kulit babi', itu bidalan orang tua-tua yang layak diberi kepada  Zuraidi Rahim dan Wan Indra. Segala kebaculan dan pengkhianatan yang dilakukan semasa pilihanraya Teluk Kemang dulu, telah gagal memberikan durian runtuh kepada UMNO Baru(a)/BN. Malah imej UMNO Baru(a)/BN semakin ranap. Kalau tidak kerana rasuah, ugutan, hasutan dan tipu muslihat dari semua pihak (SPR, Polis, UMNO Baru(a)/BN, Jentera Kerajaan yg dipaksa), Teluk Kemang sudah pasti, dengan rasminya, menjadi milik Barisan Alternatif.

Kini budak suruhan UMNO menyalak lagi. Mereka 'kununnya' cuba menasihatkan (menghasut?) Datin Sri Wan Azizah (DSWA) supaya jangan aktif dalam politik, tetapi menumpukan perhatian hanya kepada keluarganya saja.

Sebelum memberi nasihat kepada orang lain, Zuraidi, Wan Indra dan kuncu-kuncunya disarankan membeli cermin besar. Takkan dah habis wang rasuah/wang gadaian diri yang dibayar oleh UMNO Baru(a) tu kot. Beli cermin, dan belek (lihat) puas-puas diri kalian. Kemudian jawap soalan-soalan ini.

  1. Layakkah kalian menasihatkan DS Wan Azizah, seorang yang lebih dewasa, matang, berani dan kental semangat juangnya, berwibawa dan yang paling penting lebih bijak dan tinggi pendidikannya, malah bukan hanya kalian, hatta lebih bijak dan lebih tinggi kelulusannya dari tuan kalian iaitu Presiden UMNO Baru(a) itu sendiri?
  2. Apakah otak kalian sudah beku dan kaku, mata sudah jadi buta, tidak dapat menghayati dan memerhati apa yang dilaku dan diperjuangkan oleh DS Wan Azizah itu ialah untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya dan juga untuk keluarganya? Lantas apa perlu dan motifnya kalian cuba menyalak persis 'anjing gila' itu?
    Bukankah 'tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia' dan kini sedang mendidik bangsa?
  3. Siapakah Zuraidi, Wan Indra dan kuncu-kuncunya, yang kelihatan seperti anjing kurap di sisi UMNO Baru(a), hendak mengajar orang lain, sedangkan maruah diri sendiri tidak dipelihara dan tergadai?
  4. Apa sudah jadi dengan keluarga Wan Indra sendiri? Di mana isteri? Dan dengan siapa pula anda bercanda sekarang? Isteri orang?
  5. Sudahkah hasil 'gadaian diri' kalian diperolehi dengan sepenuhnya? Kalau belum atau yang dapat 'spring-chaque' eloklah  dituntut sekarang, sementara tengah 'HOT'. Kalau tidak kalian hanya akan letih saja menyalak.
  6. Apakah perasaan kalian apabila berhadapan dengan orang ramai dan ketika melihat mata isteri, anak-anak dan kedua ibubapa kalian di rumah?
  7. Tidakkah wujud barang sedetik pun, rasa terhina dan malu dengan tindak-tanduk yang kalian lakukan sekarang? Kalau tidak, memang tepatlah kata-kata sakti orang tua-tua dahulu 'muka tampal kulit...' atau 'muka tembok' dianugerahkan kepada kalian.

Kalau mungkin 'worth a dime', kalian sepatutnya mengamalkan sikap kasih sayang, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada tuan kalian yang tua itu, supaya insaf dan berlaku adil semasa hayatnya masih ada.

Still Water Runs Deep!

'Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah!, Itulah di antara kias-amaran nenek moyang. Walau pun hidup miskin, kerana tipu daya penjajah, tetapi mereka kaya dengan pepatah-pepatih, kias dan bidalan serta adat-resam yang diwariskan turun temurun sebagai pedoman hidup! Tetapi adakah kita mengambil iktibar dari peninggalan mereka itu?

Gelagat pihak UMNO Baru(a)/BN yang keterlaluan memfitnah, menuduh dan menyerang dengan membuta tuli, pihak Keadilan dan PAS khasnya dan Barisan Alternatif amnya adalah sesuatu yang 'ada-ada'. Mereka kini sudah merasa bahang kekuatan BA iaitu Parti yang diperlekehnya dahulu.
Kini mereka sudah mula ketar kepala, seperti orang kerasukan syaitan!

Segala kegilaan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras telah dipraktikkan untuk memusnahkan Parti lawan itu.

Mereka sudah nampak bisanya penangan seorang wanita yang selama ini dianggap lemah. Itulah sebabnya, fokus utama serangan BN sekarang ini ialah Parti Keadilan. Sehingga seluruh warga MCA kini dijangkiti penyakit 'gila babi XX' akibat serangan virus Nipah Lukut tempoh hari, dan telah dengan rasminya, mengisytiharkan Parti Keadilan itu sebagai 'musuh' mereka yang utama, dalam persidangannya baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah jika dua ekor pencacai UMNO Baru(a), Zuaraidi dan Wan Indra dan mungkin esok lusa timbul pula pencacai-pencacai yang lain, di suruh terus menyalak dengan hebatnya di depan pintu rumah Keadilan itu, sebab mereka sedar bahawa...

  1. Parti Keadilan itu adalah menjadi pemangkin bersatunya semua Parti-Parti Pembangkang dan membentuk Barisan Alternatif, yang kian  mendapat sokongan rakyat dan sekaligus menumbangkan mereka.
  2. DS Wan Azizah adalah 'iconoclast'in her-own-right. Dia menjadi lambang dan mampu meraih undi wanita yang merupakan undi terbesar di negara ini.
  3. DS Wan Azizah juga seorang yang terpelajar, kini popular sebagaimana suaminya Anwar Ibrahim, di kalangan negara-negara Asian dan Dunia amnya, sehingga Siti Hasmah kelihatan sudah tidak bermaya dan lesu.
  4. Mereka sedar kekuatan dan daya-tarik utama Parti Keadilan itu ialah DS Wan Azizah. Selagi DSWA menerajuinya, Parti Keadilan tidak mudah dilumpuhkan. Itulah makanya UMNO Baru{a} cuba membuat pelbagai helah untuk merosakkan imej DSWA. Mereka lupa, rakyat boleh membuat perbandingan, mana mungkin mereka yang sudah busuk boleh menandingi imej DSWA yang bersih itu.

UMNO harus mengerti, selain dari DSWA, kekuatan Parti Keadilan itu juga terletak pada keseluruhan ahlinya, yang gigih, ikhlas tanpa dibeli, berkerja bertungkus-lumus bagi memastikan keutuhan parti tersebut.

Namun....yang paling, paling menjadi sumber penegak, yang menjadi 'besi kharsani' Parti Keadilan itu ialah sokongan 'senyap dan padu' dari berbagai lapisan rakyat. Mereka inilah yang diibaratkan seperti 'STILL WATER RUNS DEEP'...permukaannya kelihatan tenang tetapi hakisnya amat dalam! DAN......Bila hakisannya dalam....UMNO Baru(a)/BN akan lemas dan tenggelam.

Petua Nenek Moyang

Selain daripada kiasan dan bidalan di atas, petua-petua juga diajar buat pengeras semangat dan penyuluh jalan yang berliku. Petua-petua berikut sudah di'modified'kan mengikut kesesuaian dan ketentuan massa.

Kalau UMNO Baru(a)/BN itu menyerang bertubi-tubi dengan hebatnya suatu parti itu ini bererti....

  1. Parti yang diserangnya itu hebat dan bertambah kuat. Contohnya, Parti Keadilan kini, orang yang bijak membaca dan masak dengan politik akan mengetahui bahawa Parti Keadilan itu memang semakin kuat. Begitu juga jika mereka asyik menyerang Parti komponen Alternatif yang lain. Itu tandanya UMNO Baru(a)/BN sudah lemah. Mereka takut kecundang maka itulah sebabnya menyerang.
  2. Untuk mengalih atau mengubah dan mengaburi minda kita, daripada tembelang dan kebusukan serta peri-laku buruk mereka yang sudah pecah itu. Contohnya..pengakuan Datuk Shafie Yahya, baru-baru ini. Ertinya mereka sedang berusaha menutup 'pekong' mereka sendiri.
  3. Sedang merancang sesuatu yang berkemungkinannya menguntungkan pihak mereka... contohnya isu royalti minyak Petronas... usaha memasukkan RM 810 juta ke dalam kantung mereka sendiri. Projek Bakun akan diteruskan...dsbnya. Atau untuk keburukan parti lawan.... Operasi Lalang..ISA. OSA dll.
  4. Mereka sedang berusaha mencari kambing hitam (scape-goat) untuk meletakkan beban dan segala kegagalan yang mereka lakukan.

PETUA mengatasinya {jika nak tengok UMNO Baru{a}/BN tumbang, pengsan dan terus lingkup} ialah...

  1. Dengan terus bersatu berpadu dan memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada Parti yang diserangnya. Ertinya..kita hendaklah sentiasa bersikap menentang arus..makin hebat serangannya maka makin hebatlah persatuan kita.
  2. Tetap dengan pendirian yang asal, jangan sekali-kali berubah atau beralih pandangan.
  3. Buat 'deek' aje {tak tahu} dengan apa juga isu yang di utarakan, yang difikirkan tidak relevan, oleh mereka. Tapi cari jalan untuk counter-attack...
  4. Terus berusaha memenangi hati rakyat dengan menunjukkan sikap serta contoh yang baik yang bertentangan dengan pepuak UMNO Baru(a)/BN
  5. Terus susun strategi dan berpegang teguh dengan motto 'Lawan Tetap Lawan'..'Lawan sampai Menang'
  6. Terus membongkar segala kebusukan UMNO Baru(a)/BN
  7. Dan yang paling penting walau dalam apa jua keadaan pun, jangan tinggal solat dan sentiasa berserah diri kepada ALLAH'.

Awas! Komando/Gurkha Umno

Sebagai sebuah parti yang sentiasa di puncak kuasa, yang kini sudah benar-benar mabuk kuasa, tentulah takut akan kehilangan dan keruntuhan kuasa. Mereka akan menggunakan berbagai taktik dan cara untuk mengekalkan kuasa itu.

Oleh kerana manusia ini, ada yang bersikap tidak ubah seperti haiwan ternakan, penggadaian diri sering berlaku, seperti Zuraidi dan Wan Indra tadi. Keadaan ini memudahkan mereka mengwujudkan dan melatih apa yang di panggil 'komando atau gurkha' UMNO. Mereka ini dilatih dan diberi upah yang lumayan, kemudian akan menyusup masuk dan memusnahkan 'machinery' parti lawan dari dalam.

Mereka ini agak susah untuk kita kenali, kerana mereka berlagak sama seperti 'musuh dalam selimut'. Segala strategi parti akan terus bocor. Itulah sebabnya kadang-kadang terdapat keadaan yang tidak di sangka-sangka, kenalan dan kawan seperjuangan yang kita paling percayai, tiba-tiba berpaling tadah dan bertukar arah. Tetapi jika kita berhati-hati dan sentiasa memohon petunjuk dari ALLAH, disertai dengan kepintaran dan kecekapan membaca tutur-kata dan gerak-geri seseorang, kita akan kenal juga siapa petualang itu.

Jika keadaan ini berlaku, dan apa pun yang berlaku, untuk meruntuh dan mengecewakan bapa petualang dan partinya itu ialah, rakyat mestilah terus memberi sokongan demi sokongan kepada Barisan Alternatif..NO MATTER WHAT!

Tun Teja

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com